Chapter 5

511 59 0
                                        

Dua hari sudah berlalu dengan begitu pantas. Bagi aku, tiada apa-apa yang menarik sepanjang dua hari itu.

Tetapi entahlah, semenjak ini aku rasa macam diekori. Tapi aku tahu, semua tu firasat aku saja.

Selepas kejadian tu, aku jadi sedikit takut. Tambahan bila nak keluar rumah. Sememangnya terasa hidup ni tak tenteram.

Hah! Iseul, Iseul. Apalah nak jadi dengan diri kau ni...

Dan..aku masih tak dapat lupakan perkara tiga hari lepas.

Jisung kan nama dia? Park Ji-Sung?  Lepas dari hari tu, memang aku tak pernah jumpa dia dah.

Bukanlah aku teringin sangat nak jumpa dia, cuma... aku rasa curious.

Dia okey ke? Selepas kena tembak tu...

      

"Han Iseul!!!..."

"...baik kau bangun sekarang. Kau dah lewat tahu!" Jerit Mieka yang baru pulang dari kerjanya.

Patut rasa sunyi, rupanya Iseul masih tidur! Selalunya, waktu begini dia sedang karaoke tak ingat dunia sambil-sambil buat sarapan.

Iseul yang mendengar hanya mengabaikan. Suara Mieka seperti 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri' ataupun yang lebih teruk dia sememangnya tak dengar.

Iseul menutup telinga dengan bantainya. Selimut ditarik sedikit untuk lebih selesa. Mata dilelapkan kembali.

Namun, tiba-tiba saja terasa bumi bergegar. Seluruh badannya terhentak-hentak. Bunyi spring katil juga dapat dengar dengan jelasnya.

"Bangun! Bangun! Bangun!"

Mieka seperti kanak-kanak tadika sedang melompat di atas katil.

Secara automatik, Iseul membuka matanya. Haih, siapa yang ganggu tidurnya. Dahlah semalam dia tidur lewat disebabkan tonton movie.

"Iseul, kau kan kena pergi kerja. Bangun lekas." Kata Mieka lagi sambil menarik selimut Iseul.

"Huhuhu Miekaaa..." Suaranya saja dilerekkan.

Mieka hanya melayan karenah Iseul yang seperti hendak menangis itu.

"... Kau lupa ke harini aku masuk kerja petang." Iseul membuat muka seperti bayi yang sedang sedih.

Dia tak cukup tidur sebenarnya.

"Aaa... Really?? Manalah aku tahu." Kata Mieka. Sengihan kecil terukir di bibir Mieka.

Mieka kerling ke arah Iseul. Rasa bersalah pula.

"Alolo, janganlah marah. Mari sini aku dodoi kan kau tidur." Pujuk Mieka. Dia tahu dia salah tadi.

Iseul yang hendak tidur semula itu terus bangun.

"Oh mak kau!" Latah Mieka. Terkejut dengan Iseul yang tiba-tiba bangun. Nasib jantung tidak luruh.

"Ish kau ni. Kalau aku mati sebab kena serangan jantung tadi macam mana?" Bising Mieka.

"Hehehe... Aku actually ingat nak keluar sekejap pagi ni." Ujar Iseul.

"Huargh..." Dia menggeliat. Ingin merenggangkan otot-otot atau urat-urat yang tengah tegang sekarang.

"Kau nak pergi mana?" Soal Mieka.

"Aku nak pergi mall. Barang dapur dah nazak. Aku ingat nak pergi beli siap-siap." Jawab Iseul sambil membuka almari bajunya.

Baju blouse dan dan jeans panjang dikeluarkannya. Kemudian tuala mandi pula dicapai.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now