Bab 27

1.7K 229 29
                                    

"Blade."

Blade yang sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen menoleh ke arah Qayyum yang duduk di sebelahnya.

"Yeah? Kau ada nak apa-apa ke Qay?" Soalnya. Matanya kembali menonton movie yang sedang di tayangkan di kaca televisyen.

"Hurmmm kau kenal ke Qaisha tu siapa? Mardhiah cakap punca Afrina mengamuk malam tadi sebab dia nak jumpa kembar dia yang bernama Qaisha tu." Tanya Qayyum terus terang.

Pertanyaan Qayyum itu memeranjatkan dirinya. Terus hilang tumpuannya mahu menonton movie. Dia fokus kepada Qayyum yang sedang merenungnya.

"Kau jumpa perempuan tu ke?"

Qayyum mengangguk.

"Kau ingat lagi tak yang aku ada minta pendapat kau tentang nak lindung seorang perempuan tapi kena buat seks. Ingat tak?"

Qayyum diam seketika. Agak lama juga lah dia cuba mengingati apa yang pernah di beritahu oleh Blade itu.

"Hah! Ingat! Kenapa? Ada kaitan ke?"

Blade mengangguk.

"Perempuan tu Qaisha, adik kembar Mardhiah." Jawab Blade pendek.

Qayyum terkejut. Wow, kecil sungguh dunia ni ya.

"Jadi apa yang kau nak buat? Bawa dia ke sini ke?" Tanya Qayyum lagi.

"Hmmm, aku minta Jackson bawa dia ke sini. Mungkin susah sikit nak bawa Qaisha tu keluar sebab pergerakan dia agak terbatas. Aku pelik sebab Qaisha ni something yang berharga pada Fang Lee. Orang tua cina tu langsung tak bagi dia keluar daripada pengawasan dia atau pun budak-budak dia." Jangan tanya kenapa dia pun tak tahu.

"Seingat aku kau ada cakap yang kau kena protect perempuan tu kan? Jadi, maknanya kau memang selalu jumpa dia lah kan?

"Iyup tapi ada seorang lelaki ni macam tertarik pada Qaisha. Jack ada bagitahu aku yang lelaki tu cuba tawarkan harga yang tinggi pada Fang Lee untuk beli Qaisha tapi Fang Lee tolak. Perkara tu buat aku terfikir Fang Lee sorokkan sesuatu tentang Qaisha dan itu buat aku dengan Jack terlalu pelik."

Walaupun Qayyum tidak berapa faham tapi dia hanya diam saja tidak menyampuk. Siapa Fang Lee tu? Bapak ayam ke?

"And i decide to married with her." Kata Blade lagi.

Qayyum mengangguk.

"Hmmm bagus lah kalau kau nak kahwin dengan dia." Seketika otaknya berhenti berfungsi.

Kahwin?

Matanya membulat.

"Wait, what? Kahwin? Kau biar betul!" Kerana terlalu terkejut nadanya tertinggi tanpa sedar.

"Siapa nak kahwin?"

Blade dan Qayyum menoleh ke arah tangga.

Elan, Chann, James dan Jason melihat ke arah mereka berdua dengan wajah yang tertanya-tanya. Steve yang hendak masuk ke dalam markasnya turut terhenti memandang ke arah Blade meminta penjelasan.

Blade melepas keluhan kecil. Qayyum di sebelahnya di jeling tajam.

Qayyum tersengih. Oppsss tak sengaja hehehehe....

"Siapa nak kahwin? Kau ke Blade? Oh my God! Serius arrrr serius arrrr.... Dengan siapa? Siapa Qay, siapa?" Jason terus meluru ke arah Blade ingin mengesahkan apa yang mereka semua dengar tadi.

Sudahnya semua meluru ke arah Blade. Blade melepas keluhan kecil. Dia baru nak berahsia dengan mereka semua dulu.

Steve tidak mahu masuk campur. Lagi pula dia dapat mengagak siapa yang mahu di nikahi oleh Blade. Siapa lagi kalau bukan dengan Qaisha, perempuan yang Jackson amanahkan kepada Blade untuk Blade lindungi daripada menjadi mangsa nafsu Fang Lee serta orang-orangnya di club malam itu.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now