Bab 64

1.7K 248 72
                                    

"So, lusa dah nak balik Malaysia kita nak pergi mana pula harini?" Tanya Blade pada Qaisha yang sedang bermain handphone.

Daripada tadi dia perhati saja Qaisha yang tersengih-sengih sendiri. Nak kata tengok drama, langsung tiada sebarang suara pelakon ke apa. Muzik latar pun takde. Apa benda yang dia tengok tak tahu.

Namun tiada respon daripada Qaisha.

"Sha..."

Diam.

"Honeyyyy....."

Masih tak memberi respon pada dia.

"Qaisha Izzati!"

Papppp

Qaisha terpinga-pinga apabila handphonenya di rampas oleh Blade.

"Eh, kau kenapa tiba-tiba rampas handphone aku ni? Bagi balik." Tengah khusyuk baca part best tiba-tiba phone kena rampas. Siapa tak bengang kan? Kacau je.

Dia punya lah excited nak tahu apa yang jadi pada watak hero cerita itu di mana hero itu cuba meraih kepercayaan pada perempuan yang dia cintai iaitu heroin dalam cerita itu supaya pertunangan mereka diteruskan dan perkahwinan mereka tidak di batal. Berjaya ke tak.

Blade tidak mengendahkan kata-kata Qaisha itu. Matanya melihat apa yang di lihat oleh Qaisha sampai langsung tidak dengar apa yang dia katakan tadi.

Apa ni? Novel?

Dia baca apa yang tertera pada halaman skrin itu.

Sah, novel!

Dia melihat tajuk cerita yang di baca oleh Qaisha itu.

His My Hope

Fuhhh bukan biasa-biasa tajuk novel ni.

"Novel huh? Since when?" Blade mengangkat keningnya mengusik Qaisha. Sejak bila Qaisha baca novel ni? Jiwang betul.

"Sejak kahwin dengan kau." Jawab Qaisha.

Blade mengangkat bahu.

Whatever.

Dia memulangkan semula handphone Qaisha pada isterinya itu.

"So, kau nak baca novel? Tak nak keluar?"

"Eh, of course aku nak keluar berjalan. Nak pergi mana harini?" Handphone di tutup, dia fokus menghadap Blade yang membuat muka annoying padanya.

Aik, apa hal buat muka macam tu dekat dia?

"Lain kali bila aku bercakap, dengar. Jangan leka sangat main phone tu. Nak jadi isteri derhaka ke?"

Dugggg

Sentap mattt...

"Hmmm sorry, sumpah aku tak dengar kau cakap apa dengan aku. Aku janji lepas ni aku tak buat dah tapi kalau aku dah khusyuk dengan dunia novel aku tak boleh buat apa lah. Bukan salah aku, salahkan penulis yang tulis cerita ni. Dia yang salah buat pembaca leka membaca. Aku ni mangsa keadaan je."

Perempuan kan, mana boleh tak menang. Semua benda nak menang je. Salah sendiri, salahkan orang lain. Hehehehe....

Blade menjeling.

Menjawab je. Stapler mulut tu kang.

"Pergi bersiap, aku tunggu dekat bawah." Blade bangun daripada katil untuk turun ke bawah. Sejak daripada solat zohor tadi mereka melepak di dalam bilik tidur di luar balkoni. Ambil angin petang gitu. Nyaman je. Cuaca pula tak panas, tak mendung. Sedang elok.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now