Shotaro segera menuju ke taman luar rumah.
Boleh saja dia jumpa Jisung di bilik, niatnya tak nak susahkan Tuan Muda itu. Tapi Jisung yang menghalang. Sesiapa memang tak dibenarkan masuk buat masa sekarang. Fahamlah mereka kenapa.
Shotaro tunduk hormat terlebih dahulu. Nampaknya Jisung memang sedang menunggunya dari tadi.
"Aku nak kau pergi kerja dekat Starbucks, gantikan Iseul." Terus saja dia berkata.
"Y-ya?" Shotaro menanya kembali. Kurang jelas. Pernyataan itu terlalu tiba-tiba.
"Tadi, bos Iseul call. Dia marah sebab Iseul tak masuk kerja lagi...."
"...aku nak kau pergi ganti kerja dia sementara. Lagipun dia tak bangun lagi." Terang Jisung.
Shotaro yang mendengar hanya mengangguk setuju tanpa mempersoalkannya.
Bos Iseul yang telefon. Jisung pada mulanya agak cuak. Iyalah, hidup sebagai mafia ini banyak musuh. Berkemungkinan ada orang hantar Iseul untuk stalk nya.
Namun, baginya itu adalah mustahil! Iseul terlalu polos. Lansung tak pandai menipu. Melihat kepada riak wajahnya pun sudah tahu.
✯
"Johnny, aku nak kau jaga kat sini. Gilir-gilir dengan Yuta." Kata Jisung.
Mereka hanya patuh. Dia mengatur langkah untuk pergi, namun langkahnya berhenti separuh jalan. Badan ditoleh bersama sebelah tangan yang diletakkan dalam poket seluar. Sebelah tangan lagi dihala kepada mereka berdua.
"Dan.. jangan berani nak masuk dalam." Suaranya kedengaran biasa namun terselit amaran disitu.
Jisung kemudian pergi menghilang dari situ. Dia cari Jaehyun sebenarnya. Hati dia rasa kurang senang.
Setibanya dia di ruang tamu dia duduk di sofa. Dua jari diangkat dan digerakkan jari tersebut kedepan dan kebelakang, tanda memanggil orang yang ada disitu.
"Jaehyun hyung mana?" Soal Jisung. Memang dari pagi lagi dia keluar. Tak tahu kemana.
"Aa..." Belum sempat orang tersebut membalas, ada yang memotong percakapannya.
"Ya, Tuan Muda." Jaehyun yang baru pulang itu melajukan langkah.
"Jaehyun kau pergi mana? Dari tadi aku cari kau." Kata Jisung bersama kening yang berkerut.
"Yangyang dan Ten nak jumpa. Mereka dah jumpa apa yang kau suruh cari tu." Terang Jaehyun. Memang betul pun dia pergi jumpa Ten dengan Yangyang sebab katanya ada benda penting nak beritahu.
"Good job. Jadi mana benda tu."
Jaehyun mengeluarkan sesuatu yang berbalut kain dari begnya. Dan terus diberikan kepada Jisung.
Lipatan kain dibuka.
"Jarum? Kenapa dengan jarum ni?" Soal Jisung.
"Dr. Hwang kata Iseul berkemungkinan kena suntik ubat tidur..." Jelas Jaehyun.
Jisung hanya diam. Menunggu huraian selanjutnya dari hyungnya itu.
"... Jenis Phenazepam. Yang merupakan pengayun terkuat. Satu dos bersamaan 10 mg dan kesan ubat ni boleh membawa kepada kematian."
Jisung hanya teliti mendengar dari tadi. Patut pun dah berapa hari Iseul tak bangun, dos ubat tu tinggi!
"Kalau tak ada apa-apa, aku pergi dulu." Jaehyun bangun dari duduknya. Mahu pergi membuat kerja lain. Tak mahu dia makan gaji buta!
"Kejap kejap." Panggil Jisung semula. Jisung turut berdiri untuk bertentang dengan Jaehyun.
"Aku nak kau cari tentang latar belakang Iseul. It's seem suspicious."
Iyalah, tak semena-mena Iseul terlibat dengannya. Dan boleh senang-senang tanpa rasa takut? Agak mencurigakan.
