Chapter 33

341 48 1
                                        

Iseul dibawa turun dari kereta. Jisung mendukungnya terus ke bilik untuk pemeriksaan doktor.

"Jisung..." Panggil Iseul dalam keadaan lemah.

"Ya.." jawab Jisung sekadar melayan.

Kakinya laju menaiki anak tangga dengan berhati-hati. Takut jatuh.

"Kepala awak berdarah, Jisung." Ujar Iseul lagi.

"Don't worry... kau yang tak okey sekarang ni. Duduk diam-diam!" Jisung berkata dengan nada dinginnya.

Iseul hanya diam menikus. Dia tahu, Jisung tak ada niat nak marah. Jisung cuma risau. Mungkin...

Setibanya di bilik ommanya dulu, badan Iseul diletakkan dengan berhati-hati. Baju basah Iseul yang semakin kering dihiraukan.

"Tolong bukakan electric heater." Pinta Dr.Hwang.

Jisung yang mendengar terus mengarahkan anak buahnya membuka suis.

"Yuta, tolong bukakan." Ujar Jisung lebih kepada arahan.

"Nah, minum ni." Dr.Hwang suakan segelas air suam kepada Iseul. Biar basahkan tekak terlebih dahulu.

"Yang lain tolong keluar ya." Arah Dr.Hwang pula.

Walaupun berat hati, Jisung hanya akur kali ni. Jisung melangkah keluar dan menutup pintu dari luar. Dia berdiri sambil bersandar di dinding bersebelahan pintu bilik tersebut.

Selepas memastikan semua orang keluar, Iseul disuruh untuk baring di situ. Selimut tebal ditarik sehingga paras dada.

Badan Iseul dirasakan masih sejuk. Termometer berjenama Braun itu dikeluarkan dan didekatkan dengan dahi Iseul untuk memeriksa suhu.

"27°... Suhu  masih tak normal." Ujar Dr. Hwang. Lebih kepada diri sendiri sebenarnya.

Beberapa heat pack diletakkan di dalam selimut yang menutupi seluruh tubuh Iseul tadi.

"Kamu rehat dulu. Kalau ada sesak nafas atau apa-apa boleh bagitahu." Ujar Dr.Hwang

"Okey"

"Semua dah siap, saya keluar dulu lah. Buat masa sekarang jangan keluar pergi mana-mana lagi. Rehat dulu bagi suhu badan normal. Dan jangan mandi air sejuk." Pesan Dr.Hwang sebelum berjalan pergi.

"Umm, doktor!" Panggil Iseul.

"Ya?"

"Tolong rawat luka Jisung sekali."

"Jisung ke?

"Ha ah, tadi saya tengok luka dia nampak teruk." Ujar Iseul bimbang.

"Oh, baik. Nanti saya tengok-tengokkan dia." Ujar Dr.Hwang

"Janganlah nanti! Pergi tengok sekarang juga!"

"Uh... y-ye, baik. Saya pergi sekarang." Terkejut Dr.Hwang dibuatnya apabila Iseul tiba-tiba marah.

Pintu ditutup dari luar. Jisung yang sedang duduk di luar bilik dihampiri.

"Jisung, sini aku nak tengokkan luka kau tu."  Ajak Dr.Hwang.

"Ish, tak payahlah!" Tegah Jisung.

"Kau jangan macam-macam. Iseul yang paksa okay! Kalau tak, aku pun tahu kau memang tak kesah dengan luka-luka ringan macam ni." Ujar Renjun.

Cedera macam ni sudah biasa katanya. Alahai, takat lebam-lebam tu apalah sangat untuk Park Jisung ni. Katanya lagi, dia dah pernah merasa lebih dari tu.

"Dia paksa kau?" Soal Jisung hairan

"Hmm...more to marah la sebenarnya. Kesian aku kena marah dengan dia sebab aku jawab 'nanti aku rawat kau'...dia paksa aku buat sekarang juga. Tak bagi lengah-lengahkan masa." Renjun tunjuk muka sedih.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now