Bab 26

1.7K 249 59
                                    

Qayyum membalut lengan Blade yang telah luka itu dengan berhati-hati. Diam saja dia melakukan kerjanya.

Blade melihat Qayyum yang menunduk saja membalut lengannya dengan senyuman nipis. Tahu Qayyum masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi.

"Hey, are you okay?" Soal Blade dengan lembut. Rambut Qayyum di usap lembut.

"I'm okay." Qayyum mengangkat wajahnya memandang wajah Blade dengan senyuman kecil. Kalau mental dia tak kuat pasti dia di landa trauma sekarang ini.

"Dah jangan fikir sangat, rileks okey."

Qayyum mengangguk kecil. Nafas panjang di tarik lalu dihembus perlahan. Wajahnya dilentokkan pada atas peha Blade.

Blade tersenyum. Dibelai rambut Qayyum dengan kasih. Matanya melihat ke arah Elan, Chann, James dan beberapa ahlinya yang lain sedang di rawat oleh Jason dan Steve.

Jason dan Steve? Dia sendiri yang membuat panggilan pada tuannya itu untuk ke sini manakala Jason kebetulan memang mahu ke sini kerana di ajak oleh Qayyum untuk melepak.

"Qay, are you okay? Ada luka mana-mana ke?" Soal Jason sebaik sahaja selesai merawat yang lain. Steve turut menghampiri Blade.

"Aku okey." Jawab Qayyum perlahan. Dia memejamkan matanya seketika. Entah mengapa bayangan dirinya hampir di tikam pada wajahnya tidak mahu hilang. Dia memeluk erat kaki Blade.

Steve melihat kelakuan Qayyum itu dengan senyuman nipis. Walaupun lelaki itu mengatakan dirinya okey tetapi sebenarnya tidak.

"Blade bring Qay at Chann room." Arah Steve.

Blade mengangguk faham. Dia menepuk lembut bahu Qayyum agar adiknya ini bangun. Dia memapah Qayyum yang kelihatan lemah itu.

"I think, Qay mengalami sedikit trauma." Jason melepas keluhan kecil. Kesian sepupunya itu terpaksa menghadapi situasi seperti ini.

"Korang berdua off day ke harini?" Tanya Steve ingin kepastian.

Jason mengangguk kecil.

"Tapi siapa perempuan tu? Qay tak pernah cerita tentang perempuan tu." Jason memandang Steve dengan wajah yang kehairanan.

Steve pun menceritakan perihal Afrina kepada Jason dengan terperinci seperti apa yang Blade cerita padanya. Jason diam tidak menyampuk cuba memahami situasi yang sedang berlaku.

"Split personaliti hmmm..." Jason mengangguk faham. Tidak pelik baginya jika itu yang di alami oleh perempuan yang bernama Mardhiah itu. Dia pernah handle kes-kes sebegini sewaktu di Turki malah ada yang lebih teruk daripada ini pun dia pernah hadap. Sangat mencabar tapi itu lah pengalaman yang tidak akan dia lupa sebagai seorang doktor.

Blade memapah Qayyum hingga ke birai katil.

"Dah jangan fikir banyak, istighfar banyak-banyak. Aku tahu kau kuat. Jangan biarkan rasa terkejut tu terlalu lama dalam diri. Anggap je ni semua mimpi ngeri. Jangan terlalu ikutkan perasaan takut tu." Tutur Blade berbaur nasihat.

Qayyum tergelak kecil mendengar kata-kata Blade itu.

Blade menjadi hairan.

Dah kenapa? Jangan cakap adiknya ini dah jadi gila pula.

"Kau dah kenapa tiba-tiba gelak? Gila dah ke?"

Qayyum tersengih. Dia menggeleng kecil.

"Thanks sebab nasihatkan aku. Jujur aku terkejut dan trauma tentang apa yang berlaku tadi tapi sepatutnya aku kena atasi perasaan tu. Baru aku faham perasaan orang-orang yang trauma tu macam mana dan aku tak sangka aku mengalami perkara yang sama walaupun tak teruk mana." Kata Qayyum dengan senyuman nipis.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now