Bab 14

2.2K 261 31
                                    

"Abang Qay!"

Qayyum yang baru saja turun ke bawah sambil di papah oleh Blade terkejut apabila dirinya tiba-tiba di sergah. Melihat gerangan orang yang menyergahnya terus dia mengukir senyuman.

"Bila Airin sampai?" Soalnya.

Airin mencebik menahan diri daripada menangis saat melihat keadaan Qayyum yang baginya sangat teruk itu. Tak pernah dia melihat Qayyum berkeadaan seperti ini. Nak tengok Qayyum sakit pun payah apatah lagi cedera macam ni.

Nak saja peluk tubuh itu tapi dia sedar dia dan Qayyum mempunyai batas dan dia pula isteri dan ibu orang. Jika dulu sewaktu dia muda dan belum matang boleh dia peluk tapi kini tidak lagi. Dia tahu dosa, pahala dan batas antara dia dengan orang lain.

"Daripada pagi tadi Airin sampai dengan Steve. Tapi Blade kata abang belum sedar lagi jadi Airin duduk dekat sini main dengan anak-anak. Alang-alang Airin terus masak bubur untuk abang. Senang nanti bila abang dah sedar, makanan untuk abang dah siap." Jawab Airin dengan panjang lebar.

Qayyum mengangguk mendengarnya. Dalam masa yang sama dia memuji penampilan Airin yang semakin lama semakin kelihatan matang dan cantik.

Blade yang setia berdiri di sebelah Qayyum meminta izin untuk beredar apabila dia merasakan Qayyum dan Airin mahu berbual panjang. Lagi pula dia perlu bersiap untuk pergi ke kerja. Dia tidak risau untuk meninggalkan Qayyum di markas memandangkan ramai yang boleh membantu Qayyum di sini.

Blade melangkah semula untuk naik ke atas menuju ke bilik Chann di mana Iphone, wallet dan kunci keretanya berada atas meja dalam bilik itu.

"Blade."

"Sir."

Blade dan Steve bertembung di tengah-tengah tangga. Sorang nak naik, sorang nak turun.

"Urmm you want go to work sir? I follow you. Five minute." Tutur Blade apabila melihat Steve yang segak berkemeja hitam.

Baru saja dia nak naik ke atas, lengannya di tahan oleh Steve.

"It's okay no need work today. Jaga Qayyum sampai sembuh. Ada apa-apa buat dekat sini je." Kata Steve dengan senyuman nipis.

Lagi pula Blade turut cedera sama jadi biar lah Blade berehat sambil-sambil itu boleh jaga dan rawat Qayyum hingga sembuh. Dia bukan lah seorang yang terlalu kejam.

"But...." Blade mahu menolak tapi melihat wajah serius Steve dia melepas keluhan kecil.

"Okay, have a nice day sir." Balas Blade.

"Got to go." Steve menepuk bahu Blade sebelum turun ke bawah untuk segera ke pejabatnya. Dia ada meeting dengan kliennya pada jam 10 pagi nanti.

Tentang Airin dan anak-anaknya, dia tinggalkan mereka di sini saja. Airin pun tidak kisah malah lagi suka sebab boleh berbual dengan Qayyum lama-lama. Jadi tidak lah dia risau memandangkan ini adalah kawasannya yang paling selamat.

"Oh yeah, nanti Aisyah sampai. I call her to check about that girl." Ujar Steve lagi. Hampir saja dia terlupa tentang perkara itu.

"Okay, sir." Balas Blade.

Dia melihat saja langkah Steve yang sedikit tergesa-gesa itu. Bukan dia tak tahu yang Steve ada meeting pagi ini. Sebab itu lah dia mahu ikut sekali tapi dirinya di beri cuti pula.

Dia kembali turun ke bawah menuju ke ruang markasnya.

"Uncle Blade!"

Blade tunduk ke bawah. Bibirnya terus menguntum senyuman.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now