Chapter 4

551 68 0
                                        

"...bolehkan kau lupakan apa yang jadi malam ni dan jangan bagitahu sesiapa even dengan orang yang kau rapat." Soal Jisung.

"...dan aku harap kita dah takkan jumpa lepas ni. So, lupakan je semua yang berlaku."

"Sure." Jawab Iseul

"Good girl. Aku tahu aku boleh percayakan kau." Kata Jisung. Iseul hanya senyap di tempatnya.

Dia terfikir. Adakah dia akan diugut atau dibunuh kalau terberitahu sesiapa. Nampak macam ya, tapi tak tahu lah nak kata.

"Jaehyun!" Panggil Jisung

Seperti biasa, panggil saja pasti sampai dalam masa yang singkat.

Jaehyun masuk ke dalam bilik.

"Tolong hantarkan dia balik. Hati-hati, jangan sampai ada orang nampak." Sempat Jisung membuat pesanan. Bahaya! Kehidupan mafia seperti mereka memang tak pernah selamat pun.

"Baik." Jaehyun terlebih dahulu keluar dan diikuti Iseul dibelakang.

"Wait," kedengaran Jisung bersuara di hujung sana.

Iseul berpaling. Menghadap semula lelaki tadi.

"May I know you name?"

"Iseul, Han Iseul." Jawab Iseul bersama senyuman kecil.

"Ouh, such a beautiful name. I'm Park Jisung." Giliran Jisung memperkenalkan dirinya.

Kemudian, Iseul meminta diri. Dia lajukan langkah. Takut-takut, orang tadi marahnya pula.

Dia tiba di hadapan pintu utama. Iseul sedikit kaget, disebabkan kereta sudah berada di hadapannya. Selamat dia tidak ditinggalkan.

Belum sempat dia membuka pintu, ada orang lain yang tolong bukakan. Dia hanya masuk dan duduk diam-diam di tempat duduk belakang.

"Encik...."

"Call me Jaehyun." Ujarnya sambil fokus terhadap pemanduan.

"Ouh.. "

"...Jaehyun, awak hantar saya dekat bus stop jelah. Rumah saya jauh sikit dari sini." Cadang Iseul. Dia tak mahu susahkan sesiapa.

Tetapi bukanlah salah dia. Villa Jisung yang jauh dari bandar. Sunyi pula tu.

"Tuan Muda dah arahkan saya hantar awak sampai depan rumah." Katanya mesra.

"Tapi..."

"Cik tahukan, bahaya kalau balik seorang diri lepas dah libatkan diri tadi?" Soal Jaehyun.

'Kenapa ayat dia macam saja nak buat aku rasa menyesal?' fikir Iseul.

Ya, betul. Dia sepenuhnya faham apa yang sebenarnya ingin dikatakan Jaehyun itu.

MUNGKIN, mereka gengster atau pembunuh upahan? Dan kalau ada orang nampak dia dengan mereka tadi, pasti dia juga akan disabitkan bersalah.

  
Akhirnya Iseul sampai di rumahnya. Dia berasa sungguh lega.

"Ambik beg kertas tu bersama, tu baju dan skaf semalam." Ujar Jaehyun.

Kenapa semalam?? Sebab sekarang sudahpun hampir mencecah pukul 2 pagi!!

Iseul mencapai beg kertas yang ada di sebelahnya dari tadi. Dia perasan cuma tak tanya.

"Thanks. Cakap dekat tuan muda awak, lain kali hati-hati dan terima kasih sebab percayakan saya." Sempat Iseul berkata sebelum keluar dari kereta.

"Boleh ulang sekali lagi apa yang awak cakap tadi." Pinta Jaehyun.

"Cakap dekat tuan muda awak, lain kali hati-hati dan terima kasih sebab percayakan saya." Agak hairan Iseul dibuatnya. Tapi dia tetap ikutkan saja.

"Okay, saya dah bagitahu dia." Pantas Jaehyun menjawab.

"Nae??"

"Saya dah hantar pesanan suara awak dekat dia. Nanti dia dengarlah tu." Sambung Jaehyun.

Sungguh cekap lelaki ini. Sempat merakam apa yang dia kata tadi? Ouh, patut dia suruh ulang semula.

'Kenapa aku rasa malu ni!? Kalau dia dengar tu apalah yang difikirkannya nanti. Aduh! Habislah aku.' gelabah Iseul.

Iseul turun dari kenderaan dan masuk ke dalam rumahnya. Pintu dikunci.

Dia seterusnya naik ke bilik. Terasa seperti mimpi. Tapi tak. Kesan darah pada t-shirt nya masih jelas kelihatan. Cuma darah itu sudahpun kering.

Aku tak sangka sangat. Hari ni bakal menjadi sejarah hidup aku. Tapi siapa mereka? Jahatkah? Kenapa dia baik saja dengan aku?

Nasib aku ambil bidang doktor masa belajar dulu. Kalau tak aku tinggal aje lelaki tu kat situ.

Aku lekas salin baju dan mandi. Esok pagi sebenarnya aku ada kerja. Haaa tak tahulah tu. Aku kerja dekar Starbucks tau!

Sebelum minta kerja sebagai seorang jururawat atau doktor, aku buat kerja sambilan dekat kedai coffee dulu.

Pejamkan mata, aku kena tidur dan lupakan perkara semalam.

Nasib Mieka kerja 12 jam. Kalau tak habis dituduhnya, aku pergi rumah jantan kemudian balik pagi.. tak pasal!

Tapi aku tak rasa aku akan lupakan semua ni dengan mudahnya. Aku juga manusia biasa. Adakalanya, aku ashik terfikir. Mereka siapa sebenarnya.

Serius, aku banyak terpengaruh dengan movie dan drama yang aku tonton.

Sibuk berleter pada diri, mata aku terlelap dengan sendirinya. Sungguh semalam memenatkan bagi aku.

"Kau balik dengan tangan kosong kan?" Belum sempat memberitahu hal sebenar, Rubin terlebih dahulu tanya.

Anak buahnya baru tiba. Dah berjam-jam mereka cari si Jisung. Ingatkan jumpa! Cis! Tak boleh harap lansung.

"Maaf, dia hilang tiba-tiba." Ujar Jinwoo. Yang lain hanya berdiri dan tunduk.

"Haish, licik sungguh dia ni. Korang pun satu! Cuai sangat." Marah Rubin.

Yang lain pandang sesama mereka.

"Psst psst Junghoon, kau bagitahu la." Tegur Sungho.

Junghoon hanya angguk tanda 'okay'.

"Tapi, kami nampak sesuatu tadi." Ujar Junghoon.

"Benda apa pulak kau nampak pagi-pagi ni.. hantu??"

"Bukan hyung, kami nampak orang Jisung dekat kawasan ni." Sambung Junghoon.

"Dia buat apa dekat kawasan ni?" Soal Rubin penuh minat.

"Tak pasti, tapi dia hantar sorang perempuan ni. Balik rumah mungkin." Kata Jehyun

Pernyataan tersebut agak mengejutkan Rubin. Jisung muda lagi, dan dah ada perempuan simpanan? Hebat benar.

"Wow! Dah ada perempuan simpanan ya. Interesting" Rubin melepaskan tawa sinisnya.

"Perhatikan mereka. Kalau ada apa-apa news gempak, baru bagi tahu aku." Kata Rubin

"Baik." Sahut semua.

-nc-

Vote💚 and 💬comments

Thanks you..🎬

Come'on ² follow my Instagram 🦢 Check out my other ff too...

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now