"Bye bye" Iseul hanya menunggu di hadapan pintu.
Mieka pula keluar sambil menarik bagasi sederhana besar bersamanya.
Abang Mieka hanya tunggu di dalam kereta. Saja dia tak nak keluar. Biarlah adiknya itu buka pintu sendiri. Dia tolong bukakan bonet kereta saja.
"Iseul, aku pergi dulu tau." Ujar Mieka.
Mereka kemudian berpelukan sebelum Mieka melangkah pergi.
Mieka jalan masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup. Tali pinggang dipakai.
"Weh Yuta, sanggup kau tak tolong angkatkan beg aku tadi." Tegur Mieka.
Dia tengok abangnya hanya berpaling muka saja tadi. Lansung tak menoleh kearahnya.
"Itu... housemate kau?" Soal Yuta.
"Ya, dia housemate and best friend aku. Kenapa?" Dia akui memang Yuta tak pernah dikenalkan kepada Iseul pun. Tapi takkan baru pertama kali jumpa dah jatuh hati. Mieka gelak sendiri di dalam hati.
"Dia baru balik kelmarin kan?" Yuta bertanya sambil fokus kepada pemanduannya.
"Hmm... Eh, macam mana kau tahu? Kau stalk dia eh!" Kata Mieka seakan akan tidak percaya.
Yuta yang mendengar pun sudah lelah. Adik dia memang dari kecil dah disahkan mereng olehnya, sekian .
Yuta menarik nafas terlebih dahulu sebelum menyambung.
"Macam ni.. kawan kau tu, tak hilang pun. Dia ada dekat rumah bos aku." Jelas Yuta.
"Hah!! Dia ada dekat rumah Tuan Muda kau tu? Eh tapi dia kata, dia duduk rumah mak kepada bf dia..?"
Terkejut beruk dibuatnya. Ya, dia kenal Park Ji-Sung. Dia juga tahu pekerjaan abangnya itu. Dan kenapa Iseul tiba-tiba terlibat dengan mereka pula?
"And...kau percaya? Kau ingat Jisung bagi ke orang lain bagitahu tentang status dia as Mafia? Kawan kau kan baik, jadi dia memang takkan bagitahu kau hal sebenar." Yuta membuatkan otak Mieka memikirkan kembali hal lepas.
"Egh- okaylah kau menang." Mieka mengalah.
✯
Baru saja Iseul ingin menutup pintu selepas kelibat kereta yang dinaiki Mieka hilang. Tetapi ada orang menolaknya dari luar. Perbuatannya jadi terbantut.
Pintu dibuka kembali.
Hanya untuk beberapa detik, kemudian dia usaha untuk tutupnya kembali. Sedaya upaya dia menolak supaya pintu itu tertutup tapi apalah kudratnya kalau nak dibandingkan dengan lelaki gah dihadapannya sekarang ini?
"Iseul." Tegurnya.
Iseul hanya diam berdiri di muka pintu. Tak sedikit pun terdetik ingin menjemput lelaki tak diundang itu masuk.
"Ap-- ...Encik, saya rasa encik ni salah rumah." Ujar Iseul. Matanya hanya dingin.
"Ouh, kau dah tak panggil aku appa ke? But still I'm you father." Kata lelaki itu pula.
"Encik nak apa lagi dari saya?"
"Pandai pun anak appa ni. Soalan yang bagus dan tepat sekali." Kata Jeffery sambil tersenyum.
"Aku tahu kau kenal Jisung. Aku nak tahu rahsia dia supaya aku boleh jatuhkan dia."
✯
Jisung pergi ke rumah agam keluarganya. Lebih tepat ke rumah Tuan Besar yang merupakan datuknya.
Dia hanya pergi bersama Jaehyun. Untuk uruskan bisnes keluarga.
Dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan Rubin bersama dua orang anak buahnya.
"Hyung." Tegur Jisung. Lansung tiada niat hendak menegangkan keadaan tetapi lain yang jadi..
"Hmmh, kau buat apa kat sini? Ops- lupa. Kau kan bakal ambil alih bisnes syarikat lepas ni." Sindir Rubin.
"Tak habis-habis lagi ke hyung? Kita satu family kot. Kau satu-satunya saudara aku. Kalau kau nak bisnes syarikat tu aku boleh bagi. Tapi bukan sekarang." Jawab Jisung tenang.
Sejujurnya dia malas. Sudah lama mereka berkelakuan seperti itu. Dia teringin sangat nak berbaik dengan Rubin dan boleh bergurau senda bersama. Tapi huh- apa saja yang dia boleh buat?
"Habis tu bila? Sebenarnya aku tak nak sangat pun syarikat tu. Tapi Samchon Park dah letak harapan dia dekat aku, jadi aku akan cuba penuhi." Kata Rubin.
"Samchon Park? Tolonglah, apa yang dia dah hasut kau ni hah? Kau tak sedar ke dia hanya guna-guna kan kau je? " Marah Jisung. Kenapa saudaranya ini buta sangat.
Rubin hanya senyum. Jelasnya sinis dan mengejek.
"Alah, acah baik la kau ni. Macam lah aku tak tahu kau dah ada perempuan simpanan sekarang, aku tengok cantik juga. Tak nak kongsi?" Usik Rubin
"Apa kau cakap ni?" Soal Jisung. Memang dia tahu Rubin tengah cakap tentang Iseul tapi... Perempuan simpanan? What is that!??
"Kau sama je dengan parents kau. Jangan sampai perempuan tu pula mati disebabkan kau sendiri." Pesan Rubin.
"Sanggup kau buat macam ni? Kita kan satu family!" Ujar Jisung.
"Family? Kau yang cuba rampas semua kan? Jangan tipu lah Jisung.. aku takkan biar kau menang!"
"Sumpah! Aku sendiri cuba keluar dari dunia mafia ni. Sebab aku nak hidup aku yang normal. Kalau kau nak semua harta tu, ambiklah. Tapi ingat jangan terlalu mudah percayakan orang yang sebenarnya cuba game kau!" Jisung berlalu pergi dari situ.
Panas hatinya. Kenapa nak ungkit pasal omma dan appa nya. Rasa dendamnya makin membara pula.
Sudah beberapa hari berlalu sejak Iseul berjumpa appanya. Dia bingung. Patutlah Jisung beria-ria marah dia sebab dia anak kepada Jeffery, mereka memang musuh.
Tapi yang tak dapat dia hadam sekarang adalah... kenapa? Kenapa dia yang tersepit antara mereka berdua.
Dia mula beremosi. Air matanya bertakung, cuba ditahan sedaya upaya untuk kuatkan diri. Kalau Mieka ada, pasti Mieka akan teman dan tenangkan dia sekarang.
Kringg
Telefon Iseul berdering. Tanpa melihat skrin, panggilan dijawab. Air mata yang sempat jatuh itu dilap menggunakan hujung lengan bajunya.
"Iseul, kau sibuk tak?" Kedengaran suara Jisung membuatkan hatinya lagi tidak sedap. Dia teringat apa yang dikatakan appanya dulu.
"Hmm" sahutnya perlahan.
"Aku nak pergi jumpa kau boleh? Kalau kau tak nak datang sini, aku boleh pergi rumah kau." Kata Jisung.
"Tak. Biar saya je yang pergi sana."
Kemudian panggilan ditamatkan.
Iseul bersiap-siap, ingin keluar. Dia tak nak appanya nampak Jisung disini. Jadi lebih baik dia yang pergi sana.
-nc-
💚🌱
Vote and comments
Tq
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)