Bab 53

1.5K 250 44
                                    

Sudah dua minggu berlalu, Afrina langsung tidak muncul sejak malam itu. Perkara itu membuatkan Qayyum, Qaisha dan Blade di landa kehairanan. Bukan sahaja mereka bertiga, Mardhiah sendiri kehairanan kenapa Afrina langsung tidak menjelma dalam dirinya.

Dia cuba mencari bayang-bayang Afrina dalam dirinya tapi langsung tiada. Aura kewujudan Afrina turut langsung tidak dia rasai. Aneh. Sangat aneh!

Selama dua minggu juga lah Mardhiah menjalani kehidupannya seperti manusia biasa. Hidup dalam keadaan yang normal. Baik siang mahu pun malam. Dia tidak lagi duduk di bilik kurungan besi pada waktu malam.

Namun begitu dia masih dalam pengawasan Blade, Elan serta Asyraf dan masih tinggal di markas Eagle Eyes. Dia bebas untuk berjalan di luar markas pada waktu malam untuk mengambil angin jika di landa kebosanan.

Sepanjang dua minggu ini juga lah Mardhiah belajar tentang agama Islam dan mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih dalam. Semuanya berkat pertolongan Asyraf yang rapat dengan dirinya sepanjang dia berada di markas.

Aisyah, Raihana dan Airin sering kali datang untuk melawat dirinya. Mereka bertiga turut mengajar dirinya mengaji, solat dan memberi ilmu apa yang mereka tahu pada dirinya. Mereka bertiga tidak jemu untuk memberi ilmu pada dirinya tanpa penat lelah.

Antara ketiga-tiga wanita itu, dia paling rapat dengan Airin memandangkan Airin dan dia umur tidak jauh beza. Airin lebih banyak bercakap dan suka berbual dengan dirinya tentang semua perkara termasuk tentang zaman remajanya di mana dia dan Qayyum mula berkenalan.

Banyak kisah lucu yang Airin cerita kepadanya. Disebabkan itu dia lebih rapat dengan Airin. Banyak mulut dan suka bergurau senda dengannya. Airin juga sering membawa anak-anaknya apabila datang ke markas. Seronok dia melayan anak-anak Airin yang persis mat salleh itu. Semuanya mata berwarna hijau. Unik!

Mardhiah keluar daripada bilik untuk turun ke bawah. Memang menjadi kebiasaan setiap waktu petang dia akan turun ke bawah untuk lepak di taman mini yang berada di belakang markas Eagle Eyes.

"Go Airin go!!!! One more please one more!!!!"

"Next song! Next song!"

"Sing ibu sing! We want more! We want more!"

"Ahahahahahaha dah lah cukup lah penat ni mulut nak menyanyi je."

"Come on madam, bila je nak have fun macam ni. Sekali sekala apa salahkan?"

Kedengaran suara yang meriah di ruang tamu. Mardhiah menjengulkan kepalanya melihat bawah dari tingkat atas. Tersenyum dia melihat Airin di kelilingi oleh ahli-ahli Eagle Eyes serta anak-anaknya.

"Okey-okey yang ini lagu yang last aeeee lepas tu dah takde dah." Putus Airin.

"Yeayyyyy!!!"

Petikan gitar mula kedengaran.

Mardhiah berdiri dengan menompang dagu atas palang balkoni menghayati lagu yang akan didedangkan oleh Airin. Dia turut teruja melihat persembahan daripada Airin.

"He is a hustler, he's no good at all
He is a loser, he's a bum, bum, bum, bum
He lies, he bluffs, he's unreliable
He is a sucker with a gun, gun, gun, gun

I know you told me I should stay away
I know you said he's just a dog astray
He is a bad boy with a tainted heart
And even I know this ain't smart..."

"I know this song!!!"

"Yeah, me too!!!"

"Let sing together!!!"

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now