Bab 51

1.5K 252 79
                                    

Taufiq yang sedang membaca buku di dekati. Kerusi milik Haziq yang hanya berhadapan dengan meja Taufiq di tarik lalu terus dia duduk di situ menghadap Taufiq.

"Taufiq..." Panggilnya.

Taufiq yang sedang membaca novel Married With The Killer terus terhenti apabila Qayyum memanggilnya dengan nada yang teragak-agak. Dah kenapa pula ni? Buku novelnya di tutup lalu di letak atas mejanya.

Apa? Ingat perempuan je ke yang suka baca novel? Lelaki pun sama okey! Lagi-lagi genre action-romance.

"Kau kenapa Qay? Ada masalah ke?" Tanya Taufiq kehairanan.

Qayyum menggaru keningnya. Teragak-agak dia mahu membuka mulutnya. Tetapi memandangkan dia tiada cara lain, mahu atau tak dia kena juga tanya Taufiq.

"Macam mana nak pujuk perempuan eh? Boleh bagi aku tips tak?"

Taufiq tercengang.

Qayyum minta tips cara nak pujuk perempuan? Biar betul?

"Hahahahahahahaha kau biar betul Qay? Kau nak pujuk perempuan? Ahahahahahahaha......" Taufiq ketawa berdekah-dekah. Entah mengapa kata-kata Qayyum itu sangat kelakar untuk dirinya.

Qayyum nak pujuk perempuan? Seriusly? Hahahahahahahahahaha......

Wajah Qayyum terus cemberut apabila Taufiq beriya-iya mengertawakan dirinya. Ishhh, orang minta tips tapi dikertawakan pula. Haihhhh....

"Kau ni aku minta tips bukan minta diketawakan. Cepatlah nanti budak-budak lain masuk." Gesa Qayyum.

Dia bukannya apa cuma bila budak-budak lain masuk makin susah untuk dia dapat tips daripada Taufiq. Lebih-lebih lagi Khalif. Khalif sudah lah suka membahan orang. Memang minta kena penampar kadang-kadang.

"Hahahaha sorry-sorry aku macam hahahaha terhibur kejap." Taufiq ketawa kecil.

Qayyum membuat muka menyampah.

"Kau nak pujuk siapa ni? Mardhiah ke Afrina?" Soal Taufiq apabila ketawanya sudah reda.

"Afrina lah, siapa lagi?"

Takkan Mardhiah nak merajuk dengan dia pula kan? Dia dengan Mardhiah elok je, hari-hari makan tengah hari bersama-sama. Sweetkan? Hehehehe....

"Laaaa, tak habis-habis lagi ke gaduh korang berdua ni? Aku ingatkan dah settle dah masalah korang." Kata Taufiq dengan pelik.

Ingatkan hal Qayyum dan Afrina sudah settle sebab dia tengok Qayyum macam biasa je tak macam sebelum-sebelum ni yang asyik termenung je. Rupanya belum settle lagi.

"Belum, aku tak tahu nak buat apa dah. Aku minta tips daripada Jason hmmm tak membantu langsung." Cebik Qayyum.

Ada ke patut Jason suruh bagi Afrina coklat supaya rajuk perempuan itu hilang. Apa dia ingat Afrina tu budak-budak? Kalau nak pujuk isteri dengan anak-anak Jason boleh lah sebab diorang tu manusia normal. Ini Afrina kes lain. Mana maunya coklat. Kalau hulur darah Afrina nak lah tapi dia tak gila lagi nak bagi darah pada Afrina. Gila apa?

Kenapa dia minta tips daripada Taufiq? Sebab perangai Lisa dan Afrina lebih kurang sama je walaupun Afrina lebih agresif daripada Lisa. Mana tahu tips daripada Taufiq lebih berguna dan boleh di guna pakai berbanding Jason.

"Biasa kalau Lisa merajuk atau betul-betul marah dengan aku, aku cuma keep on minta maaf walaupun aku rasa aku takde buat salah besar mana pun sebab aku tahu Lisa ni cuma mahukan perhatian daripada aku je. You know perempuan kan hati lembut. Tak kisah lah dia kasar macam mana pun, garang macam mana sekali pun tapi kau kena ingat, hati perempuan ni lembut. Mudah terusik.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now