Chapter 37

421 52 26
                                        

Iseul melangkah keluar dari kereta yang membawa dia ke sini. Ke tempat kerja Jisung!

Jisung buat kerja ke malam malam macam ni? Tapi kenapa sunyi je. Selalu waktu-waktu begini ramai datang makan malam bersama keluarga mereka.

Tetapi malam ini, satu kereta pun tak dilihat. Oh ya, kereta Jisung ada je depan tu.

"Boleh masuk ke ni?" Soal Iseul pada diri sendiri.

Yuta dah bagitahu tadi. Dia suruh Iseul masuk terus kerana Jisung sedang tunggu di dalam katanya.

Lama dia berdiri seperti tunggul di hadapan pintu masuk. Akhirnya dia membuat keputusan untuk masuk.

Perlahan dia menyelak daun pintu kaca itu. Namun, baru sahaja ingin melangkah masuk, dia terkaku sendiri.

Di hadapannya, tersusun elok lilin yang telah dinyalakan dengan api.  Lilin disusun sepanjang perjalanan untuk ke depan sana bersama taburan kelopak bunga ros di lantai.

Dengan debaran di hati, Iseul mengadah muka ke hadapan. Terbeliak matanya melihat set meja makan yang terletak betul-betul di tengah restoran ini. Candlelight dinner!

"Jisung! Awak...awak di mana?" Laung Iseul.

Sudahlah gelap. Jisung pula entah hilang ke mana. Surprise apa macam ni! Takut ada lah.

Akibat tidak mendapat sahutan, Iseul menoleh semula ke pintu. Ingin keluar dari situ. Entah-entah ini semua untuk orang lain. Mungkin ada orang tempah.

"Saya rasa lebih baik saya keluar dulu." Perlahan Iseul berkata namun tetap bergema di seluruh restoran itu.

Kuat hatinya mengatakan yang Jisung ada di situ atau mungkin tak. Jadi lebih baik dia pergi tunggu luar saja.

Baru saja Iseul ingin menarik pintu, bunyi piano bergema telah mematikan langkahnya.

Iseul memegang dadanya. Terkejut! Perlahan-lahan dia menoleh semula ke belakang.

Terlopong mulutnya apabila melihat Jisung dibawah suluhan lampu yang sedang duduk sambil menekan-nekan piano itu. Iseul tersenyum.

Sejak bila Jisung reti main piano?

Iseul hanya tercegat di situ. Melihat dan mendengar dengan penuh asyik. Sehinggalah bunyi piano bergema itu berhenti sepenuhnya.

Jisung bangun dari duduknya. Segak berpakaian tuxedo hitamnya. Rambutnya pula disikat rapi. Serta merta Iseul jalan menghampiri Jisung.

"Cantik kau pakai macam ni." Puji Jisung dengan suara yang gemersik. Telan liur Iseul dibuatnya.

"Awak pun...cantik juga. Eh! Bukan. Awak..awak pun handsome malam ni." Sesudah kata, Iseul melarikan pandangan.

Aduh! Apalah yang lidah aku merapu ni. Lelaki cantik? Apa ni! Iseul membebel pada diri sendiri.

"Thanks sebab sudi pakai baju yang aku bagi tu." Ucap Jisung.

Takut juga tadi kalau Iseul tidak mahu memakai pakaian tersebut.

"Ouh, kiranya awaklah yang pilih baju ni?"

"Yup!" Dengan bangganya Jisung menjawab.

Tak sampai sesaat, dia mendapat jelingan maut dari Iseul.

Terus menikus Jisung. Tahulah dia apa yang Iseul nak ungkit. Mesti tentang baju yang dibelinya itu.

Hampir satu minit keadaan di antara mereka hanya senyap.

Jisung tak lepas memerhatikan Iseul dengan senyuman. Tercuit hati dengan kelakuan comel Iseul tadi.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin