Jisung mengerling jam di dinding. Dah hampir pukul 3 pagi. Tetapi dia betul-betul nak jenguk Iseul. Nak lihat, gadis tersebut okay ataupun tidak.
"Aku pergi tengok dia kejap lah. Lepastu, masuk tidur." Ujar Jisung sendiri.
Kemudian pantas dia mengatur langkah naik ke atas. Kakinya diberhentikan betul-betul di hadapan bilik ommanya, yang sekarang diduduki Iseul.
Tombol pintu dipulas. Sebenarnya, dia nak ketuk dahulu tetapi takut menganggu lena Iseul pula.
Daun pintu diselak. Dari muka pintu, dia perhati sekeliling. Matanya membuntang luas. Mana Iseul?!
Iseul tiada di katil! Itu yang membuatkan dia terkejut sekarang.
Baru sahaja dia ingin melangkah masuk, bunyi suis lampu ditekan telah mematikan gerak-gerinya. Sejurus itu, Iseul muncul dari tandas. Lengkap berpakaian bersama rambut yang sedikit basah.
Iseul yang merasakan seperti ada orang, pantas menoleh.
Dua-dua membatu di tempat masing-masing.
Iseul melihat ke arah Jisung yang tiba-tiba sahaja menceroboh masuk ke sini.
Jisung pula melihat kepada Iseul. Atau lebih tepat lagi pakaian yang dipakai Iseul sekarang. Dari atas sampai bawah ditilik nya.
Iseul yang sedari perbuatan Jisung turut memandang dirinya sendiri. Ops! Dia lupa pula tentang baju ni. Pantas dia bersuara.
"Ermm... Jisung sa-saya sebenarnya... Baju saya ta-tadi..erm..." Tergagap-gagap Iseul.
'Haih!!! Buat penat karang ayat tadi. Tapi sekarang tak reti nak cakap pula!' perli Iseul pada diri sendiri.
Bukan apa, lidahnya tiba-tiba jadi kelu ketika melihat kelibat Jisung di muka pintu. Ingatkan esok baru dia nak beritahu Jisung.
"Cantik.." tanpa sedar Jisung bersuara dengan perlahan
"Huh?" Soal Iseul. Dia betul-betul tak dengar apa yang Jisung cakap tadi. Jisung cakap dengan dia kan?
Jisung tersentak, terus dia mengangkat pandangannya untuk melihat Iseul. Tak sampai sesaat dia melarikan anak matanya untuk melihat ke arah lain.
Jisung yang sedari tadi berdiri di hadapan pintu melangkah masuk ke dalam. Kerusi di hadapan meja solek itu ditarik dan didudukinya.
"Err... maksud aku..." Jisung berdehem kecil sebelum menyambung kata.
"Kau mandi pagi-pagi buta macam ni. Tak tahu ke kau tu tak sihat lagi?!" Soal Jisung tanpa nada.
Saja dia elakkan melihat ke dalam mata Iseul. Entah kenapa dadanya rasa berdebar debar pula sekarang ni.
"Okey je la... Lagipun, saya mandi air panas tadi." Jawab Iseul sedikit tidak puas hati.
Namun, Jisung hanya diam. Tak ada rasa nak membalas percakapan tersebut. Masa-masa macam ni otak dia terfikirkan macam-macam! Dan boleh dikatakan semuanya tentang gadis di hadapannya ini.
Gilalah kau!
Tempelak Jisung dalam hati.
"Jisung awak dengar tak ni?" Tegur Iseul.
Dari tadi Jisung lansung tak berkata apa-apa. Iseul dah mula rasa bersalah. Jisung marah agaknya dia pakai baju ni ikut suka hati. Tak minta izin pula tu.
Mendengar suara Iseul, Jisung mengadah muka melihat Iseul yang lebih tinggi daripadanya. Iseul masih berdiri tegak beberapa meter dari Jisung.
"Kau cakap apa?" Selamba Jisung menyoal kembali.
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)