Bab 60

1.6K 228 97
                                    

Qaisha mengurut-urut kakinya dengan minyak panas sebaik sahaja menunaikan solat isya'. berkerut-kerut wajahnya menahan sakit kaki yang mula menegang itu.

"Meh sini aku urutkan."

Qaisha mendongakkan wajahnya melihat Blade yang mula duduk di sebelahnya. Tak sempat dia membuka mulut, Blade terlebih dahulu mengangkat kaki kanannya lalu diletakkan atas paha suaminya itu.

"Takpe aku boleh urut sendiri." Kata Qaisha.

"It's okay apa guna ada suami kalau tak boleh nak tolong urut isteri bila isteri tengah sakit."

Auwhhhh cair dia dengar.

Qaisha menahan dirinya daripada tersenyum. Tipu lah kalau tak cair dengan kata-kata Blade itu.

"Sstttsss sakit sakit..." Berkerut wajah Qaisha apabila Blade menekan pada bahagian yang tegang. Bibirnya di gigit menahan rasa sakit yang kian mencengkam.

"Sorry my bad." Blade memperlahankan urutannya apabila kawasan yang di urutnya itu membuatkan Qaisha berasa sakit.

Mana tak sakit kalau tempat yang sakit itu tempat angin berkumpul dan menyebabkan kawasan itu membengkak.

"Kau tahan sakit sikit aku nak buang angin dekat kaki kau ni." Kata Blade sebelum bertindak ingin mengurut sedikit kuat di kawasan yang bengkak itu.

Qaisha sedikit gelabah.

"Kejap!"

Blade berhenti mengurut. Ternaik keningnya melihat wajah Qaisha yang agak pucat itu.

Takut ke tu?

Qaisha mencari sesuatu di atas katil. Takde apa yang ada hanyalah bantal dan selimut. Tangannya laju mencapai bantal tidurnya lalu dia menekup wajahnya.

Blade tercengang. Apa hal?

"Okey, boleh sambung urut." Kata Qaisha di sebalik bantal.

Baru lah Blade faham kenapa Qaisha menyembamkan wajahnya di sebalik bantal tidur. Hahahaha comel betul.

Blade pun perlahan-lahan urut di bahagian bengkak tersebut dengan agak kuat supaya angin yang berkumpul di situ segera keluar.

Qaisha yang menahan rasa sakit tidak terhingga menggigit bantal menahan diri daripada menjerit. Karang menjerit tak pasal-pasal jiran sekeliling ingat dia kena rasuk. Satu hal pula nak terangkan.

Blade tersengih apabila Qaisha bersungguh-sungguh menahan diri daripada menjerit kuat. Rasa kelakar pun ada.

Hampir satu jam mengurut akhirnya kedua-dua belah kaki Qaisha surut daripada bengkak. Habis merah kakinya yang putih itu dek kerana di urut oleh Blade.

"Okay done. Boleh dah lepaskan bantal tu." Kata Blade sambil menutup semula minyak panas yang digunakan untuk urut kaki Qaisha lalu meletakkannya di atas meja yang berhampiran dengan katilnya.

Namun, Qaisha yang masih tidak mahu melepaskan bantal daripada wajahnya mengundang rasa hairan dalam hati Blade.

"Sha? Are you sleeping?" Tegurnya.

Takkan tidur? Senyap je.

Tiada respon yang diberikan oleh Qaisha.

Ke pengsan? Ah, sudah....

Memikirkan perkara itu Blade terus mengambil bantal yang menutup wajah Qaisha. Risau pengsan kerana tak cukup oksigen apabila menekup bantal di mukanya.

"Sha?"

Terkerbil-kerbil mata Blade melihat wajah Qaisha yang merah padam dan basah dengan air mata.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now