Chapter 1

804 83 0
                                        

Jisung pantas berlari. Cuba sembunyikan diri di mana-mana. Dia sudah tidak mampu membalas serangan seperti tadi.

Tenaga dia sudah habis, semua telah digunakan untuk berlawan tadi. Muka juga, bengkak sana sini.

Tidak adil! Satu lawan lima. Ditambah dengan penembak hendap yang entah dari mana.

Habis penuh tangannya dengan darah sendiri. Akibat musuh melepaskan tembakan dan tidak sempat mengelak, beginilah jadinya. Apatahlagi, sekarang malam. Memang sukar melihat mereka yang serba hitam itu.

"Arghh" Dia cuba menahan sakit. Jisung hampir rebah. Dia sembunyikan diri terlebih dahulu.

"Cepat, cari dia sampai jumpa!" Jerit salah seorang dari mereka.

Bunyi hasil larian sekumpulan orang tadi kedengaran tidak jauh darinya. Dia cuba untuk tahan nafas daripada mengerang kesakitan.

Mereka cuba mengejar Jisung yang tiba-tiba hilang disebalik selekoh jalan. Disebabkan mereka lambat beberapa saat, terus hilang si Jisung.

"Cepat-cepat! Kau pergi sana. Aku pergi ke kanan." Kedengaran arahan pula diberi.

Jisung masih duduk bersembunyi di lorong kecil berdekatan kawasan rumah kedai itu.

"Tak guna! Mana Jaehyun ni?" Nama driver dan pengawal peribadinya, Jaehyun dipetik.

Telefonnya sudah berkecai tadi. Dia sendiri yang lempar. Dia takut kalau telefonnya tercicir dan musuh ambil, habis semua maklumat yang ada dalam fon tersebut.

Tadi dia dah call Jaehyun. Tapi, tak sampai pun lagi. Selalunya kalau Jaehyun namanya, panggil saja terus sampai depan mata. Sekelip mata!

Nafas terasa semakin berat dan tersekat-sekat. Seluruh badan terasa panas.  Kesan luka tembakan tadi semakin menyucuk-nyucuk.

Mata dipejamkan untuk tenangkan diri sendiri. Biar Jaehyun jumpa dia disini. Dia sudah malas mahu bangun dan bergerak.

"Iseul, aku nak pergi kerja. Kau kunci pintu tau." Pesan Mieka.

"Okay!" Sahut Iseul dari atas kusyen. Dia sedang melayan movie malam yang menarik perhatiannya itu.

Kemudian, pintu ditutup dari luar oleh Mieka.

Dia sedang menonton movie 'Bounty Hunter' lakonan Lee Min Ho dan Tiffany Tang. Dia minat sangat movie sebegitu, penuh aksi dan drama.

"Egh, haus pula." Katanya sendiri. Tekak terasa perit disebabkan tidak minum air secukupnya. Lagipula semasa cuaca sebegini.

Dia bangun dari duduk yang sudah selesa tadi dan pergi ke peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka dan dilihatnya.

Kosong

"Aik, aku rasa haritu aku ada beli air Coca-Cola dalam tin... Mieka!?" Peti sejuk ditutup kembali.

Patut dia nampak ada tin air di dalam bilik Mieka kelmarin. Air dia rupanya. Nak kena ni.

Terpaksalah dia keluar rumah malam-malam macam ni.

Hoodie berzip disarungkan ke badan yang sememangnya sudah bert-shirt. Skarf leher turut dicapai. Televisyen tidak lupa untuk ditutup. Begitu juga suis kipas.

Kaki melangkah keluar dari rumah. Selepas menutup pintu pagar, pintu kayu pula ditutup dan dikunci.

"Huish.. sejuk pula malam ni." Angin bertiupan, di malam hari terasa sejuk sehingga ke tulang hitam. Mahu menggigil dibuatnya.

Sudah menjadi kebiasaan Iseul jalan sambil melihat lantai. Matanya terasa pedih disebabkan angin bersama habuk yang bebas berterbangan di udara. Jadi pandang bawah adalah penyelesaian terbaik.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now