Chapter 20

441 58 1
                                        

Seperti biasa. Aku bangun pagi. Mandi. Buat sarapan dan makan sendiri.  Kemudian ulang perkara yang sama setiap hari.

Dah tiga hari aku tinggal sini. Dan setiap hari itu jugalah aku tak jumpa Jisung. Mungkin dia sibuk. Aku jumpa dia pun masa petang atau malam. Katanya pergi jumpa kawan pada waktu petang, itu yang kadang-kadang malam baru balik. Nama Taeyong tak silap.

Selepas membasuh pinggan, aku meletakkannya di rak semula. Kemudian kaki aku melangkah ke arah halaman yang terletaknya kolam renang disitu.

Aku hanya berdiri dan termenung. Inilah yang biasa aku buat. Ambil udara pagi bersama sinaran matahari pagi yang sihat untuk kulit.

Setelah beberapa minit berlalu, aku duduk bertinggung pula dihadapan kolam itu. Lenguh kaki.

Jujur aku cakap. Aku memang tak tahu nak buat apa sejak duduk sini. Memang Jisung tak ada di villa nya. Tapi anak buahnya… Hampir di setiap penjuru rumah! Aku nak pergi sana sini pun tak senang, rasa diperhatikan.

“Haih…” Aku melepaskan nafas berat sebelum sambung menenung air kolam.

Selalunya aku suka ke pantai. Lihat air laut. Dengan angin yang sepoi-sepoi. Memang seronok. Minda jadi kosong dan hati jadi senang.

“Kau buat apa kat sini?” Tegur seseorang dari belakang. Cukup untuk buat jantung aku berhenti. Terus aku bangun namun kaki terasa agak tidak stabil. Terkejut sebab dia ada betul-betul di belakang aku.

“Arghh” jeritku akibat terkejut. Dapat aku lihat Jisung bersama pakaian tuksedo hitamnya sebelum pandangan aku menjadi kabur akibat air kolam yang menghalang penglihatan aku.

Ya, aku jatuh ke dalam kolam! Tangan aku cuba gapai permukaan namun hampa, tiada apa yang boleh aku paut. Kakiku yang sudah mencecah lantai aku lonjakan sekuat hati. Namun diri aku terasa berat dari biasa.

Aku ingat nak mengalah saja bila rasa oksigen sudah habis sepenuhnya tapi pergelangan tangan aku tiba-tiba ditarik kasar hingga ke permukaan.

Kemudian Jisung mendukung aku dengan sebelah tangannya. Dan bila akur dapati diri dah ada di luar kolam, terus terbatuk-batuk jadinya.

Perlahan-lahan dia jalan. Tak nak kami jatuh ke dalam air lagi. Aku dibawa hingga ke tangga. Cepat-cepat panjat tangga tersebut untuk ke darat.

Aku duduk bersimpuh di lantai sambil termengah-mengah mencari oksigen yang ada. Dada turun naik, jantung juga bergerak laju dari biasa.

“Uhuk uhuk” terasa perit hidung sendiri akibat tersedut air kolam tadi. Niat nak sedut udara tetapi air yang masuk ke rongga hidung.

“Ish… Yang kau cuai sangat ni kenapa?” Marah Jisung. Aku tak tahu kenapa dia nak marah aku sekarang ni. Salah dia juga, siapa suruh muncul tiba-tiba macam hantu. Selalunya malam baru balik. Tapi aku tahu dia risau sebenarnya.

“Saya terkejut sebab awaklah!” Kataku pula. Tak ada niat nak tinggikan suara. Tapi aku sendiri terkejut dengan apa yang jadi.

Sesudah itu kami masing-masing diam.

Okay, dulu aku pernah persoalkan yang aku ni reti berenang atau tak. Sekarang aku tahu jawapannya. Aku sememangnya tak reti berenang. Haih, menyesal pula dulu ada kelas berenang tapi aku tak masuk. Sekarang baru aku tahu betapa pentingnya reti berenang.

Aku lihat Jisung. Mungkin dia rasa diperhatikan, dia turut menoleh ke arahku sebelum dia larikan pandangannya semula. Entah kenapa dengan dia. Masih tak puas hati agaknya sebab terpaksa basahkan diri untuk selamatkan aku.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now