Kepalanya mengangguk faham. Walaupun sebenarnya tidak kisah, tipu lah jika dia tidak gembira Kasyaf akan menemaninya malam ini.

Spontan sahaja Kasyaf menghulurkan tangannya untuk mengambil alih pisau dari Lasti dan pembantu itu hanya membiarkan. Dia ke tepi, memberikan ruang untuk suami isteri itu.

"Awak dah makan ke belum Lasti?"

"Belum, pak."

Dompetnya dibuka lalu dihulurkan sehelai not RM100 kepada Lasti. "Awak turun lah kantin, makan. Dah siap makan, telefon saya. Saya tempahkan grab untuk balik rumah."

"Baik, pak. Terima kasih. "Lasti mengambil barang peribadinya yang berada di atas meja. "Saya pergi dulu ya, pak, buk."

"Baik."

Lasti berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di dalam wad. Kasyaf hulurkan potongan buah epal kepada Dhiya lalu segera disambut.

"Rawatan okay? Ada sakit dekat mana-mana ke?"

Dhiya angguk kepala. "Okay je semua. Cuma biasa lah penat sikit lepas rawatan."

Jarinya tunjuk ke arah buah strawberi lalu laju sahaja Kasyaf hulurkan padanya. Sesekali Kasyaf turut memasukkan buah ke dalam mulut sendiri.


SETIBANYA di hadapan rumah, Lasti sudah menunggu di hadapan. Cepat-cepat dia tolong mengeluarkan beg pakaian Dhiya dari kereta manakala Kasyaf mengeluarkan kerusi rodanya.

Turut dibantu oleh Lasti untuk membuka kerusi roda, Kasyaf mencempung keluar tubuh Dhiya walaupun sebenarnya sudah ditegah kerana dia boleh jalan sendiri lalu diletakkan dengan penuh berhati-hati ke atas kerusi.

Kasyaf menolak masuk Dhiya ke dalam rumah manakala Medina yang berada di dapur mendekati mereka berdua.

Lasti pula sudah pergi menghilangkan diri, Mungkin mencuci baju kotor Dhiya.

"Dhiya, kau lapar tak? Aku dah siapkan lunch. Kalau kau nak jom lah makan sekali, kalau kau nak rehat dulu, aku simpankan."

"Boleh juga."

Kasyaf menolak kerusi roda menuju ke dapur, berlawanan arah dengan bilik Dhiya.


AIR kosong diisi ke dalam gelas kaca lalu ditutup bagi mengelakkan sebarang serangga atau kekotoran dari masuk.

Kasyaf duduk di sebelah Dhiya lalu meletakkan belakang tangannya pada dahi Dhiya. Tiada demam atau sebarang kenaikan suhu.

Perbuatan Kasyaf mendatangkan senyum pada bibirnya. Ini kali pertama Kasyaf menjaganya selepas rawatan.

Penghawa dingin dimatikan lalu digantikan dengan kipas yang dipasang pada kelajuan sederhana. Selimut ditarik sehingga menutupi dada Dhiya. "Ada nak apa-apa lagi tak?"

Kepalanya hanya menggeleng.

"Okay."

Kasyaf berjalan menuju ke ruang kosong katil, bersiap sedia untuk bangun.

"Awak."

"Ya."

Dia pusingkan kepala pandang Kasyaf. "Malam ni awak temankan Dina, ya. Sejak saya datang sini, hampir setiap malam awak temankan saya. Kesian Dina."

Bukan apa, Dhiya tidak mahu kerana perhatian yang diberikan oleh Kasyaf, Medina terasa hati sedangkan kedua-dua mereka adalah isteri Kasyaf. Perlu adil dan saksama.

Kasyaf pandang Dhiya dan pandangan mereka bertemu. "Awak macam mana?"

"Saya okay lah, dah biasa dah saya buat rawatan. Lagipun Lasti kan ada. Apa-apa saya boleh call dia."

Kasyaf diam. Mungkin sedang mempertimbangkan lalu kemudiannya mengangguk setuju. "Okay."

Tangan Dhiya yang hangat diraih. "Baik-baik. Kalau ada apa-apa terus call Lasti. Kalau ada apa-apa juga, call je saya."

