Chapter 31

338 53 3
                                        

“Mana Iseul hah?!” Soal Jisung yang baru tiba.

Sekarang dia hanya nampak Samchon Park seorang diri. Berdiri dengan penuh yakin dan bangga. Entah mana dia sembunyikan Iseul, Jisung pun tak tahu.

“Haih, dia juga yang kau cari ya? Sepatutnya kau lebih risaukan diri kau dulu.” Kata Samchon Park.

Jisung merengus geram. Dia memandang Samchon Park dengan pandangan dinginnya.

“Jangan paksa aku bunuh kau.” Ujar Jisung. Rahangnya diketap.

“Sejak bila kau bunuh orang? Setahu aku kau dah tak bunuh membunuh ni. Nampaknya, kau ni tak adalah baik mana pun.” Sindir Samchon Park.

Tanpa menunggu masa, terus Jisung menekan trigger pistol Disert Engle kepunyaannya. Pantas Samchon Park menunduk untuk mengelak diri dari terkena peluru tersebut.

Hampir 15 minit berlalu

   

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan tak putus-putus dari tadi. Datang dari pelbagai arah.

Begitu juga Jisung dan Samchon Park. Mereka hanya menyorok dan sambung menembak satu sama lain.

“Arghh!!” Jerit Jisung lantang apabila kepalanya tiba-tiba dihentak dari belakang.

Dia toleh kebelakang. Tanpa membuat sasaran, dia terus menembak. Dan ya, kena tepat di kepala anak buah Samchon Park yang hentak kepalanya dengan batang kayu tadi.

Jisung cuba stabilkan diri. Matanya jadi kabur buat seketika namun terus dia gelengkan kepala. Bagi menghilangkan rasa pening. Darah yang mengalir turun ke muka dihiraukan.

Tanpa buang masa, dia keluar dari tempat menyoroknya tadi. Pistol kembali dihalakan ke hadapan dan mencari sasaran untuk ditembak.

Dia tak ada masa nak main hide and seek.

Namu,nasib tak menyebelahi Park Jisung. Apabila Samchon Park munculkan diri di sebalik tong, dia cuba menembak lagi tetapi entah bagaimana, dia kehabisan peluru!

“Shesh!” ujar Jisung tak percaya. Kenapa?? Kenapa sekarang wahai pistol? Kau tahu kan aku tengah berperang sekarang ni?!

“AHAHAHAHAHA” Kuat suara Samchon Park menghamburkan tawanya.

“Kau ni, dah tahu nak lawan aku, tak reti nak bawa peluru lebih ke?” sindir Samchon Park dengan penuh terhibur.

Jisung mengetap rahang. Marah pada kesilapan diri kerana banyak membazir peluru tadi dan juga, benci dengan orang yang ada di hadapannya sekarang.

“Huh! Kalau kau betul-betul lelaki, jom lawan tanpa guna senjata? Macam mana, berani ke?” cabar Jisung. Pistolnya yang kehabisan peluru disimpan di belakang bajunya.

“Jisung, Jisung….makin kelakar lah kau ni. Kau soranng nak lawan aku?” sinis suara Samchon Park menyoal. Sejurus itu beberapa anak buahnya turut tiba. Bersedia untuk melawan Jisung.

“Jisung!!” laung dua suara dari jauh.

Jisung dan Samchon Park yang sedang berbalahan itu menoleh.

Jaehyun dan Taeyong berlari anak menuju ke arah mereka berdua.

“Kami dengan Jisung yang akan lawan kau!” tegas Jaehyun bersuara sebaik sahaja tiba disitu.

Samchon Park hanya melihat tanpa secalit pun rasa gerun. Tanpa buang masa, Samchon Park mengangkat tangan kanannya lalu memberi isyarat kepada konco-konconya untuk menyerang.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now