Aku berlari turun dari tangga. Kemudian kaki laju menuju ke dapur.
Dan, ya! Aku jumpa dia. Sedang berdiri sambil minum air. Aku rasa dia boleh jadi modal iklan coway lepas ni. Aku sendiri terpesona dengan gayanya itu. Sukar untuk aku nafi, dia nampak kacak sekali. Aku berdehem untuk matikan lamunan sendiri.
“Jisung!” aku memanggilnya dengan nada high note.
“Uhuk…” tersedak dia dibuatnya. Nasib tak tersembul keluar.
Dia menoleh dengan muka yang garang. Mungkin marah dengan manusia tak bertamadun yang jerkah dia tadi.
Namun, sebaik sahaja dia melihat kelibat aku, mukanya berubah riak. Riak garangnya sudah hilang entah ke mana, hanya tinggal muka tidak berperasaannya.
“Sorry” ujar aku terlebih dahulu. Rasa bersalah juga sebab dah buat dia tersedak air.
“Kau menjerit ni kenapa? Ada apa-apa ke?” soalnya. Ucapan maaf aku tadi dibiarkan begitu saja. Tapi aku tahu yang dia maafkan aku.
Soalan dia terus ingatkan aku tentang niat asal aku cari dia tadi.
“Saya..saya cari awak.” Ujar aku. Tiba-tiba rasa malu dengan diri sendiri dan sedikit gerun dengan panahan matanya.
“What’s wrong?” dia tanya lagi. Masih kedengaran serius, tetapi terselit rasa risau dalam mada suaranya.
“Kan saya dah larang awak, jangan turun katil. Nanti luka awak terbuka balik macam mana.” Ujar aku, nada suara hanya biasa-biasa. Hati tiba-tiba dibelenggu dengan rasa risau.
Dia merenung aku seketika. Jisung melangkah untuk mendekatkan jarak kami dan berhenti betul-betul dihadapan aku. Aku pula sudah tersekat di antara kabinet dapur dan dia. Kemudian, dia menundukkan sedikit tubuh dan meletakkan tangan di sebelah kiri dan kanan aku.
Aku telan liur. Mata pula aku liarkan ke lain. Tak mampu nak tatap dia dengan jarak dekat sebegini. Jantung aku berdegup di luar kadar normal, boleh tercabut bila-bila masa saja.
“Kau risaukan aku ke?” soal Jisung dengan suara garaunya itu. Kening diangkat sebelah tanpa senyuman yang diukir.
Gulp. Aku kekal diam. Sedaya-upaya aku mengawal pernafasan. Terasa tak berani pula nak sedut oksigen sekarang. Mata aku bertembung dengan matanya
“Tadi sepupu aku datang. Takkan aku nak ajak dia masuk bilik aku pula.” Jelasnya.
“Saya boleh pula. Awak asyik panggil saya masuk ke bilik awak je.” Kataku tak puas hati.
“Nah it’s different. You’re special, my girl. That’s why….”
Dia dekatkan lagi jarak. Aku pula sebaik mungkin cuba untuk jauhkan muka aku. Rasanya tulang belakang aku dah boleh bengkok 90 darjah. Dengan bucu kabinet yang keras lagi! Aku rasa esok aku kena dapatkan rawatan fisioterapi.
Pantas aku angkat tangan dan menolak perlahan dadanya
“Jisung, saya tak selesalah.” Ujar aku dengan suara yang bergetar.
Terus Jisung memberhentikan tingkahnya. Tiba-tiba senyuman sinis terukir di bibirnya. Aku sendiri tak faham dengan perangai Jisung.
Dia cipta jarak diantara kami kembali. Dia ambil tempat disebelah aku, turut bersandar pinggang di kabinet dapur.
“That’s why, kau orang pertama yang aku bagi keizinan untuk masuk ke bilik omma aku.” Sambungnya.
Aku terkebil-kebil. Cuba mencerna apa yang dikatakannya itu. Tak faham dan tak boleh nak faham.
ESTÁS LEYENDO
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)