Bab 45

1.6K 243 61
                                    

"Kau masak apa tu?"

Qaisha yang sedang menggoreng ikan terkejut apabila Blade menegur dirinya.

Dirinya seakan-akan terkaku apabila bau sabun badan Blade menusuk ke rongga hidungnya. Wangi. Bau mint sabun lifebuoy. Tahu lah dia Blade berada betul-betul di belakangnya.

"Masak simple je. Ikan kembong goreng, tumis kangkung dengan sambal ikan bilis. Kau dengan Qay makan tak lauk-lauk ni? Aku tak pandai masak sangat sebenarnya." Risau pula jika mereka dua beradik tidak makan masakannya ini. Dia bukannya reti masak sangat. Setakat masak lauk-lauk bujang tu reti lah.

"Makan je selagi halal untuk di makan." Balas Blade dengan senyuman kecil. Memandangkan Qaisha membelakanginya, senyumannya itu tidak dapat di lihat oleh Qaisha.

Qaisha tersenyum mendengar balasan positif daripada Blade. Bersyukur sungguh dia memiliki suami dan adik ipar yang tidak cerewet tentang makanan.

Bunyi enjin motorsikal yang masuk ke dalam perkarangan rumah menarik perhatian Blade dan Qaisha.

"Qay dah balik tu." Kata Qaisha.

Tak sampai beberapa saat, kedengaran Qayyum memberi salam di ruang tamu. Serentak Qaisha dan Blade menjawab salam tersebut.

Blade melangkah keluar daripada dapur menuju ke ruang tamu di mana Qayyum sedang berehat di sofa ruang tamu. Penat sangat agaknya.

"Kau nampak penat. Banyak sangat ke kerja hari ini?" Tegur Blade sebaik sahaja duduk di sebelah Qayyum.

Qayyum yang memejamkan matanya terus mencelikkan matanya apabila Blade menegur dirinya. Terus dia melentokkan kepalanya atas bahu Blade. Hmmm, selesa!

"Hmmm, not bad. Hari ini lima pembedahan aku kena buat tanpa henti. Berpinar mata aku. Mungkin aku tak masak malam ni, maaf ya." Tutur Qayyum dengan nada yang serba salah. Sumpah dia rasa tak larat nak masak.

Blade mengukir senyuman. Kesian pula melihat wajah Qayyum yang penat itu.

"It's okay, Sha masak makan malam kita. Selepas ini kau tak perlu bersusah payah nak masak untuk aku tapi jangan tak masak langsung untuk aku. Rindu aku nanti."

Qayyum tergelak. Tahu Blade memang suka masakannya. Katanya, dia masak dengan penuh kasih sayang. Aaaa gituwww...

"Alhamdulillah, dapat juga aku rasa masakan air tangan kak ipar aku tu. Boleh aku rehat selepas ni."

"Tapi dia ada cakap, dia tak pandai masak sangat. Kau okey ke?"

"Aku okey je, itu biasa. Bila dah lama-lama masak mesti akan jadi pandai masak. Mana tahu lebih sedap daripada masakan aku ke kan? Hah, masa tu kau lupa dah masakan aku." Usik Qayyum.

Tak pandai masak, boleh belajar. Semua orang macam tu, nak atau tak nak je. Dia pun dulu mana reti masak. Dia pandai masak pun sebab selalu tolong mendiang mummanya sewaktu dia masih tinggal di Turki.

Blade ketawa kecil. Senang dengan balasan Qayyum yang sangat positif itu.

"Kau naik mandi dulu, lepas tu solat isya'. Kemudian, turun makan kita makan sama-sama." Blade menepuk lengan Qayyum lembut supaya Qayyum bangun. Risau Qayyum terlelap je.

Qayyum mengeliat kecil. Haih, sikit lagi nak terlelap. Dia menggosok matanya. Beg kerjanya di ambil lalu dia bangun menuju ke tingkat atas.

Blade hanya memerhati saja langkah Qayyum yang perlahan itu. Penat sangat tu.

"Mana Qayyum?" Soal Qaisha yang baru saja keluar daripada dapur setelah selesai menghidang makanan atas meja makan yang terletak di dapur.

"Dia baru je naik atas. Dah siap masak ke?"

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now