Jisung jalan keliling rumah. Pergi ruang tamu jumpa Jaehyun dan Taeyong. Pergi bilik, jumpa Mieka pula. Kaki laju menuju ke arah dapur.
“Eh Jisung? Kamu nak minum ke?” ramah Omma Iseul bertanya.
Jisung senyum sedikit.
“Tak lah. Saya cari Iseul. Dia dekat mana eh?” soal Jisung. Cuba dilembutkan suara supaya tak dengar biadap.
“Ouh… budak tu ada dekat luar. Tengah duduk bawah pokok. Maklumlah dia memang suka termenung kat situ.” Jawab Omma Iseul.
“Kalau macam tu, saya keluar dulu lah.” Jisung meminta diri sebelum berlalu pergi.
Dia keluar melalui pintu dapur yang terbuka luas itu. Dia melihat ke arah pokok yang dimaksudkan tadi.
Ya! Memang dia nampak ada orang di sana. Jisung melajukan langkahnya.
“Ishh.. kenapa dia macam tu pula. Aku dah kata duduk kampung ni tak sama macam duduk dalam villa besar dia tu. Degil juga nak ikut.” Bebel Iseul seorang diri sambil mengoyakkan daun ditangannya.
“Kau cakap pasal aku ke?” soal Jisung yang dari tadi mendengar dalam senyap.
Pantas Iseul mengalihkan badan ke arah kanannya. Terkejut dia melihat kelibat orang di malam hari ni. Dada dipegang untuk menenangkan jantung.
“Awak bu-buat apa kat sini?” soal Iseul.
“Aku yang sepatutnya tanya kau. Kau buat apa kat luar malam-malam ni. Tahu kan bahaya?” Jisung mengangkat sebelah keningnya.
“Awak cakap apa ni. Sebelum ni okay je saya duduk sorang-sorang kat sini.” Jawab Iseul.
Jisung mengambil duduk di pelantar kayu itu.
“Aku tahu kau dengar tadi, Iseul. Jangan buat-buat tak tahu.” Jisung berkata tanpa melihat ke arah Iseul.
Iseul diam. Entah macam mana Jisung dapat tangkap dia curi-curi dengar tadi.
“Minta maaf, sa-saya tak ada niat pun nak dengar tadi.” Ujar Iseul perlahan.
“It’s okay. Memang aku nak kau dengar pun. Biar kau tahu, kita tengah diperhatikan sekarang.”
“Saya risaukan omma saya lah.” Jujur Iseul. Daun yang berbaki di tangannya dikoyakkan lagi.
“Tak apa, selagi aku dengan Jaehyun ada, mereka tak akan berani buat apa-apa.” Ujar Jisung
“Semua ni sebab appa saya ke? Bukan dia dah kena tangkap?” soal Iseul bingung. Kata dipenjarakan tanpa ikat jamin.
“No, he’s my uncle. Dia nakkan kau untuk jatuhkan aku.”
“Aduhh.. penatlah macam ni.” Keluh Iseul. Bagi lah mental dia rehat sekejap. Kes Jeffery pun belum pudar dari ingatan, muncul pula yang lain.
Jisung melihat kearah Iseul sekejap. Nampak macam Iseul tengah fikirkan sesuatu. Ni tak lain tak bukan mesti pasal Samchon Park pula. Jisung berdehem sebelum bersuara.
“Eh, tadi aku dengar kau mengata aku kan?” lantang Jisung bersuara selepas melihat muka suram Iseul itu. Mata dikecilkan melihat Iseul.
“Huh? M-mana ada.” Tegah Iseul. Sengaja dia larikan pandangan dari melihat lelaki di sebelah ini.
“Habis tu, kenapa gagap? Tak baik tipu aku.” Tuduh Jisung lagi.
“Ishh betullah!” Iseul memuncungkan mulutnya. Orang cakap tak nak percaya.
“Kenapa buat mulut itik tu. Nak aku kiss ke apa?” soal Jisung. Badannya digerakkan menghampiri Iseul.
“Awak ni gatal lah!” jerit Iseul
ESTÁS LEYENDO
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)