Bab 37

1.7K 239 41
                                    

"Aku dengar dia kena tindakan disiplin, betul ke?"

"Ha'ah betul lah tu. Aku ada dengar dia sengaja tolak Kak Zuraidah."

"Eiiii teruknya perangai. Nak jadi pembunuh ke apa? Kak Zu tu tengah sarat mengandung."

"Memang patut pun kena tindakan disiplin. Lebih bagus kena buang kerja terus."

Sepanjang jalan ke bilik kerjanya Jannah hanya memekakkan telinga sahaja apabila dirinya di perkatakan. Fikirannya masih teringat-ingat bagaimana Qayyum naik tangan pada wajahnya. Berdesing kepalanya ketika itu. Tamparan tersebut sangat kuat hingga menyebabkan pipinya bengkak. Automatik tangannya menyentuh pipinya yang masih bengkak.

Flashback

Dia yang baru sahaja membuka kot putihnya yang kotor dan menggantung di kerusinya tersentak apabila pintu bilik kerjanya di buka kasar daripada luar.

Wajahnya bertambah pucat apabila Qayyum merenungnya dengan tajam. Tubuhnya sedikit menggeletar.

"Q-qay..." Tak sempat dia menghabiskan ayatnya. Satu tamparan kuat hinggap pada wajahnya hingga kepalanya terteleng ke belakang. Air matanya jatuh mengalir kerana terlalu sakit.

"You deserve it!" Kata Qayyum dengan keras.

Dia nampak betapa tegangnya wajah Qayyum. Jujur dia takut melihat keadaan Qayyum tika itu. Dapat dia rasakan aura membunuh daripada Qayyum. Tidak pernah dia lihat keadaan lelaki itu seperti itu. Dia juga tidak menyangka lelaki itu akan naik tangan padanya tanpa teragak-agak.

"A-apa salah saya?" Soalnya dengan nada yang terketar-ketar. Dia cuba menghampiri Qayyum tapi mata helang Qayyum mematikan langkahnya.

"Apa salah kau? Soalan bodoh apa kau tanya aku hah! Kau cuba jatuhkan Kak Zu dan kau sakitkan kakak ipar aku! Apa salah kau, kau tanya aku? Mulai saat ini jangan kau berani tunjuk muka kau depan aku kalau tak nak kena tampar dengan aku lagi." Habis berkata Qayyum terus melangkah pergi dan pintunya dihempas kuat.

Dia jatuh terduduk.

End flashback

Disebabkan kejadian semalam dia di gantung kerja selama sebulan tanpa gaji. Hari ini dia ke hospital pun sebab mahu mengambil beberapa barangnya yang masih berada dalam bilik kerjanya.

Segala appoinment pesakit di bawahnya di serahkan kepada orang lain.

"Memang patut pun Doktor Qayyum tampar dia. Kalau aku aku tampar dua-dua pipi dia tu. Baru puas."

"Hahahaha kannn...."

Segala kata-kata buruk yang di lemparkan padanya membuatkan hatinya mendidih panas. Tapi untuk melawan dia tidak berani kerana memang terang salahnya.

Cepat-cepat dia membesarkan langkahnya supaya dia sampai ke bilik kerjanya dengan cepat. Tak tahan dia mendengar setiap apa yang dikatakan oleh mereka semua.

Sampai sahaja dia terus buka pintu bilik kerjanya dan masuk ke dalam. Pintu di kunci. Dia menyandarkan tubuhnya pada belakang pintu. Air matanya menitis perlahan-lahan. Menyesal? Dia menyesal tapi benda sudah pun berlaku. Tiada apa yang boleh mengubah keadaan.

Tidak mahu berlama dia bangun setelah menyeka air matanya. Laptopnya di masukkan ke dalam begnya dan menyumbat segala barang-barangnya ke dalam beg yang sama. Siap sahaja terus dia keluar daripada bilik itu.

Langkahnya laju sahaja menuju ke lobby hospital. Langsung tidak menoleh ke kiri kanan kerana dia tahu dia telah menjadi perhatian dan bualan mulut orang.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now