Chapter 22

383 49 9
                                        

Masing-masing memegang pistol. Rubin menghalakan kepada Jeffery, Jeffery turut halakan kepala Rubin.

Jeffery menekan trigger. Namun, cepat-cepat dia mengalihkan pistol ke arah lain.

Bang!

“Jisung!” Jerit Jaehyun. Terkejut. Tiba-tiba Jisung ditembak.

Rubin juga terkesima. Tak dijangka lansung. Ingatkan dia yang menjadi sasaran, tetapi bukan!

“Ahahhahaha.. akhirnya dapat juga aku bunuh Park Jisung.” Jeffery ketawa kemenangan.

Bang!

Bunyi satu lagi das tembakan dilepaskan. Tepat di dada belah kanan Jeffery.

Datang dari belakang. Iaitu dari arah pintu masuk bilik tersebut. Sekali lagi, mereka menoleh ke arah gerangan manusia yang munculkan diri itu.

“masuk, masuk, masuk.” Lelaki itu memberi arahan. Kemudian beberapa orang bersenjata masuk ke dalam.

“Taeyong! Kenapa kau lambat sangat?!” soal Jaehyun.

“Saja nak bagi masa kau belasah Jeffery dulu.” Jawabnya pula.

Rubin melihat.

Tangan konco-konco Jeffery digari. Orang yang datang bersama Taeyong tadi membawa mereka pergi.

“Jisung? Bawa dia pergi hospital!” Rubin bersuara.

Jaehyun seakan baru sedar dengan keadaan Tuan Mudanya itu terus bertindak. Dia dan Rubin.memapah Jisung keluar dari situ.

“Bawa aku balik.” bantah Jisung

“Kau kena pergi hospital, Jisung!” Kata Rubin. Dah teruk macam ni pun boleh ingat nak balik rumah? Nasib kena tembak dekat bahu je. Kalau jantung?!

“Tak boleh. Just bawa aku balik.” Jisung masih berdegil.

“Eii, degillah kau ni.” Rubin bersuara lagi. Tapi kali ini hanya ikutkan kehendak Jisung.

Jaehyun pandu kereta pulang ke villa. Jeffery dan konconya, biar koperal Taeyong yang uruskan. Memang mereka rancang semua ni dengan Taeyong. Lagipun, Taeyong anggota polis berpangkat. Rubin pula pulang dengan keretanya sendiri.

Jaehyun memberhentikan kereta di hadapan pintu villa. Senang nak bawa Jisung masuk nanti.

Iseul buka semula mata. Dah pagi, tapi dia masih tak boleh lelapkan mata. Dia fikirkan Jisung. Macam mana kalau jadi apa-apa? Hati dia jadi tak sedap disebabkan Jisung masih belum pulang.

“Call Dr. Hwang cepat!” bunyi suara sahutan dari salah seorang anak buah Jisung memberhentikan lamunan Iseul. Dia kembali duduk.

“Jisung dah balik ke?” telahnya.

Pantas Iseul bangun dan berlari anak keluar dari bilik. Dia menyusun langkah ke arah bilik Jisung.

Dari jauh dia dapat lihat, beberapa orang sedang berkumpul di luar bilik. Iseul melajukan langkah.  Tiba-tiba hati jadi sebak. Kalau Jisung okey, mereka takkan ada disini kan?

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now