Bab 58

1.5K 225 78
                                    

Masa di Turki - 8 pagi
Masa di Malaysia - 1 petang

Perbezaan masa Turki lebih lambat daripada Malaysia selama 5 jam.

#Take noted

"So, kita nak gerak sekarang ke?" Tanya Qaisha dengan penuh teruja. Daripada malam tadi dia langsung tak dapat tidur dengan lena kerana terlalu teruja berada di bumi Turki.

"Iyup, kita breakfast dekat mana-mana kedai dulu then baru kita gerak ke Istanbul." Jawab Blade sambil menghidupkan enjin kereta.

Qaisha meliarkan matanya melihat suasana kawasan perumahan rumah mendiang ibu bapa mertuanya iaitu rumah keluarga Blade. Sangat tenang dan mendamaikan.

Sebaik sahaja tiba di Turki, mereka berdua naik teksi menuju ke rumah keluarga Blade atas kehendak suaminya sendiri dan dia tidak membantah. Dia yakin pasti Blade rindukan rumah keluarganya yang sudah lama kosong tidak berpenghuni.

"Blade?Sen olduğunu?"

(Blade? Adakah itu kamu?)

Qaisha yang asyik melihat pemandangan di sekelilingnya tersentak apabila seorang wanita yang berusia menyapa Blade dengan bahasa asing. Dia cuma faham perkataan Blade sahaja. Selebihnya dia tidak faham.

"Aunty Anne? Nasılsınız? Aunty Anne ailesi sağlıklı mı?" Balas Blade dengan ramah.

(Aunty Anne? Apa khabar? Keluarga Aunty Anne sihat?)

Wanita berusia yang di panggil Aunty Anne itu mengukir senyuman lebar apabila tekaannya adalah benar sama sekali.

"Teyzenizin ailesi sağlıklı. Uzun zamandır eve gelmiyorsun. O kadın kim? Kız arkadaşın? " Tanya Aunty Anne merujuk kepada Qaisha yang sedang memerhatikannya. Cantik orangnya.

(Aunty sekeluarga semua sihat. Sudah lama kamu tak pulang. Siapa wanita itu? Teman wanita kamu?)

"Bir süreliğine eve gidiyorum. Bir hafta. O benim karım, Qaisha Izzati. balayımız için buradayız."

(Saya pulang hanya sekejap sahaja. Satu minggu. Itu isteri saya, Qaisha Izzati. Kami ke sini untuk berbulan madu.)

"Evli misin? Seni kutlarım. Annen ve baban hala orada olsaydı, çok mutlu olurlardı." Ujar Aunty Anne dengan gembira.

(Kamu dah kahwin? Tahniah saya ucapkan. Kalau ibu dan ayah kamu masih ada pasti mereka berdua sangat gembira.)

Blade mengukir senyuman nipis.

"Eminim ikisi de çok mutludur. Anne Teyze'nin bildiği kadarıyla Qayyum 10 ay sonra evleniyor. Ann Teyze'yi davet etmek istiyorum."

(Saya pasti mereka berdua sangat gembira. Untuk pengetahuan Aunty Anne, Qayyum bakal berkahwin pada bulan 10 tahun ini. Jadi, saya nak jemput Aunty Anne sekeluarga datang ke majlis Qayyum.)

"Qayyum evlenmek istiyor?" Aunty Anne terkejut tetapi dalam masa yang sama dia berasa amat teruja.

(Qayyum nak berkahwin?)

"Teyze kesinlikle teyzenin ailesiyle gelecek. Siz ikiniz büyüksünüz. Eskiden küçüktünüz, siz ikiniz, hahahaha, tamam, böyle, Blade bana bir telefon numarası verdi. Daha sonra teyzen telefonu evet."

(Aunty pasti akan datang dengan keluarga aunty. Besar dah kamu berdua. Dulu kecik-kecik je kamu berdua hahahaha okey macam ni Blade beri nombor telephone kamu pada aunty. Apa-apa hal nanti aunty telephone kamu ya.)

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now