Bab 24

1.6K 239 33
                                    

Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke sini. Entah mengapa hatinya terdetik mahu melihat wajah orang yang telah mencederakan adiknya pada malam ini. Pintu besi yang berada di hadapannya di tatap dengan pandangan dingin.

Tanpa berasa gentar, pintu tersebut dibuka. Dia melangkah masuk tanpa menutup semula pintu tersebut memandangkan tiada siapa yang berada di luar dan pintu itu hanya boleh dibuka daripada luar saja.

"Aku rasa sekarang ni kau, Afrina right?"

"Huh, kau nak apa datang sini?" Soal Afrina tanpa mengangkat wajahnya daripada menyembamkan wajah ke lututnya. Rambut panjangnya menutup seluruh wajahnya.

Blade memandang Afrina yang langsung tidak mahu mengangkat wajahnya atau pun bergerak. Apa yang dia dengari, semenjak Qayyum balik tingkah laku perempuan berubah drastik. Tidak agresif seperti biasa. Diam membisu. Mungkin kerana itu hatinya terdetik ingin datang ke sini untuk melihat wajah Afrina yang telah mencederakan Qayyum.

"Kenapa kau serang adik aku malam tu?" Soal Blade mendatar.

Dia ingin mendengar penjelasan daripada mulut perempuan itu sendiri secara berdua. Walaupun dia tahu apa jawapan yang dia dapat tapi dia tetap tidak berpuas hati dan akan terus bertanya sehingga dia dapat jawapan yang memuaskan hatinya.

"Aku dah bagitahu kau kan? Aku rasa kau masih ingat dan aku cakap dengan sangat jelas. Tak perlu untuk aku ulang semula." Balas Afrina dengan nada yang sinis.

Blade menghampiri Afrina lalu bertinggung di hadapan Afrina.

Afrina dapat rasakan di hadapannya ada seseorang yang merenungnya dengan tajam namun dia hanya buat tidak endah saja. Matanya kekal terpejam cuba mengawal dirinya daripada berlaku agresif. Dia tidak mahu membazir tenaganya untuk perkara yang remeh.

"I know but just answer my question girl. I know you have another reason." Dia tak bodoh lagi untuk membutakan matanya pada kecederaan yang di alami oleh Afrina sewaktu perempuan itu di rawat oleh Aisyah, adik tuannya.

Amat mustahil Qayyum sanggup mencederakan seorang perempuan kerana dia amat mengenali Qayyum yang sememangnya tidak akan sesekali menyakiti seseorang terutama pada kaum perempuan dan kanak-kanak melainkan dalam keadaan yang memaksa dirinya untuk lakukan perkara itu.

Lagi pula Qayyum ada memberitahunya, semasa dia jumpa dengan Afrina, perempuan itu memang dalam keadaan yang cedera parah. Hatinya tertanya-tanya. Apa yang berlaku sebenarnya?

Pertanyaan blade itu membuatkan dia mencelikkan matanya. Wajahnya tadi tenang mula berubah bengis tatkala teringatkan kejadian pada waktu itu.

"Kau tak perlu tahu." Balasnya dengan kasar. Dia menahan dirinya daripada terus hilang kawalan. Dia berdengus kasar. Anak matanya mula berwarna hitam pekat.

Jika di ikutkan mahu sahaja dia menyerang lelaki di hadapannya ini tapi dia tahu tiada sebab untuk dia berkelakuan agresif dengan lelaki ini. Sepanjang dia berada dalam kurungan ini dirinya tidak pernah di sakiti oleh mereka malah dirinya pula di layan dengan baik dan lembut.

Walaupun Mardhiah yang berjaga pada waktu siang tapi dia masih dapat lihat dan rasa betapa ikhlasnya orang yang berada di sekelilingnya. Memberi pakaian, makan, minum serta merawatnya.

Seperti waktu sekarang walaupun dirinya masih di gari tetapi mereka telah melonggarkan ikatan gari tersebut supaya tidak terlalu ketat agar dirinya tidak mengalami sebarang luka.

"I need to know because you attack my younger brother."Jelas tidak berpuas hati dalam nada Blade.

Afrina ketawa kecil.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now