Bab 46

1.6K 231 113
                                    

Seawal jam tujuh pagi, Qayyum sudah pun terpacak di hadapan pintu markas Eagle Eyes dengan pakaian kerjanya.

"Qay? What are you doing at here?" Soal Elan dengan pelik apabila melihat kedatangan Qayyum di sini. Bertambah pelik apabila Qayyum lengkap berpakaian kerja.

Takkan nak jumpa Blade pula? Mereka berdua kan duduk serumah. Buang tabiat ke apa cari Blade dekat sini?

"Morning Elan." Sapa Qayyum dengan sengihan tanpa menjawab pertanyaan Elan. Makin pelik Elan jadinya.

"Actually, aku datang sini nak bawa Mardhiah pergi hospital. Jangan risau Blade dah bagitahu Steve pasal hal ni. Qaisha pun nanti datang hospital bawa Mardhiah ke sini semula." Terang Qayyum.

Elan mengangguk kecil walau hakikatnya dia masih tak faham apa yang Qayyum katakan. Buat apa Mardhiah pergi hospital? Tapi bila Qayyum kata Steve tahu tentang perkara ini dia hanya biarkan saja. Takkan Qayyum nak menipu pula kan?

"Yow Qay, lama ke tunggu?" Tegur Asyraf dengan mesra. Sebelahnya pula kelihatan Mardhiah yang sudah bersiap untuk pergi ke hospital. Simple saja pakaiannya. Hanya memakai sepasang suit blouse berwarna nude sudah memadai.

"Tak tunggu lama pun. Aku pun baru je sampai hah." Balas Qayyum. Matanya singgah pada wajah Mardhiah yang kelihatan malu-malu dengan dirinya.

Comel pula malu-malu macam tu dengannya.

Baru dia perasan rambut panjang Mardhiah di sikat kemas. Ada klip rama-rama kecil terletak elok di atas rambut Mardhiah. Comel!

"Oh, hahaha bagus lah kalau kau pun baru sampai. Risau kalau kau tunggu lama pula. Ni dokumen peribadi Mardhiah yang Chann buatkan. Apa-apa hal kau rujuk situ je. Kad pengenalan pun ada sekali dalam tu." Asyraf menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat sederhana besar pada Qayyum.

"Alright, thank you bro." Qayyum membuka sampul surat itu untuk melihat dokumen peribadi Mardhiah.

"Cukupkan?" Tanya Asyraf ingin kepastian.

"Cukup!" Jawab Qayyum dengan senyuman.

"Okey, kalau takde apa-apa aku masuk dalam dulu. Nak membuta kejap." Ujar Asyraf sambil menguap. Mengantuk!

Qayyum menggeleng kecil. Haih, tak senonoh punya perangai.

"Eh, Elan kau buat apa kat sini? Baru aku perasan kau."

Elan membuat muka. Daripada tadi dia dekat sini baru Asyraf perasan dia? Nak kena luku ke apa?

"Jogging, bye." Dua patah perkataan saja dia balas lalu terus dia beredar keluar setelah selesai memakai kasut joggingnya.

"Rajin betul jogging." Tutur Asyraf.

Dia nak jogging? Lambert lagi. Tunggu dia rajin baru jogging. Hikhik...

"Jom Mardhiah."

Mardhiah mengangguk kecil. Segera dia menyarung seliparnya lalu jalan mengikuti Qayyum yang sudah berada di tepi pintu kereta sebelah pemandu.

"Terima kasih awak." Ucap Mardhiah malu-malu apabila Qayyum membukakan pintu untuk dirinya.

"Sama-sama, awaknya." Balas Qayyum dengan sengihan.

Membahang wajah Mardhiah menahan malu. Selepas sahaja dia masuk ke dalam kereta, Qayyum terus menutup pintu lalu menuju ke bahagian pemandu.

Tidak mahu membuang masa, Qayyum terus memandu menuju ke hospital.

Sepanjang perjalanan ke hospital, baik Qayyum mahu pun Mardhiah mereka berdua hanya diam tidak bersuara. Masing-masing tidak tahu mahu berbual apa terutama Mardhiah. Dia masih malu untuk berbual dengan Qayyum.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now