"Jisung, what do you think you're doing huh?!" Soal Tuan Besar Park yang baru tiba bersama Rubin itu. Nadanya seperti tegas namun lebih kepada menegur.
Taeyong, Jaehyun dan yang lain terus mengeras di tempat masing-masing. Tak berani nak bergerak buat masa sekarang.
"Datuk--" Jisung seperti baru sedar dari dirasuk. Dia melihat ke arah Samchon Park yang terbaring di lantai.
"Apa yang dah kamu buat, Jisung?" Suara Tuan Besar Park naik satu oktaf.
Tuan Besar Park memanggil seorang konco yang ada disitu. Disuruhnya untuk membantu Samchon Park berdiri semula.
Nafas ditarik terlebih dahulu, dan dihembuskan dengan kasar.
"Samchon Park yang mulakan dulu! Dia ganggu orang yang tak ada kena mengena dengan semua ni. Dia seksa mereka dan takkan saya nak biarkan saja?! Cukuplah dia jadi punca omma mati dulu." Dengan perasaan tidak puas hati Jisung menjawab .
"Jadi kamu masih tak dapat lupakan masa silam? Dan kamu jangan lupa, aku yang arahkan orang untuk bunuh anak perempuan aku sendiri." Ujar Tuan Besar Park bersama nada yang sedikit bersalah.
"Datuk tak salah. Datuk cuma ikut undang-undang kumpulan ni, tu ja." Jawab Jisung perlahan.
Dia tak nak tuduh sebab dia tahu apa yang jadi dulu. Dia ada masa omma dengan apaanya dibunuh. Dia lihat dengan mata sendiri.
"Jadi, kamu rasa apa yang patut kamu buat sekarang?" Soal Tuan Besar Park.
Automatik Jisung teringat seseorang. Han Iseul! Dia masih kat dalam sana.
Tanpa berkata terus dia berlari ke arah bilik besi itu. Dia mengetuk dari luar.
"Iseul! Kau dengar tak. Iseul?!" Jerit Jisung dari luar.
Iseul yang berada di dalam hanya mendengar. Dia nak menyahut tetapi suaranya hilang. Tekaknya kering membeku. Bibirnya juga merekah dan dihiasi darah kering.
Namun, dikuatkan juga diri. Dia ketuk dinding itu kembali tanda dia masih di dalam sana. Mata yang sudah kuyu itu dibiar tertutup.
Jisung bangun dan pergi ke arah Samchon Park kembali.
"Kau bagitahu aku password bilik tu sekarang!" Marah Jisung.
Dia tak peduli dengan Tuan Besar Park yang ada di depannya sekarang apatah lagi anak-anak buah yang ada disitu.
"Ahahaha uhuk uhuk ahahaha... Jangan harap!" Ujar Samchon Park dengan suara puas hati. Puas hati sebab dapat kalahkan Jisung.
Tuan Besar Park hanya melihat sebelum bersuara.
"Samchon Park, tell him the password." Arahnya
Samchon Park kemudian melihat ke arah Tuan Besar dengan muka keliru. Bukan lelaki itu menyebelahinya ke? Kenapa nak tolong Jisung sekarang?
"Tapi-"
Mendapat jelingan tajam dari Tuan Besar Park, dia mengalah.
Dapat sahaja password tersebut, terus Jisung berlari untuk membuka pintu bilik besi itu. Kali ini, Jaehyun dan Taeyong turut mengikutinya.
"Samchon Park, aku kecewa dengan sikap kamu. Kamu akan dihukum atas apa yang kamu dah buat!" Tegas Tuan Besar Park bersuara.
Samchon Park menelan liur
"Ap-apa salah saya? Saya tak ada buat apa-apa pun." Ujar Samchon Park dusta.
"Rubin dah tunjukkan semua, dan kamu dah langgar undang-undang kita. Aku sendiri akan hukum kamu. Bawa dia pergi!" Arah Tuan Besar Park kepada orang yang memegang erat tangan Samchon Park.
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)