Bab 23

1.7K 227 28
                                    

Sejak daripada dia masuk ke ruang lobby utama hospital, dirinya menjadi perhatian kaki tangan pekerja hospital ini. Wajahnya serius dan dingin tanpa sebarang senyuman.

Memandangkan dia masih baru di sini dan tidak jelajah setiap tingkat dan pelusuk dalam hospital ini menyukarkan dirinya untuk mencari surau dan tandas yang berdekatan dengannya.

Nak bertanya dia malas bukannya sombong. Mana tak malas kalau sejak daripada tadi doktor mahu pun jururawat perempuan asyik merenung dirinya bagai dia ni orang asing.

Okey, dia memang orang asing memandangkan dia orang Turki bukan orang Malaysia tulen. Hehehehehe.....

Sudahnya, dia berdiri di hadapan lif untuk naik ke atas menuju ke tempat kerjanya. Hanya itu saja yang dia ingat.

Saat pintu lif terbuka terus dia masuk setelah memastikan tiada orang yang berada di dalam. Button nombor 7 di tekan. Kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam seluar slacknya.

Pintu lif pun di tutup. Jason berdiri tegak di sudut belakang. Matanya merenung nombor yang tertera pada kotak kecil di bahagian atas nombor-nombor button lif itu dengan pandangan kosong.

Tinggg

Jason melihat angka nombor yang tertera.

4

Pintu lif terbuka.

Dua orang doktor dan seorang jururawat lelaki masuk ke dalam untuk menuju ke atas. Jason langsung tidak mengendahkan mereka. Dia hanya diam membisu tanpa ada niat mahu menegur atau pun menyapa mereka bertiga walaupun dirinya menjadi perhatian mereka bertiga.

Tingggg

Pintu lif pun terbuka.

Ketiga-tiga mereka pun keluar memandangkan bahagian tempat kerja mereka yang berada di aras 6. Pintu kembali di tutup.

Tak sampai beberapa saat, pintu lif kembali terbuka menandakan sudah sampai ke aras 7. Dia pun segera keluar daripada lif.

"Hai Doktor Jason." Sapa Zuraidah dengan ramah saat berselisih dengan Jason. Semalam tidak sempat dia mahu menyapa lelaki yang merupakan sepupu Qayyum itu.

Macam mana dia tahu Jason sepupu Qayyum walaupun Qayyum tidak mengatakan apa-apa? Semuanya berkat Khalif yang kecoh memberitahu mereka dalam group whatsapp mengenai hubungan Jason dan Qayyum. Memang terkejut habis mereka. Habis mereka tag nama Qayyum untuk mengesahkan perkara itu. Pelbagai pertanyaan di lontarkan pada Qayyum.

"Hai, just call me Jason and you?" Balas Jason dengan senyuman kecil. Wajah doktor yang bertudung di hadapannya ini di pandang. Sangat ayu orangnya. Matanya tertacap pada perut doktor itu.

"Are you pregnant? Berapa bulan?" Soalnya ingin tahu. Jika mengikut kiraannya pasti usia kandungan itu sudah lebih lapan bulan sama seperti kandungan isterinya.

"Zuraidah, panggil Kak Zu je. Ha'ah mengandung dah lapan bulan tiga minggu. Anak pertama." Jawab Zuraidah senyuman lebar. Perutnya di usap dengan rasa teruja yang teramat. Tidak sabar mahu menunggu kelahiran si kecil.

"Waaa congratulation. Same with my wife. Maybe your baby can make friend with my baby soon. I can't wait that time." Dapat dia bayangkan anaknya dan anak doktor wanita ini akan menjadi kawan baik. Auwhhhhh so cute....

"Awak dah kahwin?" Terkejut Zuraidah apabila mengetahui Jason sudah berkahwin. Sangkanya Jason masih bujang kerana dia langsung tidak nampak tanda-tanda lelaki itu sudah pun berkahwin. Di jari lelaki itu pun tiada sebarang cincin yang tersarung.

Jason ketawa kecil melihat reaksi terkejut Zuraidah.

"Yes, i'm. Kahwin muda, ada anak tiga nak masuk empat dah." Ujar Jason dengan senyuman.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now