Jisung kini berada di villanya. Kiri kanan, kiri kanan dia berjalan. Dia memang tak boleh nak duduk diam sekarang ni. Dah 3 jam berlalu, Samchon Park belum telefonnya lagi.
“Jisung, duduk lah dulu.” Tegur Taeyong yang sedari tadi menjadi pemerhati. Bukan Taeyong saja, Jaehyun dan anak buahnya yang lain pun bimbang tengok Tuan Muda mereka macam tu.
“Aku tengah risau ni, kau suruh aku duduk?!” soal Jisung
“Aku tengok kau ni, dah terlebih risau. I think you already and really fall for her.” Selamba Taeyong berkata bersama senyuman sinis.
Jisung diam sesaat
“Stop joking around. I have no time for that.” Ujar Jisung bersama suara yang kendur. Tak nak mengiyakan pernyataan tersebut mahupun menafikannya.
Tut! Tut! Tut!
Perhatian semua tertumpu pada telefon yang bergetar di atas meja itu. Dan ya! Nama Samchon Park tentera di screen telefon. Pantas Jisung mencapainya. Icon hijau digeset ke atas dan loud speaker ditekan.
“Helo!” Jisung terlebih dahulu bersuara.
Dia sedaya upaya menahan rasa di sebalik suaranya itu. Tak nak ada sedikit pun gegaran. Biar Samchon Park tahu yang dia tak gentar lansung.
“Hey, Jisung. Cepat betul jawab call aku. Selalu kau biar je.” Sinis Samchon Park memerlinya.
Jisung hanya diam mendengar. Menunggu sambungan dari pakciknya itu.
“Okay la. Macam kau tahu, perempuan kesayangan kau ni ada dengan aku sekarang. Dan untuk kau dapatkan dia balik, mudah. Just datang sini. Seorang diri. Dan kita akan tentukan siapa yang layak dapat semua harta dan pangkat tu.” Ujar Samchon Park serius. Perkataan 'seorang diri' itu sengaja ditekankan.
“Kalau aku tak nak?” cabar Jisung
“Huh, aku seksa perempuan ni.” Seusai mengatakan itu, Samchon Park mendekatkan telefonnya ke arah Iseul.
Rambut Iseul digenggamnya kuat.
“Arghh!! Le-lepas!” jerit Iseul, sedaya-upaya untuk lepaskan cengkaman tersebut. Terasa perit seperti nak tercabut kulit kepalanya.
Puas dengan apa yang dibuatnya, telefon kembali didekatkan di telinga.
“Deal?” soal Samchon Park lagi.
“Orang penakut macam kau ni, memang selalu jadikan orang lain as tebusan ke? Bosan betul hidup.” Sindir Jisung.
Saja nak mencabar lagi. Walaupun sebenarnya macam dah nak pecah dada sebab risaukan Iseul. Tambahan pula, dia dengar Iseul menjerit tadi.
“Jaga kata-kata kau Jisung. Jangan sampai disebabkan kata-kata kau tu, orang lain yang dapat padahnya. Macam ni..”
Pang!
“Ahh!” kedengaran suara halus mengaduh kesakitan. Bunyi hasil tamparan juga jelas kedengaran disebalik telefon.
Jisung memejamkan matanya sekejap. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Amarah dia semakin menaik! He just spoke the sleeping tiger! Berani dia sentuh Iseul. Memang nak menyeru malaikat maut datang menjemput ni!
“Stop it! Sekali lagi kau sentuh dia, aku tak teragak-agak nak tamatkan riwayat kau malam ni.” Keras Jisung bersuara, memberi amaran.
Namun, Samchon Park hanya meletuskan tawanya. Kuat suara bergema. Entah apa yang kelakar.
“Well, well. Kita tengok ajelah nanti. Kau datang je sini, kat tempat biasa iaitu markas aku . And ya, no police no harm.” Sempat Samchon Park mengugut sebelum panggilan ditamatkan begitu saja.
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)