D.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !!
Written by nazAutrice💫
Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka.
Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka.
Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
Jisung yang ralit melihat permandangan dari café itu terus terganggu dengan bunyi deringan telefon. Telefon yang berada di dalam poket dikeluarkan. Nama di screem dilihatnya terlebih dahulu.
“Iseul?” telahnya sebelum mengangkat panggilan tersebut.
“Hello” Jisung terlebih dahulu bersuara.
“Jisung, balik cepat. Ada orang bawa Iseul pergi. To-tolong makcik!” rayu omma Iseul.
Nasib Iseul tertinggal telefon. Sempat ommanya geledah bilik untuk cari telefon Iseul bagi call Jisung. Mieka pula, dibawanya ke tempat teduh. Tak larat dia nak angkat.
Jisung yang mendengar terus berdiri dari duduknya. Kaki dah berura-ura nak buka langkah seribu.
“Apa?!” soal Jisung kuat.
Jaehyun dan Taeyong yang duduk itu terus mengangkat wajah untuk melihat Jisung.
Begitu juga beberapa orang yang ada di cafe itu. Masing-masing terkejut dengar suara orang menjerit.
Jisung mengangguk sedikit sebelum menamatkan panggilan. Telefon disimpan kembali.
“Kenapa Jisung?” soal Jaehyun.
“Kita kena balik cepat. Mereka dah dapat Iseul.” Ujar Jisung.
Tanpa menunggu, dia terus berlari untuk pulang ke rumah Omma Iseul. Dalam hati, dia sudah memaki-hamun pakciknya.
Bukan nak tuduh tetapi dia pasti! Siapa lagi yang berani buat semua ni selain Samchon Park? Lelaki tua gila harta tu.
Selepas membuat pembayaran, Jaehyun dan Taeyong turut membuntuti Jisung dari belakang.
✯
“Mieka!”
Taeyong yang berlari di baris paling belakang tadi terus memintas Jaehyun dan Jisung yang berada di hadapan. Mieka yang terbaring di halaman berbumbung itu dilihatnya.
“Makcik kenapa ni?” cemas Taeyong bersuara.
“Makcik tak tahu… makcik tunggu kamu je untuk bawa Mieka pergi hospital.” Jawab Omma Iseul.
Pipi kiri Mieka yang agak merah itu menjadi perhatiannya. Dia mendengus geram.
Taeyong terus mencempung Mieka untuk dibawa masuk ke dalam kereta
“Jisung, aku nak guna kereta kau.” Pinta Taeyong.
“Habis tu, macam mana aku nak kejar mereka?” soal Jisung dengan suara yang agak marah.
Melihat muka Taeyong yang tegang itu, Jisung menghela nafas berat.
“Kau naiklah. Aku tunggu anak buah aku hantar kereta.” Ujar Jisung.
Kunci dilambungkan dengan harapan Taeyong menangkapnya. Dan ya, dengan kemas kunci tersebut berada dalam genggaman Taeyong.
Biarlah Taeyong guna kereta tu dulu. Lagipun, dia belum tahu keberadaan Iseul sekarang. Dia tak boleh terburu-buru buat keputusan. Dia perlu buat rancangan terlebih dahulu. Cuma dia risau, kalau dia lambat dan Iseul di apa-apakan.
“Thanks, bro.” Ucap Taeyong sebelum menghilang bersama kereta milik Jisung.
“Jaehyun, buat kerja kau sekarang!” arah Jisung tegas.
Jaehyun hanya akur sebelum mengeluarkan telefon pintar. Beberapa orang di telefonnya.
Jisung melihat kearah Omma Iseul. Wanita tua itu tampak tidak bermaya. Mesti dia risaukan Iseul. Kesan air mata juga masih kelihatan.
“Makcik,” tegur Jisung perlahan
“Makcik masuk dulu. Biar saya pergi cari Iseul.” Ujar Jisung.
Omma Iseul menggeleng berkali-kali
“Makcik risau. Mereka buat apa dengan anak makcik tu?” Sayu Omma Iseul bersuara.
“Makcik jangan risau. Saya akan pastikan Iseul selamat, okay? Jadi saya minta tolong sangat-sangat untuk makcik bertenang.” Kata Jisung seperti sebuah janji.
Ya! Dia akan cari Iseul sampai jumpa. Dan dia pasti Samchon Park akan telefonnya nanti untuk nyatakan yang mereka dah dapat Iseul. Mereka mesti mahu Jisung kesana.
✯
Kereta mewah yang dipandu Taeyong berhenti betul-betul di hadapan pintu hospital. Kisah apa dia kalau ada orang nak saman pun. Itukan kereta Jisung, jadi biar Jisung je yang bayar. Lagipun dia dah emergency sangat dah ni.
“Doktor! Doktor!” terjerit-jerit Taeyong memanggil doktor yang ada disitu.
“Kenapa ni encik?” soal seorang doktor yang ada dengan kalutnya.
“Don’t ask. Just check her!” ujar Taeyong dingin.
“Baik. Letak dia di sini.” Kata doktor tersebut sebelum berjalan ke sebuah stretcher troli yang dibawa oleh dua orang doktor lagi.
Perlahan-lahan dia meletakkan Mieka di atas tilam nipis itu. Kedudukan Mieka dibetul-betulkan sedikit sebelum menolaknya pergi ke bilik rawatan.
“Doktor.” Panggil Taeyong.
Doktor yang ingin melangkah pergi bersama doktor-doktor lain tadi terus menolehkan badannya semula.
“Tolong jaga dia baik-baik. Saya akan datang sini balik dalam beberapa jam.” Ujar Taeyong.
Doktor itu mengangguk sedikit.
“Dan, kalau jadi apa-apa. Saya takkan teragak-agak untuk saman hospital ini termasuk doktor sekali.” Sambung Taeyong lagi.
“Baiklah, encik.” Kali ini doktor itu menjawab. Sempat juga dia menelan liur sebelum jawab tadi.
✯ -nc-
Okehh...story harini pendek ja😌 tak sempat nak taip panjang-panjang. Ingatkan tak nak Updated lagi sebab nk tulis beberapa scene tapi macam kejam pula😆👈 so sowwy😭😭😭
Inilah stretcher troli tu👇
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Autrice x tahu betul ke tak. Tapi Google tulis macam tu, kira betul la kan😂🙏🏻