Bab 55

1.7K 268 43
                                    

"Kau nak honeymoon dekat mana?" Soalan Blade menyentakkan Qaisha yang sedang membaca novel di wattpad. Handphonenya terus di tutup apabila Blade duduk rapat di sebelahnya. Serta merta membuatkan dirinya gugup.

"Kau tengok apa tu?" Melihat Qaisha kalut menutup handphone membuatkan dia tertanya-tanya apa yang di lihat oleh isterinya itu. Kalut semacam je.

"Hah? Erkkk takde apa-apa yang penting pun." Jawabnya dengan gagap.

Blade memicingkan matanya. Melihat reaksi Qaisha yang tergagap-gagap itu membuatkan dia berasa curious.

"You not lie me right?"

"For what i lie you?" Berkerut wajah Qaisha apabila Blade seakan-akan tidak mempercayai dirinya. Betul lah apa yang dia cakap tadi tu. Takde apa-apa yang penting pun. Dia baca novel je takkan tu pun salahkan?

Blade menjungkitkan bahunya. Mana tahu Qaisha ada sembunyikan apa-apa daripada pengetahuannya kan?

Tapi tidak lah bermaksud dia tidak percayakan Qaisha sampai tahap mempunyai rasa curiga pada Qaisha sehingga dirinya tidak mempercayai isterinya itu. Tidak lah sampai tahap sebegitu sekali ya. Saja ingin menguji, hehehehe....

"Back our topic, kita nak honeymoon dekat mana?" Soal Blade buat kali kedua.

Qaisha tercengang.

Honeymoon?

"Why you ask about that? Honeymoon?" Qaisha teringat semula usikan Qayyum pada malam kelmarin di mana Blade mengajaknya untuk pergi honeymoon supaya dia dapat goda Blade dengan lebih privacy.

Fikirnya Blade hanya bergurau saja dan tidak ambil serius apabila isu itu langsung tidak di sentuh selepas pada malam itu tapi sangkaannya meleset apabila Blade mengungkit semula  tentang perkara itu pada waktu sekarang.

"Kau kan nak goda aku that's why aku ajak kau pergi honeymoon. Lebih privacy. Qayyum takde nak kacau kita berdua." Tutur Blade dengan nada yang nakal.

Terus merah wajah Qaisha.

Allahu, sumpah tak kuat nak hadap Blade versi nakal macam ni.

Mana Blade yang dingin tu? Mana!!!

Blade menahan dirinya daripada ketawa. Tahu malu rupanya. Masa cakap nak goda dia tak nak fikir panjang-panjang. Main cakap lepas je kan dah kena usik.

Tapi memang dia ada niat nak bawa Qaisha berbulan madu. Saja nak bawa isterinya itu jalan-jalan jauh daripada negeri Selangor ini. Cuma tu lah dia tak tahu nak honeymoon dekat mana sebab tu dia tanya pada Qaisha.

Qaisha berdehem membuang rasa malunya.

"Are you serious about honeymoon?"

Blade mengangguk dengan wajah yang serius.

"Hmmm, nak honeymoon dekat mana ehhh?" Soalan yang sama dilontarkan kepada Blade. Blade mengerutkan wajahnya.

"I ask you and you ask me with a same question?"

Qaisha tersengih.

"Hurmmm i don't know lah. Up to you want honeymoon at where. I just follow you." Kata Qaisha dengan mudah. Dia malas nak memerah otaknya untuk berfikir.

Blade mengeluh. Dia menarik pipi Qaisha dengan geram. Orang tanya dia, dia jawab tak kisah. Ada yang kena jentik ni.

Berkerut wajah Qaisha apabila pipinya ditatik-tarik oleh Blade. Segera menepis tangan Blade agar melepaskan pipinya yang agak berisi itu.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now