Bab 32

1.7K 243 54
                                    

Tok tok tok

Klak

Bunyi tombol di pulas menyapa hawa telinganya. Tak lama selepas itu pintu bilik tersebut pun terbuka. Wajah Qaisha menjadi tatapan matanya.

"Ada apa?" Tanya Qaisha dengan wajah yang tertanya-tanya. Dia hanya mengeluarkan separuh badannya sahaja. Jujur dia masih kekok untuk berhadapan dengan lelaki di hadapannya ini.

"Your cloths." Beberapa buah beg kertas di hulurkan kepada Qaisha.

Qaisha menyambut huluran tersebut.

"Thank you, Blade." Ucapnya dengan senyuman nipis.

Blade mengangguk kecil.

"Tak tahu lah muat ke tidak sebab bukan aku yang beli. Isteri Sir Steve yang belikan. Aku cuma perlu berikan kau semua pakaian-pakaian tu." Ujar Blade dengan jujur.

Dia nak belikan pakaian perempuan? Memang tidak lah. Dia bukannya tahu pun Qaisha size apa. Buatnya dia salah beli ke apa tak ke membazir duit dia? Kalau besar boleh potong dan kecikkan tapi kalau kecik celah mana nak besarkan?

Qaisha mengangguk faham. Amat mustahil jika lelaki itu sendiri yang belikan pakaian untuk dirinya terutama bahagian dalam. Erkkk...

"Nanti sampaikan terima kasih aku dekat isteri tuan kau tu ya."

"Hmmm, aku turun dulu kalau kau nak makan ajak lah kakak kau sekali turun makan. Kat dapur tu ada makanan, tinggal ambil dan makan je." Pesan Blade sebelum turun ke bawah.

Qaisha menghantar pemergian Blade dengan ekor matanya.

"Siapa tu?"

Qaisha tersentak apabila bahunya di sentuh lembut. Segera dia menoleh ke belakang. Kelihatan Mardhiah berdiri di belakangnya dengann senyuman kecil.

"Urmm Blade, bagi baju." Jawab Qaisha sambil menunjukkan beg-beg kertas di tangannya pada Mardhiah. Mardhiah mengangguk kecil sebelum kembali duduk di birai katil.

Qaisha menjadi canggung. Dia masih ragu-ragu untuk mendekati Mardhiah. Walaupun Afrina sudah menceritakan semua perkara padanya malam tadi, dia masih berasa kekok dengan perkara seperti ini.

Afrina muncul pada waktu malam dan Mardhiah pula akan muncul pada waktu pagi. Itu yang bermain di fikirannya. Tingkah laku mereka berdua pula sangat ketara berlainan. Afrina lebih kepada kasar dan ganas manakala Mardhiah seorang yang lemah lembut dan pemalu.

"Mardhiah....."

Mardhiah mengangkat wajahnya lalu menatap wajah Qaisha dengan senyuman kecil.

"Ya, kenapa Sha?" Tanyanya dengan lembut.

Yakin yang di depannya itu adalah Mardhiah, Qaisha memberanikan dirinya menuju ke arah Mardhiah yang setia memandangnya.

Beg-beg kertas yang di terimanya tadi di letakkan atas katil.

"I'm sorry sebab masih tak biasa dengan keadaan yang tiba-tiba ni. Yelah selama ni hidup sorang-sorang tiba-tiba dapat tahu ada kakak kembar. I don't know how to respon. Happy? To be honest i'm not feel happy. Aku keliru dengan semua ni." Luah Qaisha.

Tiada niat mahu menyakiti hati kakak kembarnya itu tapi seeloknya biar lah dia berterus-terang tentang apa yang dia rasa. Dia tidak mahu hipokrit dengan apa yang dia rasa.

Wajah lembut Mardhiah di renung. Sungguh tenang seperti kata-katanya langsung tidak menggoreskan perasaannya.

"Takpe, Mar tak marah pun nak berkecil hati pun tidak. Malah Mar bersyukur sebab Tuhan makbulkan doa Mar untuk bertemu semula dengan Sha dalam keadaan yang sihat. Lihat keadaan Sha yang sihat pun dah buat Mar rasa gembira." Tutur Mardhiah dengan senyuman manisnya.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now