Chapter 12

458 59 5
                                        

Jisung melangkah keluar dari biliknya.

Beberapa orang disitu hanya memandang. Sah! Mereka mesti dengar bunyi tembakan tadi. Jaehyun pun ada, sedang berdiri tegak.

"Semua buat apa disini?! Pergi buat kerja!" Arah Jisung.

Dengan itu, mereka kalut berlari anak meninggalkan tempat tersebut. Jaehyun pula hanya kekal berdiri. Sedang berlawan tenung bersama Jisung.

"Hyung, kenapa?" Soal Jisung.

"Jisung, kau buat apa dengan dia? Aku dengar bunyi tembakan." Soal Jaehyun dengan nada suara biasa.

"Tak ada apa-apa lah." Jisung jalan melepasi Jaehyun.

Rasa bersalah masih tebal di dalam dirinya. Buat masa sekarang, dia kena tenangkan fikiran dan atur langkah untuk selesaikan masalah ni.

Iseul bersiap-siap. Dia mahu pulang ke rumahnya. Tidak mahu dia berlama-lama di sini, dah trauma! Dia dah nampak sisi lain Jisung. Dan itu bukanlah perkara yang baik baginya.

Semua anggapan dia pada lelaki itu salah belaka. Entah apa yang merasuk Jisung hari ini.

Dia terpaksa pakai pakaian kerja yang dibawanya tempoh hari. Tak kesah, janji ada.

Setelah siap, Iseul tunggu di luar. Kata Jisung, dia yang nak hantarkan.

"Iseul? Jom. Masuk dalam kereta dulu." Kata Jisung yang ada di muka pintu. Dia kembali ke dalam untuk mengambil telefonnya.

Iseul masuk di tempat duduk penumpang di bahagian depan. Tak elok kalau dia duduk belakang. Kang dikata Jisung itu drivernya.

    
 
Jisung memberhentikan kereta di sebuah restoran mewah. Enjin dimatikan.

Iseul yang melihat pun sudah tak senang duduk. Dari luar pun dah nampak mahal. Harga makanannya belum dilihat.

Jisung mencabut kunci keretanya dan ingin menapak keluar dari kereta.

"Awak... awak tahu kan saya tak bawa duit banyak." Iseul bersuara.

Jisung tolehkan kepala ke sisi.

"Aku belanja." Kata Jisung. Tali pinggang dicabut lalu dia terus keluar dari keretanya.

Iseul mengeluh kecil.

"Dia ni ada DID atau apa?"

Iseul kini tiba di hadapan rumahnya. Rasa gemuruh usah ditanya! Nak gugur jantungnya. Mieka ada atau tak sekarang ni? Kalau ikutkan dia kerja.

Kunci dikeluarkan dari beg sandangnya lalu dibuka kunci pintu itu.

Iseul masuk ke dalam sambil melihat sekeliling. Nampak sunyi. Mungkin Mieka dah berangkat ke tempat kerja.

Tangga dinaiki. Sampai di tingkat atas, dia masuk pula ke dalam bilik Mieka. Masih mencari kelibat kawan baiknya itu. Dia mahu pastikan Mieka dah betul-betul pergi kerja atau belum.

Krekk

Bunyi pintu kuat bergema di ruangan sunyi itu. Tiba-tiba...

"HAN ISEUL!" jerit Mieka yang datang dari mana entah. Dapur mungkin.

"Mi-Mieka, kau tak kerja ke harini?" Soal Iseul bersama sengihan.

"Aku kan ambil cuti minggu ni. Dan kau ingat aku boleh pergi kerja bila tahu kau hilang!?" Marah Mieka.

Tapi Iseul tahu, Mieka hanya risaukan nya yang tiba-tiba hilang tanpa khabar berita.

Mieka menarik Iseul masuk ke dalam biliknya. Dah alang-alang berdiri depan pintu, masuk sajalah.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now