Chapter 36

367 54 10
                                        

Taeyong duduk di batu besar yang ada di atas pasir pantai itu.

Mieka yang melihat turut melabuhkan duduknya berdekatan Taeyong.

"Awak nak buat apa datang sini? Kan dah petang. Hantar la saya balik." Rugut Mieka.

Dah hampir 15 minit mereka berjalan-jalan di persisir pantai. Sekarang nak duduk sini pula. Untuk berapa lama? Untuk apa? Dah la dari tadi senyum tak habis-habis. Hairan!

"Kejap la... Saya nak cakap sikit dengan awak ni." Ujar Taeyong.

"Cakap apa?" Lembut Mieka bertanya  bersama riak ingin tahunya.

Taeyong merenung muka Mieka bersama senyuman yang ditahan-tahan.

"Love you!" Perlahan Taeyong bersuara. Cukup untuk mereka berdua saja yang dengar.

Mieka kerutkan dahinya. Berdebar juga dengar ayat yang keluar dari mulut Taeyong. Tetapi dia tepis perasaan itu.

Taeyong bermulut manis. Entah-entah  dia dah pernah cakap dekat perempuan-perempuan lain. Haih, jealous pula rasa!

"H-huh?" Akibat tidak tahu untuk bagi respon apa, hanya itu yang terpancul keluar.

Makin menjadi-jadi senyuman yang menghiasi muka lelaki itu.

"I said that I love you." Ulang Taeyong bersahaja.

Mieka terdiam. Dia larikan pandangan. Tak betah hati rasanya untuk lihat muka selamba Taeyong.

"Cepatlah jawab." Pinta Taeyong

"Ja-jawab apa?" Soal Mieka tidak faham

"Cakap lah, awak pun sukakan saya. Macam ni... I love you too." Terang Taeyong

Mieka tersenyum sinis.

"Eh, bi- bila masa saya sukakan awak? Perasaannya!" Dalih Mieka. Malu! Macam mana Taeyong boleh tahu ni?

"Jadi untuk apa soalan-soalan tadi, hmm? Awak cakap yang awak tak mahu salah faham. It's all about your feelings, right?" Siasat Taeyong

Lagi, Mieka menutup mulutnya. Tiada ayat untuk membalas setiap apa yang Taeyong tuturkan. Sebabnya semua itu adalah fakta! Fakta tentang hati dan perasaan dia sendiri. Macam mana dia nak berbohong?

"Mieka... please. Saya tahu awak pun sukakan saya kan? Dan, ya saya cintakan awak." Ujar Taeyong lagi.

Tidak putus asa. Dia tahu sekarang ini Mieka keliru dengan perasaan sendiri.

"Erm..saya..."

"Awak dah ada orang lain?" Cantas Taeyong.

"Eh! Bukan!" Laju juga Mieka menjawab.

Dalam diam Taeyong menahan senyum di dalam hati. Susah betul Mieka nak mengaku perasaan sendiri. Terpaksa dia tonjolkan bakat berlakon dia. Haih!

"Kalau macam tu... Mungkin awak tak sukakan saya or awak anggap saya sebagai kawan je. Kan?" Suara kecewa pula dilakonkan Taeyong.

Kepala Mieka laju menggeleng ke kanan dan kiri.

Ingin sekali dia hilangkan segala salah faham yang ada di dalam fikiran Taeyong. Terguris hati Mieka apabila mendengar suara sayu lelaki itu.

"Tak apalah, saya faham. Saya harap sangat ada orang yang lebih baik untuk awak nanti. The one who can easily steel your heart. Dah, jom saya hantar awak balik." Sambung Taeyong.

Dia bangun dari duduknya. Badan dipaling ke belakang untuk menuju ke kereta semula.

Namun tiba-tiba sahaja badan di dipeluk dari belakang. Terkejut! Itulah reaksi pertamanya kerana dia tidak terfikir lansung yang Mieka akan berkelakuan begini.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now