19- Finally

425 24 1
                                    

AKU duduk di tempat duduk belakang bersamanya. Hajatnya nak hantar dia pulang. Bukan lah aku yang pandu kereta, cuma aku teman kan dia.

        "Tuan Muda nak balik terus ke?". Pemandu peribadi keluarganya yang sedang memandu kereta itu bertanya.

       "Ask my kleines mädchen". Bahasa apa pula tu? Adakah satu kata-kata hinaan lagi untuk aku? Seperti beberapa hari lepas di mana dia memanggil ku dengan panggilan 'mein liebling' yang dikatakan olehnya bermaksud 'stupid girl' di dalam bahasa Jerman.

      "Cik Fatima, Cik Fatima nak ke mana? Tuan Muda suruh saya tanya Cik Fatima ni". Ha, ni lagi pelik. Macam mana pemandu dia ni boleh faham Bahasa Jerman. Terus berkedut seribu dahi ku.

      "Saya nak balik rumah ibu. Hantar Tuan Muda balik rumah Puan Roziah, ya?".

       "Ba-".

       "Don't leave me, Fatima".  Belum sempat Jun Hui, si pemandu peribadi itu membalas, kata-kata perlahan daripada Syed terlebih dahulu Memotongnya.

        Hampir sahaja aku menjadi tak keruan mendengar kata-kata itu.

       "Saya kena balik. Ibu mesti dah risaukan saya, dah dua hari saya jaga awak, kan?".

       "Please... Teman kan saya". Dia tetap membantah.

       "Sir, how am i gonna accompany you? Duduk dalam satu bilik? Satu rumah? Saya bukan isteri awak, Encik Syed. Awak lupa ke?".

       "Then, marry me Mawar Fatima. Be my wife for the rest of our life". Entah kali ke berapa sudah kali ini, dia meminang ku. Maksud aku, he proposed me.

        "Saya kena tanya ibu dan ayah dulu. Saya tak boleh belakang kan mereka. Awak dah tanya Puan Roziah?".

       "Maksud awak, mama? I asked her everyday, mein liebling". Pasrah dah aku dengar dia panggil aku macam tu. Ikut suka hati la. Dah malas nak ambil tahu.

        "Will you marry me, Mawar Fatima?". He asked again. Yes, in that moving car. Probably was heard by Jun Hui, the driver. Aaaa, malu lah macam ni!

        "Kalau saya kahwin dengan awak, will you stop blaming and hating yourself? Will you love me as you always do now? Will you be loyal to me? Awak akan setia ke dengan saya? Sampai akhir hayat kita?". Giliran aku pula menyoalnya.

        "Yes, i will. Kalau itu yang awak nak Fatima, saya akan tunaikan. Semuanya". Selepas sahaja ayat itu, kedua-dua daripada kami terdiam. Tidak tahu lagi mahu berkata apa. Idea sudah terputus.

         "Jadi, apa jawapan awak? As i said, i accept rejection".

        "Kita baru je kenal. Tak salah ke kalau kita kahwin awal? Maksud saya, tak nampak macam tergesa-gesa ke?".

         Dia kemudiannya ketawa kecil lalu berkata, "I have known you for the past 10 years. Awak je yang baru kenal saya, saya dah lama kenal awak". Haih, macam mana lah aku boleh terlupa tentang fakta itu. Nyanyuk sudah agaknya. Umur baru 27 tahun.

        "Okay".

        "Okay? So, is it a 'yes' from you?". Soalannya teruja.

        Aku mengangguk sedikit.

        "So, we will get married soon? Fatima and Syed?". Suaranya semakin teruja. Aku tahu, dia sedang tersenyum lebar sekarang ini. Begitu juga dengan aku.

        "Iya. Happy now?".

        "Of course, i am happy. Gonna tell mama to send rombongan meminang ke rumah awak, minggu depan. Okay tak?".

         "Esok pon takpe, Encik Syed". Kata ku, bernada gurau. Tapi, diambil serius oleh dia.

        "Esok? Okay juga tu".

        "Eh tak! Saya gurau je!". Tangan ku laju menepuk dahi sendiri. Payah kalau nak bergurau dengan lelaki yang selalu serius ni!

(a/n: sorry readers, chapter ni pendek sangat-sangat hehe)

      

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now