"Awal bagun." Sergah seseorang.
Pantas aku tolehkan muka kearahnya. Terkejut. Nasib tak kena cardiac arrest. Kalau tak dah mati aku sekarang.
Lebih buatkan aku bersyukur adalah...aku tak jatuh ke dalam kolam ini. Kalau tak tenggelam ke dasarlah jadinya. Aku pun tak tahu yang aku reti berenang atau tidak. Aku tak pernah masuk ke kolam yang paras airnya lebih tinggi dari aku. Selalunya, paras dada sahaja.
"Eh, awak baru balik ke?" Soalku.
Pakaian dia nampak kemas. Begitu juga Jaehyun dan beberapa orang yang baru masuk ke dalam villa ini bersama Jisung tadi. Jadi aku bertanggapan, mereka keluar tadi.
"Hmmm, aku keluar kejap." jawabnya.
Aku angguk faham
"Alang-alang dah pagi. Saya balik rumah dulu lah."
Aku nampak dia senyap dengan mata yang tepat memandang aku. Tak tahulah apa yang ditiliknya.
Aku ambil peluang ini. Buat mata bulat dan muka penuh mengharap. Harap sangat dia bagi aku balik.
Haihh... ni satu benda lagi aku pelik. Dia bukannya suami aku pun untuk aku minta izin nak balik bagai. Balik rumah sendiri pula tu.
"Tak boleh." Katanya. Anak matanya juga lari dari melihat mata aku. Dahi aku jadi berkerut. Minta penjelasan.
"Aku nak kau tinggal sini buat masa sekarang." Kata Jisung. Mungkin dia nampak muka hairan aku ni.
"Kenapa pula?"
"Macam yang aku kata. Until all done. Aku just tak nak Jeffery kacau kau. Kau jangan risau, tidur sini untuk beberapa hari je. Lepas semua settle, kau boleh balik. Okay?" Lembut dia bertanya.
Aku diam sekejap untuk merangka alasan yang munasabah.
"Habis tu, Mieka macam mana? Appa saya boleh apa-apa kan dia tahu tak." Aku acah-acah jadi kawan yang caring.
"Yuta ada. Dia tahu la macam mana nak jaga adik dia." Pantas Jisung menjawab.
Nampaknya alasan aku tak menjadi. Lansung!
"Barang-barang saya?" Soalku. Macam mana aku nak tinggal sini kalau tak ada baju? Aku perempuan tahu. Banyak barang yang aku perlukan.
"Aku boleh suruh Yuta ambilkan. You just call you friend to pack your things." Jawab Jisung lagi. Dia tak pernah tak ada jawapan dengan apa yang aku tanya.
Aku angkat bendera putih. Tanda mengalah. Dia ni memang petah bercakap lah. Silap-silap, peguam pun kalah.
✯
Aku duduk di lantai. Dalam bilik omma Jisung! Jangan salah anggap. Aku bukannya meroyan sebab tak dapat balik.. aku Cuma kemas pakaian aku yang baru dihantar oleh Yuta. Meletakkannya ke dalam almari.
Knock knock knock
Bunyi ketukan pintu mendapat perhatian aku. Agaknya siapa ya. Terus kaki laju kearah pintu.
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)