Chapter 9

445 68 2
                                        

Ten dan Yangyang tiba di shopping mall yang tadinya didatangi Jisung.

Mereka hanya jalan dengan lagak biasa sambil mata meliar melihat sekeliling.

"Ten, tadi Jisung datang sini kan?" Soal Yangyang.

Yelah dari tadi berjalan. Tak jumpa apa-apa pun. Hairan. Jangan kata mereka perlu cek cctv di bilik security. Malas nak buat kerja banyak kali.

"Tak silap aku, memang dekat sini." Jawab Ten.

Mata ditajamkan lagi. Ingin melihat dengan lebih jelas. Takut-takut kalau mereka ada terlepas pandang benda penting.

Ten jalan berulang alik di tempat yang sama. Firasat dia mengatakan yang ada sesuatu di sini. Tetapi entahlah.

Clang!

Ten membeku ditempatnya. Orang yang ada turut menoleh sekejap untuk melihat apa yang terjadi.

Ten melihat kearah objek yang ada dekat dengannya. Yangyang yang ada tidak jauh dari situ juga teralih perhatiannya akibat bunyi tersebut.

Bunyi yang dihasilkan oleh Ten. Sebab? Sebabnya, dia baru sahaja tersepak sesuatu yang ada di lantai. Dia sendiri terkejut. Sehinggalah dia merasakan benda yang disepak tadi seperti agak asing.

"Sini sini!" Panggil Ten. Orang sekeliling dihiraukan serta merta.

Yangyang melajukan langkah ke arah Ten yang sedang duduk bercangkung dihadapan benda itu.

"Ni bukan ke jarum suntikan?" Tebak Yangyang.

Picagari itu diambil Ten. Kemudian, dia meletakkan picagari tersebut atas kain dan membalutnya.

"Kita kena balik dan tunjukkan benda ni dekat Tuan Muda segera." Kata Ten. Yangyang mengangguk.

"Tetapi kita kena selidik dulu. Tuan Muda akan soal kita tentang semua ini." Cadang Yangyang dan disetujui Ten.

Mereka yang sedang duduk bertinggung kini bangun berdiri. Perlu cepat pulang. Buat serba-serbi pencarian dan tunjukkan benda ni dekat Tuan Muda. Mereka jumpa bukti penting!

Mereka berdua keluar dari shopping mall dan menuju pulang.

Jisung masih setia menunggu di dalam bilik. Cuma dia duduk di sofa sambil membelek telefon.

Kring Kring

Pada mulanya bunyi tersebut hanya diabaikan oleh Jisung sehinggalah dia tersedar.

"Eh, bunyi macam dekat je" telah Jisung sendiri. Tadi dijangkakan telefon salah seorang anak buahnya, tapi bukan kot.

Kedengaran bunyi deringan itu dekat sekali dengan diri dia. Hendak kata telefonnya, bukan!

Dia bangun dan cuba mencari punca bunyi yang sedang seronok membuat bising itu. Tidak sampai seminit bunyi tersebut berhenti. Langkah Jisung turut terhenti.

"Aih, dah stop ke?" Hairan. Tak sempat dia nak cari dari mana datangnya bunyi tersebut. Apa-apa lah.

Dia berlalu ke arah slide door, ingin mengambil angin segar. Nafas ditarik dan dihela dengan tenang. Baru saja ingin melayangkan fikiran ada bunyi mengganggunya lagi.

"Haih, bising lah!" Marah Jisung.

Kring Kring

Bunyi itu kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat dan jelas.

Jisung pergi ke arah kusyen yang ada di luar. Dia dapat melihat ada telefon bimbit yang sedang menyala, minta diangkat di atas lantai.

Tak pasti milik siapa. Tapi nama yang tentera di skrin telefon agak mencurigakannya.

"Bos?" Soal Jisung.

Icon hijau yang tentera jelas di atas skrin telefon diseret ke atas. Panggilan telefon telah dijawab. Telefon dilekapkan ke telinga.

"Hello Han Iseul?" Seseorang bersuara di hujung talian. Lelaki. Terdengar agak marah.

"Iseul?!" Panggilnya kali kedua apabila tidak mendapat sahutan di talian.

Jisung hanya diam. Tidak pasti samada dia perlu balas atau tidak. Hati dia rasa tidak enak. Siapa yang telefon sebenarnya ni?

Ten berdiri di sebelah kanan manakala Yangyang berdiri di sebelah kiri. Doktor Hwang berdiri di tengah-tengah sambil melihat ke kanta mikroskop di atas meja ini.

"Macam mana Renjun?" Tanya Ten.

Mereka datang ke situ untuk berjumpa Doktor Hwang. Doktor yang telah diiktiraf sebagai doktor peribadi Jisung.

Kalau ikutkan kisah silam, Jisung dan Renjun pernah belajar sekali semasa zaman secondary school. Disebabkan Renjun sambung belajar dalam bidang kedoktoran dan sudahpun pakar, Jisung mengambil Renjun sebagai doktornya. Mudah dan boleh dipercayai.

"Ubat tidur ni. Mana korang jumpa?" Soal Renjun kembali.

"Jisung suruh carikan tadi. Kami jumpa dekat mall" Terang Yangyang.

Kongsi masalah seperti ini adalah biasa bagi mereka. Sudah hampir 3 tahun Renjun bekerja dengan Jisung. Semuanya okay.

"Hah! Jisung kena suntik ke? Dia okay tak?" Cemas Renjun.

Serius, dia bimbang. Dia jangka Jisung yang terkena suntikan. Bahaya kalau begitu. Dos tinggi boleh membawa maut kalau antibodi seseorang itu tidak kuat. Sudahlah Jisung baru pulih dari luka tembakan beberapa hari lepas.

"Bukan..." Kata-kata Renjun sebentar tadi ditepis Yangyang.

"...orang lain yang kena. Perempuan." Sambung Yangyang.

"Perempuan?" Hairan Renjun.

Tidak pernah-pernah Jisung buat hal, kenapa harini?

Ten yang melihat ke arah riak muka Renjun segera bersuara, ingin membetulkan semua salah faham yang ada dalam pemikiran doktor itu.

"Perempuan haritu...yang selamatkan Tuan Muda kita dulu." Kata Ten.

Mulut Renjun terbuka seperti ingin menyebutkan 'Ahhh' tanda dia tahu, namun suaranya tidak keluar.

"Jadi sekarang dia ada dengan Jisung lah, dekat villa?" Soal Renjun setelah tahu kebenaran.

Yangyang dan Ten mengangguk tanpa ragu.

Memang benar pun. Kalau tidak, tak adalah mereka perlu ke sini. Kisah betul Jisung dengan manusia sekelilingnya. Cuma itulah, kesian dia terseksa hidup dalam keluarga seperti itu, yang mana sanggup membunuh keluarga sendiri hanya disebabkan dia itu perempuan. Kan tak masuk akal tu.

Setelah siap membuat sedikit kajian tadi, selesailah tugas mereka berdua. Sekarang mereka perlu jumpa Jisung dan terangkan apa yang sepatutnya.

"Kalau dia dah sedarkan diri esok atau lusa, bagi dia makan sup halia. Sebab memang dia akan sakit badan nanti." Ujar Renjun

"Baiklah, kami minta diri dulu."

Yangyang dan Ten keluar dari tempat tersebut. Mereka menuju kearah kereta yang diparkir berhampiran kawasan itu.


-nc-

Thanks sbb baca💚💚✨ vote n comments juga tau. Maafkan Autrice, watak Jisung x bnyk😭 dlm chapter ni

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now