Bab 43

2.3K 274 63
                                    

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, Qaisha turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Manakala Blade pula sambung tidur semula kerana masih berasa penat.

Baru saja dia mahu masuk ke dapur, susuk tubuh Qayyum yang sedang menggaul nasi menjadi tatapan matanya.

Adik iparnya.

Qayyum yang sedang menggaul nasi menoleh ke belakang apabila merasakan dirinya sedang diperhatikan. Terus bibirnya mengukir senyuman pada Qaisha.

Kakak iparnya.

"Pagi, awal bangun? Tak penat ke?" Tegur Qayyum dengan ramah. Dia kembali menggaul nasi supaya nasi tidak berketul-ketul untuk dia masak nasi goreng sebagai sarapan mereka bertiga.

"Pagi juga, urmmm tak penat pun. Lepas tidur penat semalam semua hilang." Lagi pula bukannya dia buat kerja berat seperti Blade.

Dia cuma tolong basuh periuk belangan, itu saja. Nak tolong lebih-lebih, dirinya telah di halau oleh Airin. Katanya pengantin tak perlu tolong buat kerja. Hilang inai merah yang menghiasi jari jemarinya nanti.

Qayyum mengangguk kecil. Tangannya lincah memotong kacang panjang dan bawang selepas selesai menggaul nasi.

"So, what should i call you? Kak Sha or Sha?" Soal Qayyum teragak-agak.

"Just call me Sha. No need 'akak'." Rasa geli pula orang panggil dia 'akak'. Mungkin dia dah biasa orang memanggilnya dengan nama saja. Jadi sangat janggal apabila Qayyum memanggilnya dengan panggilan 'akak' walaupun dia isteri kepada abang lelaki ini.

Qayyum mengangguk kecil. Dia pun agak kekok nak panggil Qaisha 'akak' kerana Qaisha muda dua tahun daripadanya.

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" Tanya Qaisha sekadar ingin membantu menyediakan sarapan pagi mereka. Segan pula apabila dia tidak membantu apa-apa.

"Urmmm buat air boleh? Milo atau teh sebab aku dengan Blade tak minum kopi atau nescafe pagi-pagi." Jawab Qayyum tanpa menoleh ke arah Qaisha.

Dia sibuk memasukkan nasi ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. Di kaup balik sehingga nasi serata dengan garam yang ditaburkan. Kemudian, ikan bilis yang telah di goreng dimasukkan bersama cili padi, bawang merah dan kacang panjang.

Qaisha ralit melihat Qayyum yang cekap memasak. Beruntung Mardhiah memiliki Qayyum, pandai masak. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Seperti yang di pinta, Qaisha mengambil jug air yang berada di atas rak untuk membuat air milo panas.

Setelah siap masak, seperti biasa Qayyum akan meletakkan nasi goreng ke dalam bekas makanannya untuk di bawa ke tempat kerja.

"Kau memang selalu bawa bekal pergi kerja ke?"

"Ha'ah, aku lebih suka masak sendiri daripada beli dekat luar. Jimat. Sihat pun sihat sebab aku tahu apa kandungan dalam makanan yang aku nak makan." Dia meletakkan bekas tupperwarenya itu di atas meja makan.

Qaisha mengangguk faham. Bukan isu kedekut nak keluarkan duit beli makanan tetapi lebih baik masak sendiri daripada keluarkan duit untuk beli makanan. Hidup kena berjimat cermat. Banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan untuk mengeluarkan duit.

Duit kereta, motor, rumah, bil air api dan macam-macam lagi yang memerlukan banyak duit untuk di bayar dan digunakan.

"Oh, kau masuk kerja pukul berapa?" Tanya Qaisha lagi. Dia cuba mahu merapatkan hubungannya dengan Qayyum memandangkan mereka duduk satu rumah. Dia tidak mahu hubungan dia dan Qayyum kelihatan janggal.

"Pukul 8 pagi tapi aku biasa gerak awal dalam pukul 7:15 a.m macam tu sebab daripada sini ke hospital makan masa 30 minit. Itu masa aku shift pagi. Shift malam pula aku akan gerak pergi kerja sebelum pukul 7 p.m. So, sebelum maghrib aku dah sampai hospital."

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now