“Jaehyun, Taeyong sedia!” ujar Jisung dengan sirius.

“Sedia, Tuan Muda!” sahut Jaehyun.

"Sedia!!" Jawab Taeyong juga.

Tarik nafas, hembus~

"Uhuk uhuk!" udara sejuk yang masuk ke peparu membuatkan dia batuk.

Seluruh tubuh dah menggigil kesejukan. Kepala pun dah mula sakit sebab terlalu sejuk. Dah la air di pakaiannya belum kering.!

"Dah berapa lama aku kat sini? Satu minit dah macam satu jam." Rungut Iseul.

Baru saja dia ingin pejamkan mata tiba-tiba ada bunyi bersama getaran kuat yang mengejutkannya.

 
Bam!

Secara automatik terus Iseul bergerak jauh dari tempat duduknya itu. Dia masih duduk tempat yang sama seperti tadi, berhampiran pintu masuk.

Rasanya macam ada orang yang baru saja terhempas kat dinding ni. Sebab kalau nak kata terlanggar,takkan kuat macam ni. Tapi takkan tak nampak bilik ni punya besar kat sinikan?

Takut-takut Iseul dekatkan telinganya di dinding besi yang dingin itu. Berharap dapat dengar apa-apa yang jadi diluar sana.

"Bangun! Takkan kau dah nak menyerah?" Jerit seseorang diluar sana. Kedengaran seperti penuh amarah.

"Tuan Muda!!!"Jeritan dari orang lain pula kedengaran.

Iseul kerutkan dahinya. Entah kenapa dia rasa firasatnya sekarang ni seratus peratus betul.

"Jangan kata Jisung yang-----" Iseul memberhentikan kata-katanya. Takkan sekuat tu Samchon Park tolak Jisung sampai terlanggar dinding ni?

Maksudnya Jisung ada betul-betul di hadapan Iseul sekarang, cuma dia yang tak nampak. Betul kan? Jisung pun tengah bersandar di dinding besi yang sama dengannya.

Dia tekapkan lagi telinga. Namun, kali ini bunyi lain yang datang menyinggah ke telinganya.

Hanya bunyi ketukan yang perlahan, mungkin siku Jisung yang berlaga dengan besi ini semasa hendak bangun dari duduk.

Tapi bunyi tersebut terus kedengaran. Dengan kata lain, Jisung tak dapat nak bangun.

"Dia cedera? Entah-entah cedera teruk?!" Iseul sudah fikir yang bukan-bukan.

Rasa sejuk yang mencucuk kulit dibuat tak endah. Dia risaukan Jisung sekarang ni.

Iseul ketuk-ketuk dinding besi itu. Tak kuat, tak perlahan. Tenaga terlalu limit sekarang.

"Ji-- uhuk uhuk!" Iseul menelan liur untuk membasahkan tekak yang dah kering.

"Jisung! Jisung! Awak dengar tak?!" Soal Iseul sedaya-upaya. Suaranya kedengaran seperti orang yang cakap secara berbisik.

Iseul kuatkan lagi ketukan.

"Jisung! Tolonglah dengar. Saya ada kat dalam sini!" Jerit Iseul.

Tuk !tuk! tuk!

Bunyi ketukan yang tiba-tiba itu menggamit perhatian semua orang di situ. Tiba-tiba keadaan jadi sunyi sepi.

"Weh kau rasa bunyi apa tu?" Tegur Taeyong. Dalam diam, kaki kirinya diangkat. Konco Samchon Park yang terbaring lemah dilantai itu dipijaknya dengan sengaja.

"Ahhh!!"

"Alamak, aku terpijak kau ke." Soal Taeyong pada lelaki itu. Kemudian, dia mengangkat kaki kanannya pula lalu dibawa untuk melangkah lelaki tersebut.

Taeyong menghampiri Jaehyun yang baru sahaja selesai menumbuk beberapa orang disitu.

"Aku pun tak tahu lah." Jawab Jaehyun.

Dengan jarak beberapa meter, mereka melihat ke arah Jisung yang sedang merenung dinding besi itu. Samchon Park hanya tersengih.

"Wahhh, hidup lagi perempuan tu? Tak sangka pula kuat juga dia ya?" Suasana hening tadi dipecahkan oleh suara Samchon Park.

Terus Jisung mengalih pandangan kepada lelaki itu. Keadaan Samchon Park juga sepertinya, darah tercalit di merata-rata.

"Kau kurung dia dalam ni?!" Soal Jisung bersama panahan tajam dari matanya.

"Kau marah ke? Jangan risau, kau dengarkan tadi. Maksudnya dia masih hidup lagi." Selamba Samchon Park menjawab.

"Kau!" Jisung meluru ke arah Samchon Park.

Kolar baju digenggamnya dengan kuat.

"Baik kau bukak bilik tu sekarang!" Arah Jisung.

Namun, Samchon Park hanya buat dengar tak dengar sahaja.

Jisung melepaskan pegangannya dan terus menumbuk pipi lelaki itu. Terua jatuh ke lantai dibuatnya.

Baru saja Samchon Park hendak bangun, Jisung terlebih dahulu memijak perutnya.

"Bak kata orang, kelemahan manusia adalah pada perut mereka." Bersama senyuman sinis di muka, dia sekuat mungkin menghentak perut Samchon Park dengan kakinya.

"Ahh!" Terus Samchon Park mengiringkan badannya dan memegang perutnya yang senak itu.

"Sakit ke? Aku tak puas lagi ni!" Kata Jisung.

Jisung menyepak kuat pinggang dan badan lelaki tua itu.

"Ni balasannya sebab kau seksa orang yang aku sayang! Ni pula, untuk kematian omma aku!" Ujar Jisung penuh amarah. Segala kenangan silam mula merasuk nya.

"Berhenti!" Bergema bunyi suara yang datang dari arah belakang mereka.

"Weh, Tuan Besar Park datang la." Bisik Jaehyun dan terus memberhentikan sesi berlawan.

"Lah, tu ke datuk dia? Jisung handsome lagi aku rasa. Mesti ikut muka appa dia." Ujar Taeyong yang turut berdiri tegak itu.

-nc-

😌🙏🏻 Ni simbol tanda minta maaf sebab lambat Updated 😭😭😭😭 sorry korang

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now