Bab 2

3.2K 307 47
                                    

Blade mengemas rumahnya sambil mendengar sesuatu menggunakan ear piecenya. Wajahnya tenang saja menyapu ruang tamunya.

Apa ingat orang lelaki macam dia ni tak buat kerja? Mafia tak reti mengemas rumah? Eh, silap besar lah kalau berfikiran macam tu.

Selama dia duduk sorang sebelum Qayyum pindah ke rumahnya dia sendiri menguruskan rumahnya tanpa perlu mengupah orang untuk membersihkan rumahnya.

Sedang dia menyapu hingga ke bahagian pintu rumah tiba-tiba dia berdiri tegak. Wajahnya berkerut seketika. Dia cuba fokus dengan apa yang dia dengar.

Allah SWT berfirman bermaksud: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma’idah, ayat 3)

Malah, dalam al-Quran juga dijelaskan sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka usahanya tidak akan diterima sama sekali.

Sehingga pada akhirat nanti, mereka tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang rugi.

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 85)

Ayat al-Quran itu menjelaskan kedudukan Islam di sisi Allah SWT.

Tiada sebarang penjelasan bagi menafikan kedudukan Islam di sisi Allah SWT sebagai satu agama samawi yang benar.

Blade memejamkan matanya cuba memahami lebih lagi dengan apa yang di dengarinya itu.

Rasulullah SAW menjelaskan kedudukan Islam menerusi sabdanya bermaksud: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Blade mencelikkan matanya semula. Entah mengapa setiap apa yang di dengarinya itu tadi membuatkan hatinya merasakan sesuatu yang aneh.

Entah lah dia tak tahu perasaan apa yang dia sedang alami sekarang ini. Apa yang boleh dia pastikan hatinya meronta-ronta ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang Islam dan Al-Quran semenjak dia mendengar Qayyum membaca Al-Quran pagi tadi.

Hatinya berasa amat tenang mendengar bacaan tersebut walaupun dia tidak memahami bahasa yang di tuturkan oleh Qayyum itu.

Kerana dia terlalu bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa dia mula membuat carian tentang Al-Quran. Malas mahu membaca dia membuka youtube lalu memakai ear piece. Sambil dia mendengar sambil dia mengemas rumah.

Dia tertanya-tanya siapakah yang di sebut sebagai Rasulullah SAW? Dia cuma tahu Allah itu Tuhan yang wajib di sembah seluruh makhluk alam. Tapi Rasulullah itu siapa?

Memandangkan Iphonenya berada di meja dia segera menyudahkan kerjanya yang terhenti itu. Siap sahaja dia menyimpan penyapu dan penyodok di dalam stor yang berdekatan dengan dapur setelah membuang habuk yang berada dalam penyodok tersebut ke dalam tong sampah.

Tangannya di basuh bersih lalu di lap tangannya hingga kering. Selesai saja dia terus melangkah ke arah meja di mana Iphonenya berada.

Dia mencapai Iphonenya lalu dia merebahkan tubuhnya pada sofa panjang untuk dia baring dengan selesa.

Blade membuat carian tentang siapa itu Rasulullah di youtube.

Banyak tajuk yang tertera hingga dia tidak tahu mahu melihat video yang mana satu. Sehingga lah ada satu tajuk yang menarik perhatiannya.

Kenali siapa Rasulullah SAW

Terus dia tekan lalu menonton video tersebut dengan khusyuk.

Daripada siapa ayah baginda, ibu baginda, pak cik serta seluruh keluarga baginda Blade mendengar dengan tekun. Daripada satu video ke video lain tentang Rasulullah dia dengar.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now