Dhiya senyum. "Okay, will do."

Kasyaf angkat kaki, menuju ke bilik Medina. Usai tiba di bilik yang perlu dia akui sejak dua menjak ini seperti sekadar menjadi bilik singgahan sahaja, bukan untuk berehat.

Sudah gelap, lampu semua sudah ditutup dan hanya ditemani dengan cahaya lampu yang dipasang di sekitar ruangan kolam menembusi bilik mereka melalui sliding door.

Tidak mengganggu lena Medina, langkahnya dijaga dengan penuh berhati-hati. Ketika menghenyakkan tubuhnya ke atas katil, juga turut dilakukan dengan berhati-hati.

Tubuh Medina yang membelakanginya dipandang. Tidak melihat wajah sekalipun, Kasyaf sudah rindu untuk meluangkan masanya bersama Medina.

Kasyaf dekatkan dia dengan Medina. Perlahan-lahang dila letakkan tangannya pada bahu Medina, mengelus dengan lembut.

Rindu.

Hampir terkejut Kasyaf apabila terasa tangannya disentuh oleh Medina. "Sorry, I bangunkan you ke?"

"You buat apa dekat sini?" soalannya tidak dijawab, malah dibalas dengan soalan.

"Malam ni I temankan you."

Jawapan itu dibiarkan lama oleh Medina lalu kemudiannya memusingkan tubuh menhadap Kasyaf.

Sempat anak mata lelaki itu memandang ke arah perut Medina. Rasanya kandungan Medina sudah menghampiri 3 bulan. Baby bump juga mulai kelihatan.

"I okay, you temankan lah Dhiya." Medina raih lengan Kasyaf. Dia juga rindu, sejak ada Dhiya di sini, hubungan mereka tidak sama seperti dulu lagi.

"Dia kan baru keluar hospital, kalau jadi apa-apa dekat Dhiya macam mana?" tambahnya lagi.

"Lasti kan ada, it's okay malam ni I temankan you," balas Kasyaf. Nadanya sedikit terasa.

"Sayang."

Kasyaf lepaskan keluhan panjang. Kalau Medina sudah panggil dia sayang, memang itu lah cara Medina pujuknya agar mengikut ajakannya. Dan Kasyaf tahu tiada apa yang dapat menidakkan apa yang Medina inginkan.

"Okay. Sorry kejutkan you." Kasyaf bangun dari katil. "Goodnight." Walaupun perlahan, Medina masih dapat mendengar.

Daun pintu ditutup meninggalkan Medina. Tiba-tiba sahaja kantuknya hilang. Rindu tapi dia tidak mahu Kasyaf meninggalkan Dhiya kerana dia lebih memerlukan Kasyaf berbandingnya.

Usai keluar dari bilik Medina, bukan bilik Dhiya yang menjadi destinasi Kasyaf. Sebaliknya dia pergi ke ruang tamu lalu tubuhnya direbahkan ke atas sofa.

Dia betulkan bantal kecil sofa lalu anak matanya ligat memandang siling yang kosong. Berffikir.

Kasyaf tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Medina. Walaupun memang perhatian perlu diberikan kepada Dhiya, Kasyaf juga turut perlu memberikan perhatian yang sama kepada Medina.

Kerana masing-masing adalah isterinya. Jika Dhiya sedang sakit, Medina pula sedang mengandungkan anaknya. Ditambah pula dengan sejarah kandungan Medina yang sebelum ini tidak berapa baik, memang perhatian perlu sama.

Dan dia sudah sehabis yang mungkin cuba untuk berlaku adil tapi Medina seolah-olah cuba untuk menolaknya ke arah Medina.

Tidak dikata dari zahir tapi dari segi batin, Kasyaf sendiri tahu Medina juga inginkan perhatian darinya. Tapi bagaimana mungkin dia boleh berlaku adil jika setiap kali dia cuba, Medina akan menolaknya.

Kedua-dua matanya ditutup menggunakan belakang lengan, cuba untuk tidur.

Kedua-dua matanya ditutup menggunakan belakang lengan, cuba untuk tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now