Chapter 30

365 57 1
                                        


How dare you touch my girl!” Marah Jisung.

Pantang sungguh dia apabila orang memegang haknya dengan kasar begitu. Jisung merenung Iseul lama. Kerutan di dahi dia juga jelas kelihatan. Nampak sangat dia risaukan Iseul.

“Sampai pun kau. Sikit lagi je aku nak tercabut nyawa dia tadi.” Selamba Samchon Park berkata. Seperti soal nyawa itu tak penting lansung.

“Aku dah sampai, sekarang lepaskan dia.” Pinta Jisung.

Samchon Park mengalihkan pandangan ke arah Iseul. Dari tadi Iseul hanya pandang Jisung dengan muka yang pucatnya itu. Kemudian, Samchon Park kembali melihat Jisung. Senyuman sinis menghiasi mukanya.

“Aku takkan lepaskan dia…” Samchon Park memberhentikan kata-katanya.

“Kita lawan. Kalau aku menang, semua harta kau akan jadi milik aku termasuk perempuan ni.” Sambung Samchon Park. Tangan dipanjangkan untuk mengusap rambut basah Iseul sedikit.

Jisung hanya mampu melihat sekarang. Ini tak ada dalam perjanjian pun sebelum ni! Dasar penipu.

Jisung menggepal penumbuk. Marah dengan dengan diri sendir sebab tak dapat selamatkan wanita di hadapannya itu. Jelas muka Iseul tak suka dengan sentuhan tadi.

“Perempuan tu, tak ada kena mengena pun! Kau tak boleh sabitkan dia.” Bangkang Jisung.

“Ouh, sekarang kau nak kata yang dia ni bukan hak kau ke? Kalau kau dah ada yang lain, bagi ajelah perempuan ni dekat aku. Kesian aku tengok dia ni kena buang dengan kau, Jisung.” Kata Samchon Park.

Jisung mengetap giginya. Rasa tercabar dengan mulut longkang pakciknya itu. Dia larikan pandangan, dan tiba-tiba matanya terikat dengan mata coklat Iseul.

Iseul memandang tepat ke dalam matanya. Dan, dapat Jisung lihat anak mata Iseul bergetar. Iseul terasa dengan kata-kata lelaki tua tu! Jangan kata dia percaya dengan pernyataan itu. Tiba-tiba hati Jisung rasa tak sedap. Mesti Iseul salah faham dengannya. Tak boleh biar ni!

Jisung dengan yakin mengangkat pandangan ke arah Samchon Park.

“Huh, jangan haraplah. Dia hak aku selama-lamanya dan aku takkan pernah serahkan dia dekat orang lain terutama pada lelaki dayus macam kau ni!” Keras Jisung bersuara. Nak tunjuk yang dia betul-betul maksudkannya.

Balasannya, Samchon Park hanya ketawa lucu. 

“Dah la, malas aku nak layan drama kau ni.” Samchon Park berhenti ketawa sebelum bersuara lagi.

“Lawan dia!” arah Samchon Park tiba-tiba.

Dengan itu, beberapa orang anak buahnya datang menyerbu Jisung.

“Jisung! Hati-hati” laung Iseul yang berada tidak jauh dari situ.

 
Bang! Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan tak putus-putus. Satu-satu anak buah Samchon Park tumbang.

Samchon Park turut tak menjangkakan tindakan tersebut. Terus dia melihat ke arah datangnya tembakan tersebut. Mukanya terus merah padam. Tembakan itu bukan datang dari Jisung, tapi orang lain.

“Kau, Jisung! Kau bawa anak buah kau sekali? Degil eh. Jangan kata aku tak warning!” Ujar Samchon Park.

Terus tangan Iseul ditarik kuat. Dia mengheret Iseul pergi dari situ

Jisung yang melihat terus mengejar namun, terhenti apabila ada beberapa orang datang menghalang. Dia merengus geram. Nampaknya dia terpaksa lawan dulu. Iseul tunggu aku!

  
“Kau masuk cepat!” jerkah Samchon Park pada Iseul. Badan Iseul diheretnya supaya masuk ke dalam satu ruangan yang dibuat khas daripada besi tebal. Dan suhu di dalamnya bukan biasa-biasa. Negatif  34 darjah!

