Bab 54

1.5K 239 62
                                    

"Aku nak tunang dengan Mardhiah."

Blade dan Qaisha yang sedang santai di ruang tamu menonton televisyen terus menoleh ke arah Qayyum yang menuju ke arah mereka berdua.

Qaisha yang sedang mengunyah kerepek terus terhenti. Qayyum yang duduk di sofa single di pandang pelik. Tiba-tiba je ni dah kenapa?

"Are you serious?" Tanya Blade.

Qayyum mengangguk kecil. Takkan dia nak buat main tentang hal ini. Dia kan nak kahwin dengan Mardhiah tapi dia nak tunang dulu. Saja nak ikut adat melayu.

"Why tak kahwin terus?" Soal Qaisha pula. Bukankah lebih baik kahwin daripada bertunang? Jimat dan mudah. Islam kan mudah.

Blade mengangguk setuju dengan kata-kata Qaisha. Yelah, tak perlu nak bertunang jika boleh melangsungkan perkahwinan terus.

"Saja nak ikut adat melayu. Lagi pun dalam tempoh bertunang ni aku akan cuba selesaikan apa yang patut untuk persiapan perkahwinan aku nanti." Jawab Qayyum santai.

Kalau setakat nak buat ujian HIV tu bila-bila masa je dia boleh buat. Cuma khusus kahwin dengan nak cari barang kahwin je susah sikit memandangkan dia terlalu sibuk. Waktu cuti pun dia banyak tidur daripada keluar. Yelah, waktu cutikan waktu untuk berehat.

"Kau dah cari cincin tunang ke?" Tidak mahu membantah Qaisha setujukan saja. Biar lah asalkan Qayyum memang ada niat untuk berkahwin dengan kakak kembarnya. Itu pun sudah cukup membuatkan dia gembira untuk Mardhiah.

"Dah!" Jawab Qayyum dengan semangat. Dia mengeluarkan sebuah kotak cincin dalam poket seluarnya.

Ternaik kening Blade. Wowww pantas ya!

Qaisha dan Blade mereka berdua terpaku pada sepasang cincin yang berada di dalam kotak cincin atas tapak tangan Qayyum.

"Simple but nice." Puji Blade. Pandai Qayyum pilih design. Ingatkan tahu pilih design pisau bedah je hahahaha tak tak gurau-gurau je okey.

"Sempat kau beli cincin ni. Bila masa kau beli? Ke dah beli lama?"

"Baru beli masa waktu rehat tadi. Kedai emas pun memang tak jauh daripada hospital, alang-alang tu aku pergi beli kejap lepas makan."

Qaisha mengangguk kecil. Memang kawasan hospial tempat Qayyum kerja itu banyak kemudahan. Dekat dengan restoran, kedai pakaian dan macam-macam lah. Memang mudah nak cari kedai apa-apa dekat area situ.

"Bila nak sarung cincin? Malam ni ke?"

"Eh takde lah malam ni. Nampak macam gelojoh sangat. Hari khamis masa aku cuti nanti aku datang markas untuk sarung cincin. Nanti korang berdua teman lah aku sebagai saksi pihak lelaki." Walaupun dia bukan lah pure Malaysia tapi disebabkan dia dah menetap lama di Malaysia jadi dia pun terikut-ikut adat orang Malaysia. Tak salahkan?

"Boleh je nanti aku minta cuti daripada sir khamis ni." Kata Blade.

Qayyum tersenyum lebar mendengar kata-kata Blade. Dia yakin pasti Blade dapat cuti daripada Steve. Macam mana dia yakin? Heh, come on lah ni Qayyum Da Enver! Kesayangan Blade Da Erol, gitu!

"Okey lah aku naik tidur dulu sorry ganggu masa korang berdua. Cepat sikit bagi aku anak buah. Pastikan ramai dan hensem macam aku. Bubbyeeee...."

Hampir sahaja Qaisha tercekik kerepek dengan kata-kata Qayyum yang sangat selamba itu. Anak buah? Means anak dia dan Blade lah kan?

Blade di sebelah ketawa kecil. Dia melihat Qayyum yang tersengih-sengih ke arahnya. Nampak sangat Qayyum mahu mengenakan dirinya dengan Qaisha. Nakal!

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now