Bab 67

1.6K 258 54
                                    

"S-sssakiiittttt....."

"Arghhhh...."

"Hhikkss hhikksss....."

Panggg panggg panggg

Bunyi tangisan dan rintihan itu membuatkan Qayyum tersedar daripada pengsannya. Kepalanya berdenyut-denyut menahan sakit yang mencucuk-cucuk. Bukan kepalanya saja malah setiap anggota badannya terasa amat sakit dan ngilu.

Apa yang berlaku?

Dia yang mahu memegang kepalanya tersentak apabila kedua-dua tangannya tidak boleh digerakkan seolah-olah ada sesuatu yang melingkar pergelangan tangannya.

"Ss-ssaakiiittt...."

Suara rintihan tersebut terus menarik perhatiannya. Dia mula tersedar sepenuhnya.

Mardhiah!

"Ma-mardhiah...." Qayyum mencari kelibat Mardhiah namun keadaan yang gelap menyukarkan dia untuk melihat dengan jelas di tambah pula dengan kepalanya yang berdenyut-denyut itu.

"Eh, awak dah bangun Qayyum?" Satu suara yang tidak asing di telinganya membuatkan dia terkedu.

Tap tap tap

Satu susuk tubuh menghampiri dirinya yang terikat di atas kerusi. Dia cuba meleraikan ikatan tangannya tetapi tidak berhasil.

Damn it!

"Qayyum...."

Qayyum memandang wajah itu dengan pandangan tidak percaya.

Jannah!

"Apa yang kau buat ni Jannah? Mana Mardhiah? Mana isteri aku? Kau buat apa dekat dia!" Tajam matanya merenung Jannah yang tersenyum manis padanya.

"Isteri? Awak ada isteri ke? Bukan saya ke bakal isteri awak hmmm? Awak mengigau ke Qayyum?" Jannah masih tenang dan tetap mengukir senyuman manis pada Qayyum.

Melihat Qayyum berada di depan matanya membuatkan hatinya gembira dan puas.

"Kau jangan buat-buat tak faham Jannah! Mana Mardhiah! Where's my wife?" Dada Qayyum berombak menahan bengang apabila Jannah sengaja ingin menguji kesabarannya. Sambil-sambil itu cuba meleraikan ikatan tangannya.

Jannah berdecit menyampah.

Isteri isteri isteri

Menyampah!

Dia terus melangkah dan berdiri betul-betul di hadapan Qayyum. Kaaut mereka berdua saling bersentuhan.

"What do you mean wife? Setahu saya Qayyum Da Enver tak berkahwin. Dia tak suka perempuan. Dia tak suka dekat dengan mana-mana perempuan. Qayyum Da Enver masih single dan dia single sebab dia milik saya." Jannah membongkokkan dirinya supaya dia dapat bertentang mata dengan Qayyum.

"Gila." Wajahnya di paling menghadap ke tepi. Jijik dia mahu memandang wajah Jannah yang seakan-akan gila itu.

Ketika itu baru dia nampak dengan jelas, tidak jauh daripada dia kelihatan sekujur tubuh perempuan yang terikat di kerusi sama seperti dirinya.

Mardhiah?

"Awak tengok apa? Tengok lah saya. Saya kan bakal isteri awak."

Namun Qayyum langsung tidak mengalihkan pandangan matanya. Matanya terkaku pada Mardhiah yang kelihatan lemah tidak bermaya. Tudung yang menutupi kepalanya sudah tidak lagi kelihatan.

Geram dengan tingkah Qayyum yang mengabaikan dirinya, tanpa sebarang segan silu dia duduk di atas paha Qayyum tanpa keizinan lelaki itu sendiri.

Qayyum terkejut. Terus dia menoleh menghadap Jannah.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now