Chapter 15.

463 51 2
                                        

Hari ini sudah genap seminggu sejak Mieka pergi. Kalau ikutkan sekarang dia dah sampai rumah.

Iseul duduk di ruang tamu sambil menonton filem. Apa yang ditonton lansung tak masuk ke dalam otaknya. Fikiran dia melayang pergi ke tempat lain.

   
  
Ting tong Ting tong Ting tong

Tersentak Iseul. Baru dia sedar loceng rumahnya sedang berbunyi. Dia mendekati pintu.

Dia hendap dahulu di tingkap sebelum membuka pintu.

'Memang Mieka!' riang hatinya menjerit.

"Uwahh my bestie. Aku rindu kau." Kata Mieka sebaik saja masuk ke dalam rumah mereka.

"Aku pun rindu kau." Iseul membalas pelukan kawannya.

"Betul ke kau rindu aku? Bukan ke dah ada teman lelaki?" Perli Mieka. Saja nak tengok riak muka Iseul.

"M-mana ada. Aku... dah putus dengan dia." Terang Iseul.

"Seriously? Kau ni playgirl eh?" Soal Mieka. Wah, hampir tak percaya dia apabila mendengar jawapan Iseul.

Nasib Yuta bagitahu dia. Kalau tak buta-buta saja dia percaya dengan kenyataan Iseul itu. Dia tahu, Iseul tak ada niat pun nak tipu dia.

"Dia yang playboy. Bukan aku. Dah, jom masak." Sambung Iseul lagi.

"Aku baru balik penat penat ni kau ajak masak?" Mieka menayangkan muka sedih.

"Abang kau yang pandu kereta kenapa kau yang nak penat?"

"Kau tahu tak, tidur tu boleh membakar banyak kalori." Mieka mula mengemukakan fakta yang dia  tahu.

Bang

Satu das tembakan dilepaskan. Peluru itu menembusi salah satu mentol lampu. Jisung menatap mereka. Matanya bagaikan lautan dalam, gelap dan dingin.

"Siapa yang arahkan kau orang untuk kacau perempuan tu?" Soal Jisung.

Dari tadi dia tanya, sesiapa pun tak reti nak buka mulut! Itu yang menaikkan darahnya. Nak saja dia potong lidah mereka.

"Jangan harap kami nak buka mulut!" Katanya. Saja nak cabar kesabaran seorang Park Jisung.

Jisung melihat ke arah beberapa orang anak buahnya sambil menggerakkan sedikit kepalanya.

Mereka sudah dapat arahan dari Tuan Muda. Lekas mereka menumbuk orang-orang yang telah diikat itu.

Huh, dah lembik pun still tak nak buka mulut. Menyusahkan orang saja.

"Jisung, kau mungkin akan bunuh mereka." Tegur Jaehyun di sebelah.

Jisung seakan-akan baru sedar tentang hal itu.

"Stop!" Arah Jisung lagi.

"Samchon Park kan?" Dengan sabar Jisung bertanya lagi.

Mereka diam.

Selalunya kalau diam tandanya mahu. Tapi dalam kes sekarang, diam tandanya ya!

"Hantar mereka ke balai polis atas tuduhan cuba membunuh." Kata Jisung sebelum dia pergi dari situ.

Tak ada masa dia nak kotorkan tangan untuk membunuh. Hantar pada polis lebih baik. Pandai-pandai lah polia fikir nak buat apa.

Lagipun, dia ada orang dalam. Dan dia pasti orang tersebut takkan sesenang itu makan rasuah. Buat apa ada pangkat koperal tapi tak reti buat kerja?

"Iseul, aku nak keluar kejap dengan abang aku. Nak teman dia beli barang." Kata Mieka yang baru turun dari tangga itu.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now