Iseul bangun dari lenanya walaupun mata terasa masih berat. Hari ini sejuknya lain macam betul. Dia toleh ke sebelah, Jisung tiada. Dia kerling pula jam. Terbeliak matanya. Pukul 11 pagi! Jarang Iseul bangun lambat macam ni.
Niat nak bangun dari tidur tetapi badan terasa masih lemau. Iseul meraba dahinya, ada sesuatu. Dia menarik benda melekit yang ada di dahinya itu. Pantas dia bangun dan duduk.
"Cool fever?" Monolog Iseul sendiri.
Krekk
Bunyi pintu dibuka itu menggamit perhatian Iseul yang sedang duduk bersandar di kepala katil. Jisung. Itulah yanng dia nampak sebaik sahaja pintu itu terbuka tadi.
"Iseul, kenapa kau cabut cool fever tu?" Soal Jisung sedikit dingin.
"Saya TERcabut lah. Tak tahu pula kata ni cool fever. Lagi satu, macam mana dia boleh lekat di dahi saya ni?" Soal Iseul dengan riak bingung. Cool fever yang ada ditangannya dibelek-belek.
"Haih... Kau kalau demam memang jadi bodoh macam ni ke?"
Jisung melangkah masuk bersama dulang di tangan.
Iseul hanya perhati dengan sedikt rasa tak puas hati. Jisung cakap dia bodoh kan tadi? Amboi! Suka hati dia je.
"Bangun makan bubur ni. Lepastu makan ubat." Jisung duduk di tepi katil bersebelahan Iseul.
Bubur panas itu ditiup-tiup oleh Jisung.
Bila dah pastikan ia suam, Jisung mencedok bubur itu menggunakan sudu sebelum menyuapkan ke mulut Iseu. Dengan senang hati Iseul membuka mulut.
Seronok dilayan persis tuan puteri diraja. Dengan crush sendiri pula tu. Siapa je tak gembira?
Iseul membiarkan bubur itu di dalam mulutnya sebelum ditelan sepenuhnya. Dia angkat pandangan melihat Jisung sesaat.
"Jisung, awak ke yang masak bubur ni?" soal Iseul.
"Hmmm.." Jisung yang sibuk meniup bubur itu hanya menjawab tanpa memandang Iseul.
"Ouh." sahut Iseul perlahan namun tetap didengari Jisung
Akibat tidak mendapat apa-apa reaksi lepas itu, Jisung jadi hairan.
Mangkuk yang di angkat paras dada tadi diturunkan. Muka Iseul di lihat.
"Kenapa, tak sedap ke?"
Mendengar pertanyaan Jisung itu, Iseul menelan liur. Iseul meliarkan matanya untuk cuba susun ayat di dalam kepala. Patut jujur ke tak?
"Aku tanya ni. Tak sedap ke?" soal Jisung sekali lagi. Kali ini suaranya kedengaran lebih lembut.
"Mana ada tak sedap, cuma masin sikit." Ujar Iseul.
Iseul mengangkat sebelah tangannya. Ibu jari dan jari telunjuk didekatkan tetapi tidak bersentuhan.
Jisung dengan tidak puas hatinya terus menyuapkan bubur ke dalam mulutnya. Satu saat, dua saat, ti--
Uhuk uhuk
Terus Iseul capai air kosong di atas meja dan diberikan kepada Jisung.
Aduh... Dia yang masak, dia yang lebih-lebih. Lelaki memang tak reti rasa makanan sendiri sebelum jamu orang kan? Yakin je sedap. Bila dia rasa sendiri mulalah nak sembur macam spray Fabrice tu.
"Masin macam ni kau kata sikit?" Bising Jisung yang sedang mengelap air yang bocor keluar dari mulutnya dengan hujung lengan baju.
"Eh, mana ada. Saya still boleh makan lagi lah." Ujar Iseul
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)