Bab 61

1.7K 232 42
                                    

"Alhamdulillah, dalam pemerhatian dan pemantauan saya pada awak setakat ni awak dalam keadaan yang sihat. Sisi awak yang lagi satu itu tidak muncul dan ia membuatkan awak boleh bergerak dan hidup normal seperti orang lain.

Tapi apa-apa pun jika awak mengalami sebarang perubahan dalam diri awak, cepat-cepat datang pada saya atau awak boleh terus hubungi saya untuk saya terus pergi ke rumah awak untuk check keadaan diri awak." Ujar Umair setelah siap menulis laporan pesakitnya itu. Senyuman kecil dilemparlan padanya.

Mardhiah mengangguk faham.

"Terima kasih doktor kerana sudi merawat diri saya dan sentiasa sabar dengan saya sepanjang saya buat rawatan dengan doktor. Maaf andai saya telah menyusahkan atau menyukarkan kerja doktor. Maafkan saya ya." Tutur Mardhiah dengan serba salah.

Umair ketawa kecil.

"No problem, masalah kecil je tu. Antara ramai pesakit yang pernah saya rawat sepanjang saya bekerja di sini awak adalah pesakit saya yang paling senang untuk saya lakukan rawatan dengan cepat."

"Iya ke? Saya rasa saya paling banyak susahkan doktor." Mardhiah menggaru kepalanya yang tiba-tiba saja gatal.

"Hahahaha tak lah, memang betul awak pesakit saya yang paling senang saya handle. Mungkin kerana jiwa awak kuat untuk buat rawatan ini dan terima segala apa yang saya suruh awak lakukan dengan rela hati tanpa paksaan daripada sesiapa pun.

To be honest ada pesakit yang lagi susah untuk handle. Like berminggu-minggu baru dia nak cerita, buka mulut untuk dia bersuara apa yang ganguan dia alami dan ada juga hampir sebulan baru dia nak cerita tentang masalah yang dia hadapi.

Setiap pesakit saya ada pelbagai penyakit gangguan yang mereka alami. Macam awak, split personaliti. Cuma awak special kes sebab 'sisi' awak lagi satu tu munculkan diri 'dia' pada saya. Kebiasaannya pesakit saya hanya akan mengatakan seperti ada suara-suara bisikan yang suruh dia lakukan sesuatu tanpa kerelaannya sendiri. Macam-macam lah." Cerita Umair tanpa di pinta. Tapi apa yang dia ceritakan itu memang betul.

"Berani ya doktor kerja bidang ni. Tak takut ke?" Tanya Mardhiah ingin tahu.

"Mula-mula takut juga tapi saya minat. Saya nak bantu orang yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan emosi dan mental supaya mereka kembali sihat dan seperti sediakala. Tak ramai orang yang minat bidang ni sedangkan bidang ni sebahagian penting untuk kehidupan harian sebab yelah berkaitan dengan mentalkan." Jawab Umair dengan panjang lebar.

"Faham, apa-apa pun terima kasih sekali lagi doktor." Mardhiah bangun lalu menundukkan kepala sekilas sebagai tanda hormat pada Umair.

"Sama-sama, kirim salam pada Qayyum ya. Ingat kalau awak rasa gemuruh tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan sebanyak tiga kali." Pesan Umair pada Mardhiah.

Mardhiah mengangguk kecil. Dia pun segera beredar keluar memandangkan dia sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama Qayyum.

Sepanjang dia jalan menyusuri koridor yang ramai orang lalu lalang, dia cuba tenang dan ingat segala apa yang di pesan oleh Umair pada dirinya. Masuk dalam lift dia berdiri di tepi sudut lift setelah menekan button di tingkat LG.

Dia berdiri tegak tanpa memandang sesiapa yang turut berada dalam lift bersamanya.

Tingggg

Dia keluar sebaik sahaja semua orang keluar daripada lift. Dia lebih selesa dia orang terakhir yang keluar.

Semasa dia sedang berjalan, tiba-tiba lengannya di sentuh seseorang. Terus dia tersentak.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt