7- Masalah

510 29 2
                                    

AKU sedikit teragak-agak untuk melontarkan aku. Hati ini tiba-tiba pula berdebar, padahal bukan soalan pasal hati dan perasaan pon. Sibuk je Si Hati ni!

           "Fatima? Awak nak tanya apa?".

           "Tak, takde apa-apa la. Tak jadi nak tanya. Saya nak pergi tandas la, excuse me". Punya lah berdegup kencang jantung aku hanya kerana satu soalan itu, terus rasa nak terkucil.

         Tangan ku terketar-ketar mencapai tongkat yang ada di sisi ku dan berjalan melepasinya.

          "Fatima, tak nak saya temankan ke? Maksud saya, tunjukkan awak jalan ke tandas, saya takut awak tak tahu je". Suaranya sedikit kuat melaung.

          "No, its okay! Saya boleh pergi sendiri, tak pon saya tanya je pekerja dekat sini nanti".

         Bayang ku kemudiannya, sedikit demi sedikit menghilang daripada kawasan yang hanya diterangi sedikit cahaya itu. Macam mana aku tahu? I don't know either. Aku seperti boleh merasainya.

TING! TING! TING!

Bunyi tongkat ku menyentuh kawasan tepi dinding yang bergerigi besi itu. Aku sedang berada di mana ni, sebenarnya? Ke aku dah sesat?

          Tangan ku mulai berpeluh, aku mulai panik.

           Tulah, kau! Encik Syed nak ajak teman tadi, kau tak nak! Sombong lagi!

          Teruk aku dimarahi oleh suara yang sedang berlegar-legar di dalam otak aku itu. Dia memprotes dek kerana mempunyai tuan yang bodoh sombong macam aku ini.

          "Are you lost? Need help?". Sebuah suara garau secara ketiba-tibaannya muncul di hadapan ku. Mungkin kerana aku hampir terlanggar badannya. Suaranya itu membuatkan aku memberhentikan badan ku secara serta-merta.

         "Sorry, tapi saya nak tanya. Tandas perempuan dekat mana, ya?". Mata ku berkelip-kelip, terasa sedikit berpinar.

          "Oh, tandas. Come with me, i will lead you". Suara itu berbunyi lagi. Entah perasaan aku ataupun otak ku sedang bermain-main dengan ku, suara ini kedengaran sedikit tua. Seperti suara pakcik-pakcik yang sudah berusia 50-an.

           "Eh, takpe-takpe. Encik tunjukkan jalan, saya pergi sendiri".

           "Takpe la, cik. Saya boleh bawakan cik, memandangkan cik pon-". Katanya terhenti.

          CIK PON APA? BUTA? NAK AMBIL KESEMPATAN LA NI?!

         Namun, aku masih bersabar. Kan tak pasal-pasal keluar berita, "seorang wanita buta direman selama 7 hari untuk membantu siasatan di atas kes seorang lelaki 50-an dipukul sampai mati menggunakan sebatang tongkat buta". Ha, tak ke aku kena masuk penjara nanti?

           "Maaf la Encik, walaupun saya dah tak boleh melihat, tapi saya tahu jalannya. Saya minta maaf, ya Encik?".

            "Aik, tadi tanya macam tak tahu".

            Tangan ku cepat-cepat membuang tongkat yang dipegang ke lantai selepas terasa seperti ada sebuah tangan berkulit kasar yang menyentuhnya.

          "Hey! Jangan pegang la!". Kuat aku menengkingnya.

           "Wo! Garangnya cik adik". Dia cuba pula untuk menarik-narik tangan ku supaya aku mengikutinya. Entah ke mana dia mahu membawa ku.

           Tak lama selepas aku bergelut sedikit dengan pakcik gatal itu, terasa tangan kiri ku pula direntap lalu aku tertarik ke belakang. Tapi, kalini aku tidak bersentuhan langsung dengan kulit si pemegang tangan kiri, sebaliknya aku merasa seperti ada material licin yang memisahkan kulit tangan kami.

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now