Bab 44

2K 273 81
                                    

"Kenapa aku rasa aku macam pernah datang sini?" Masjid yang berdiri gah di depannya ini membuatkan dirinya seperti pernah ke sini.

Blade menyungging senyuman senget.

"Did you forgot our first meet at where?" Soal Blade ingin menguji sejauh mana Qaisha ingat tentang pertemuan mereka sewaktu kali pertama.

Qaisha mengerutkan wajahnya. Matanya di pejam untuk mengingati.

"Ahhhh, aku ingat!" Di sini lah pertama kali dia bertemu dengan Blade, lelaki bertatu yang menegur dirinya semasa dia sedang mendengar khutbah Jumaat. Ketika itu Blade belum beragama Islam dan sedang menunggu adik lelakinya, Qayyum.

Blade tersenyum. Dia terus melangkah ke pintu masjid untuk masuk ke dalam.

Qaisha teragak-agak untuk masuk ke dalam masjid. Entah mengapa perasaan excitednya bertukar menjadi gugup.

"Sha? What's wrong?" Tegur Blade apabila Qaisha masih berada di luar masjid sedangkan dia sudah hampir ke pintu masuk masjid.

"Nervous." Balas Qaisha dengan sengihan. Tudung yang di sarung di kepalanya di betulkan supaya kemas.

Blade ketawa kecil.

"Don't worry. Ustaz dan ustazah dekat sini baik. Aku dah maklumkan tentang kedatangan kau pada ustazah yang akan ajar kau mengaji." Kata Blade dengan lembut. Lagi pula ustaz dan ustazah yang mengajar mengaji itu sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan di area masjid itu.

Qaisha menenangkan dirinya seketika sebelum mula melangkah masuk ke dalam masjid. Daripada luar, dapat dia dengar suara kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang membaca Iqra' dengan lantang dan jelas. Terukir senyuman di bibir Qaisha.

"Assalamualaikum." Ucap Blade sebaik sahaja tiba di hadapan seorang wanita yang bertudung labuh yang sedang mengajar kanak-kanak lelaki dan perempuan membaca Iqra'.

"Waalaikumsalam, eh Blade ini ke isteri kamu yang kamu katakan tempoh hari?" Balas wanita itu dengan senyuman kecil. Qaisha yang berdiri di sebelah Blade di pandang lembut. Manis orangnya.

"Yeah, Qaisha Izzati. Dia nak belajar mengaji dan ilmu agama sama seperti saya. Saya harap Ustazah Auni dapat mencurahkan ilmu pada Qaisha memandangkan ilmu agama saya masih kurang di dada."

Entah mengapa kata-kata Blade yang lembut itu membuatkan Qaisha ingin ketawa. Kelakar ya muka bengis tapi sekali cakap lembut fuhhhhh rasa nak gelak sakan. Tapi dalam masa yang sama dia tersentuh apabila Blade sangat merendah diri dan hormat pada orang tua.

"Eh, apa kamu cakap macam tu. Ilmu saya pun masih kurang. Apa yang saya tahu saya akan berkongsi ilmu pada semua orang. Untung Qaisha kerana memiliki suami sebaik kamu. Jarang anak muda zaman sekarang yang mahu mencari ilmu agama untuk meneruskan kehidupan kerana terlalu lagha mengejar perihal dunia berbanding perihal di akhirat." Tutur Ustazah Auni dengan jujur.

Sedih dia melihat anak muda zaman sekarang yang lebih mengejar dunia daripada mengejar akhirat. Jadi, apabila hadirnya pasangan suami isteri ini membuatkan dia kagum dengan usaha mereka untuk mencari ilmu agama Islam. Dia tahu kisah yang di hadapi oleh Blade dan Qaisha daripada suaminya, Ustaz Wadi. Ustaz yang mengajar Blade mengaji dan memberi ilmu pada Blade tentang indahnya Islam.

"Thank you, ustazah. Saya pergi ke bahagian lelaki ya." Pinta Blade untuk mengundur diri.

Ustazah Auni mengangguk kecil.

Kini Qaisha di tinggalkan bersama Ustazah Auni dan beberapa orang kanak-kanak perempuan yang sedang merenung dirinya. Janggal sungguh dia rasakan.

"Putri, tolong ustazah ajarkan adik-adik hari ni boleh? Ustazah nak cakap dengan kakak ni. Boleh?" Pinta Ustazah Auni pada seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 12 tahun dan merupakan paling tua daripada kanak-kanak di situ.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now