“Tak nak!!!” jerit Iseul

Iseul melawan. Kakinya dikeraskan seperti patung sambil tangan digerakkan untuk menolak Samchon Park sekuat mungkin.

Namun, nasib tak menyebelahinya. Sekali tolak sahaja, Iseul dah tersungkur di lantai yang tak berlapik itu. Kemudian, pantas Samchon Park menutup pintu ruangan itu. Pintu tersebut turut dibuat daripada konkrit besi dan mempunyai 'pin lock' untuk membukanya.

“Bukalah!” laungku sekuat mungkin.

Tangan aku naik untuk mengetuk dinding besi ini. Aku tak nak mati kesejukan dekat sini. Tolonglah! Ni nak nangis ni.

“Pak cik!” panggilku lagi. Suara aku hanya bergema di dalam ruangan ini. Aku pun tak pasti suara aku dapat tembusi dinding besi tebal ini atau tak. Tapi tak salah cuba kan?

“Jisung, mana awak ni?” Adu aku sendiri.

Sudah beberapa minit aku menjerit terlolong minta perhatian dari luar,namun semuanya sia-sia. Air mata mula bergenang di hujung mata. Mulalah aku nak sedih. Dalam ni dah la gelap. Cahaya pun malap saja, datang dari cahay bulan.

Ya, cahaya bulan! Maksud lain, masih ada ruang yang boleh bawa aku keluar dari sini.

Aku dongak kearah cahaya tersebut. Tinggi. Di satu sudut lain, terdapat jeriji besi yang terpasang di bahagian atas sekali dekat dinding itu. Bilik ni tak ubah seperti penjara. Tak tahu la apa funtion dia.

Aku bagun. Perlahan-lahan mengatur langkah ke sana. Aku tahu aku ni pendek dan takkan sampai ke atas tu. Tapi aku still rasa curious dengan benda tu. Mana tahu boleh buka lepastu, aku tiba-tiba reti panjat dinding dan dapatlah aku keluar dari sini.

Buk!

Terasa nak patah hidung aku apabila tersembam ke depan akibat tersepak sesuatu.

“Aduh…. Benda apa ni?!”

Aku mengesot sedikit sehingga tangan tersentuh sesuatu yang dingin. Aku meraba-raba objek tersebut untuk mengesahkannya. Tak terlalu keras. Panjang dan sejuk.

Pergerakkan aku mula perlahan. Okey, aku rasa aku dah dapat teka.

Bila otak dapat mencerna sesuatu, terus hilang darah aku. Tubuh aku mengeras.

Terus aku menekup mulut sendiri dengan tangan. Terkejut dan takut pada masa yang sama. Aku pantas bangun dan menuju ke tempat asalku tadi. Aku sandar disitu. Pandangan masih pada manusia di hadapan aku ni.

Benda yang aku pegang tadi adalah manusia! Aku tak rasa dia masih hidup. Kulit dia pun sejuk macam ais.

Aku kuatkan hati untuk pandang ke arah lain pula. Entah firasat aku mengatakan yang bukan kami berdua saja di dalam ni. Mesti ramai lagi ada.

Walaupun samar-samar cahaya bulan, aku nampak beberapa lagi mayat yang terbaring di lantai sana. Ada yang bertindan antara satu sama lain. Patut ke aku bersyukur yang aku tak keseorangan sekarang ni?

Akibat mati akal, aku hanya duduk di situ. Nak nafas pun semakin susah. Kat sini seperti tiada oksigen.

Eh, bukan 'seperti' tapi memang tak ada oksigen!

Semakin lama di dalam ni, tangan aku mula menggeletar.

Jisung tak cari aku ke?

Atau dia dah cedera parah?

Macam mana kalau tak ada orang nak hentikan pendarahan tu nanti?

Otak mula risaukan semua benda. Kalau aku mati kat sini, rasa-rasanya ada orang jumpa tak eh. K nasib aku sama seperti mayat mayat di depan aku sekarang ni?

-nc-

Sorry  sebab tak Updated minggu lepas😩 tulis tak siap-siap. Lepastu homework datang bushhhh sekaligus!! Nak meletup otak dibuatnya.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now