Gempa menyuap mi sup yang menjadi menu hidangannya dan mula berfikir sejenak. Tentang kisah silam mereka Gempa sudah tahu kerans mereka pernah menceritakannya sebelum ini. Jadi sebaiknya apa kata Gempa mencari tahu tentang kisah semasa mereka seperti sekarang?

"Teruskan jela cerita sebab kenapa korang belajar dekat sini. Sambil-sambil tu aku pun nak tahu juga kenapa Solar, selaku pengurus dan pengerusi universiti ni sendiri pun ikut belajar. "

Apabila namanya tiba-tiba diseru oleh Gempa, Solar pun hanya mampu tersengih segan sambil meneguk minuman hangatnya.

"So eager, I see. Alright kalau macam tu! Sebelum aku mula bercerita, Gempa pernah dengar tak tradisi orang negara Korea yang mana kesemua rakyat lelaki mereka dikehendaki menyertai angkatan tentera selama 2-3 tahun pada peringkat umur dan masa yang tertentu? "

"Oh, yang tu... Ha'a, tahu! Kenapa? "

"Ha, sebenarnya tradisi keluarga kitorang ni amalkan perkara tu! Tapi umur tak ditetapkan bila untuk kami menyertainya. Dan memandangkan kitorang berenam ni semua boleh dikatakan kenal sejak kecil dan boleh tahan rapat, kitorang pun buat kata sepakat untuk masuk angkatan tentera di awal umur 18 atau 19 macam tu. Tak ingat dah umur berapa tapi lebih kurang macam tu la... "

"Habis sekolah saja dah terus kenal senjata?"

Taufan mengangguk bangga disertakan dengan cengiran khasnya. Yang lain juga ada yang turut tersenyum. Barangkali mengingati saat-saat waktu muda mereka dahulu.

"Awalnya kitorang tak terfikir macam tu pun. Tapi Ais yang cadangkan benda ni. Katanya dia nak selesaikan perkara tradisi ni cepat-cepat sebelum sambung belajar. Tak nak terganggu bila dah start belajar katakan... "

Blaze berkata sebelum melirik ke arah Ais yang hanya mengangkat bahunya maklum dan memasang wajah datar sembari mengunyah pencuci mulut yang dipesannya. Di antara mereka semua, nampaknya Ais yang paling pantas habiskan makanannya terlebih dahulu. Jauh berbeza dengan personalitinya yang diam dan tidak banyak mulut itu.

"Aku nak cepat menguasai programming dan teknologi tempur. Salah ke? "

"Ceh! "

Sementara Taufan sedang menenangkan Blaze dan Ais yang nyaris beradu mulut, Gempa terfikir dan membayangkan bagaimana rupa lelaki-lelaki di hadapannya ini apabila mengenakan pakaian tentera negara dan dilengkapi dengan alat serta senjata tempur. Gempa tertanya, adakah mereka sempat menggalas sebarang jawatan sebelum tamatnya 2 tahun itu?

"Kau mesti nak tahu kisah kitorang masa masuk tentera dulu, kan? "

Seolah-olah dapat membaca fikiran Gempa, Solar pun mula bertanya sembari menikmati air kopi hangatnya dan tidak lekang mengalihkan perhatiannya daripada Gempa.

"Hmm... Itu kalau korang tak kisah? "

"Takde apa yang menarik pun, Gempa! Macam-macam kitorang kena buat dan banyak gila hukuman-hukuman yang kitorang kena lalui hanya semata-mata nak mendisiplinkan kitorang! "

Kini Thorn pula yang mengangkat bicara. Wajahnya jelas terpasang dengan muka kesal dan marah apabila mengingat semula akan kisah silam latihan tenteranya yang boleh dikatakan cukup menyeksakan dan tidak berhati perut itu.

"Tapi sekurang-kurangnya korang jadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, kan? "

Gempa cuba menenangkan hati Thorn dengan menyuarakan nilai dan pandangan yang baginya jelas terlihat dari setiap perspektif. Dan nasib baik Thorn tersenyum semula dan mengangguk setuju.

"Oh, Gempa nak tau tak? Dalam kalangan kitorang ni hanya Hali seorang je yang sempat menyandang jawatan komander! Hebat tak? Dia paling awal tamat latihan dan pernah berada paling depan dari kalangan kitorang dan berikan arahan kawad untuk kitorang! "

Dengan penuh kebanggaan Thorn bercerita semula tentang kisah latihan ketenteraan mereka. Dan kali ini hampir kesemua kecuali Halilintar, Solar dan Gempa yang mengangguk setuju tentangnya.

Gempa melirik ke arah Halilintar yang berada tidak jauh dari sebelah kirinya. Berbanding yang lain yang terus berhenti daripada sesi makan mereka untuk menceritakan tentang kisah latihan tentera mereka, Halilintar sama sekali tidak terusik dan tertarik untuk menurut serta membahagi cerita. Lelaki itu lebih memilih untuk menikmati makanannya sembari menguruskan beberapa perkara mengenai urusan syarikat melalui layar telefonnya.

"Eleh... Hali mesti segan sekarang, kan? Hebatnya jadi komander... Uuuu~"

Taufan terus mengusik nakal apabila dia mendapati Halilintar seperti tiada tanda-tanda sahabatnya yang seorang itu akan meledak. Namun bukan Halilintar namanya jika dia tidak memberikan jelingan maut kepada sesiapa yang ingin mengenakannya.

"Macam tu... Jadi kiranya tahun ni tahun ke berapa korang di sini? "

"4. Dan tahun depan tahun terakhir kitorang. Jadi kita akan bersama-sama selama 2 tahun, Gempa! Gembira tak? "

"Tak pun. Cuma tak sangka di usia tua macam korang masih lagi kena belajar. Padahal dah ada jawatan masing-masing. Mesti korang sedih, kan? "

Walaupun nampak seperti wajahnya tiada maksud untuk menghina, tetapi sebenarnya Gempa memang betul-betul memaksudkannya. Sengaja ingin mengusik 6 orang jejaka di hadapannya yang ternyata ia betul-betul berkesan.

"Yelah... Kitorang sedar yang umur kitorang ni dah setara dengan golongan pakcik-pakcik. Tak macam Gempa yang masih awet muda dan manis ni!"

Blaze menjawab dengan wajah merajuk yang mengundang ketawa di tempat mereka. Mungkin setakat ini dahulu untuk Gempa mengenal jejaka-jejaka di hadapannya. Dia berharap selepas ini banyak lagi memori yang dapat dia cipta bersama-sama mereka pada 2 tahun akan datang dan seterusnya tanpa henti.












TO BE CONTINUE
.
Agak hambar kan? Hahahaha author malas nak buat drama lagi jadi kita tenang-tenang dulu~
.
Nak ada timeskip tak? Kita tengok apa akan jadi seterusnya? 😆

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now