Dan bila bos Iseul call baru dia sedar! Dia terlampau berlembut hati dengan orang luar yang lansung dia tak kenal.
"Baik." Jaehyun akur.
✯
Sudah dua hari berlalu, Jaehyun telahpun mendapat maklumat lengkap berkenaan Iseul.
Aaa...cakap pasal Iseul, dia belum lagi sedar. Iseul hanya dibiarkan terbaring di dalam bilik.
"Ini failnya. Dalam ni ada semua maklumat tentang Han Iseul." Saja Jaehyun menggunakan nama penuh Iseul. Mahu lihat Jisung sedar sesuatu atau tidak.
Jisung tenang menyemak helaian kertas yang ada dalam fail tersebut.
"Han Seungmin??" Terus berkerut seribu dahi lelaki muda itu. Kalau ikutkan nama yang tentera di sini, maknanya....
"Ya, dia anak perempuan Jeffery." Terus Jaehyun menyampuk. Akhirnya! Jisung sedar. Ingatkan dia masih tidak perasan.
Dada Jisung jadi turun naik. Tarik dan hembus nafas. Tak pasti mahu marah atau mahu ketawa sekarang. Otaknya sedang memutar bayangan masa silam sekarang ini. Dan sememangnya tidak indah!
"Jisung.." tegur Jaehyun apabila melihat keadaan Jisung yang mati akal itu.
"Haha, dia tipu aku atau apa sekarang ni?" Jisung ketawa sendiri. Jelas sinis kedengaran.
Jaehyun hanya telan liur. Tidak berani mahu membalas kata. Pada waktu sekarang, memang tak sesuai buka mulut.
"Bagi aku pistol kau kejap." Pinta Jisung. Tangan sudah disua.
"T-tapi, kau nak buat apa Jisung?" Risau Jaehyun. Kalau dibunuhnya si Iseul! Macam mana?
"Hyung, aku minta. Kau bagi please.." kata Jisung. Rasa api membara di pagi hari ini.
Jaehyun keluarkan pistol yang terselit di seluarnya. Diletakkan perlahan-lahan ke atas telapak tangan Jisung.
Sejurus itu, Jisung bangun. Dia berjalan laju untuk naik ke atas. Lebih tepat adalah ke biliknya!
Baru Jaehyun ingin melangkah mengikuti Tuan Mudanya itu, dia dah diberi amaran.
"Jaehyun, kau tunggu situ. Jangan berani nak naik selagi aku tak panggil kau." Kata Jisung. Perjalanan masih diteruskan.
✯
Kring Kring Kring~
Telefon diangkat. Tangan yang basah di lap pada baju.
"Hello?"
"Hello, makcik." Suara Mieka jelas kedengaran.
"Ouhh, kamu Mieka kan? Housemate Iseul." Ceria suara omma Iseul itu menyapa.
"Ya." Mieka menjawab pendek.
"Sebenarnya saya nak tanya sikit..." Mieka mematikan kata-kata. Terasa gundah hati ini.
"Sila sila."
"Emm... Iseul ada balik rumah ke?" Soal Mieka.
"Eh tak ada pula. Lagipun dia tak telefon bagitahu nak balik." Jelas omma Iseul.
Dari lusa lepas lagi Mieka nak tanya tetapi dia rasa tak patut. Mungkin betul kot Iseul balik kampung. Tapi yang dia nak naik angin sebab Iseul tak beritahu!
"Kenapa?! Iseul hilang ke?" Baru dia tersedar. Terus bimbang jadinya.
"Eh mana ada. Dia kata dia nak balik cuma dia sibuk kerja itu yang tak sempat. Tapi ni dia belum pulang, saya ingatkan dia pergi rumah makcik." Terang Mieka. Walaupun tidak jujur.
"Ahh yeke.. nanti dia nak balik sini. Kamu ikutlah sekali. Boleh ajumma masak makanan sedap-sedap." Pelawa omma Iseul.
Mieka hanya berlagak biasa. Kemudian panggilan ditamatkan.
"Iseul hilang!" Bisik Mieka sendiri. Dia rasa nak menangis. Kenapa dia tak sedar dari awal. Entah apa lah yang jadi pada Iseul sekarang.
-nc-
Jangan berat tangan untuk
💚vote
💚 comments hehe
Tq
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)