Bab 10

2.5K 299 28
                                    

Blade pulang dengan wajah yang keletihan. Sehari suntuk pelbagai perkara yang perlu dia lakukan. Apa lagi kalau bukan siasat tentang Sam Smith. Di tambah pula kerjanya yang sedia ada di pejabatnya.

Melihat keadaan rumahnya yang gelap gelita sudah pun memberitahunya bahawa Qayyum sudah pun berangkat ke tempat kerja. Motor adik lelakinya itu pun tiada.

Dia masuk ke dalam rumah sesudah membuka pintu rumah lalu menghidupkan suis lampu dan kipas di ruang tamunya.

Sofa panjang di hampiri lalu dia merebahkan tubuhnya atas sofa tersebut. Matanya di pejam seketika mahu merehatkan dirinya sebentar sebelum naik ke bilik tidurnya untuk mandi.

"Arghhh so tired..." Dia merenggangkan kepala dan tangannya sebelum bangun daripada sofa. Hampir saja dia terlelap.  Lebih baik dia mandi menyegarkan tubuhnya.

Kakinya melangkah naik ke atas menuju bilik tidurnya. Sambil itu dia membuka tali lehernya serta butang baju kemejanya. Panas.

Selesai buat apa yang patut dia turun ke bawah sambil membawa Iphonenya untuk mengisi perutnya yang mula berbunyi. Lapar.

Ruang dapur di tuju. Pasti Qayyum sudah masak untuk dirinya sebelum adiknya itu pergi kerja. Apa lah yang Qayyum masak untuk makan malam ni ya?

Namun, sebuah beg kertas yang terletak elok di tepi tudung saji menarik perhatiannya. Beg apa tu? Dia pun melihat isi dalam beg kertas tersebut.

Bekal makanan?

Jangan cakap yang Qayyum tertinggal bekal makanan?

Terus dia menelefon Qayyum untuk menanyakan perkara ini. Pasti Qayyum lupa mahu membawanya.

Tut tut tutttt

This is a mailbox for the number 01....

Terus Blade menamatkan panggilannya. Dia cuba lagi untuk kali yang kedua tetapi sama saja. Langsung tidak di jawab.

Berkerut wajahnya.

Busy mungkin?

Memikirkan Qayyum yang akan kelaparan membuatkan dirinya ingin menghantar bekal makanan tersebut pada Qayyum sendiri.

Terus dia naik semula ke biliknya untuk memakai baju dan seluar panjang. Kunci kereta dan walletnya turut di capai sama sebelum turun ke bawah.

Beg kertas yang berisi bekal makanan itu di ambil. Dia meletakkan beg kertas itu di sebelah tempat pemandunya. Dia memecut laju menuju ke hospital tempat Qayyum bekerja.

Sampai saja dia memakirkan keretanya di tempat pakir kereta yang disediakan untuk orang luar. Dia pun turun daripada kereta tanpa menutup enjin keretanya kerana dia hanya keluar sebentar saja sekadar mahu menghantar bekal makanan kepada Qayyum.

Beberapa orang doktor lelaki dan perempuan yang lalu berhampiran dengannya menoleh ke arahnya dengan pandangan pelik. Pelik sangat ke tengok orang yang bertatu?

Sambil itu tangannya tidak hendak membuat panggilan pada Qayyum tapi hasilnya tetap sama. Qayyum dalam bilik pembedahan ke?

Serba salah pula dia apabila merasakan dirinya mengganggu Qayyum bekerja. Mahu ke ruang kerja Qayyum dia langsung tidak tahu di mana. Sudahnya seorang doktor lelaki yang sedang berdiri di depan lif di dekati.

"Excuse me..."

Doktor lelaki itu menoleh ke arah sisinya apabila dirinya di tegur oleh seorang lelaki asing yang bertatu di lehernya.

"Yes? Can i help you sir?" Soalnya dengan ramah.

Blade melihat sekilas nama doktor itu yang tergantung pada lehernya.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now